TRAILER ‘DUYUNG LEGENDA AURORA’ LEBIH AKSI & LEBIH GELAK KETAWA!

Saturday, 20 December 2025


JOM KITA RELAX - RELAX HUJUNG TAHUN | TRAILER ‘DUYUNG LEGENDA AURORA’ LEBIH AKSI & LEBIH GELAK KETAWA!


Trailer rasmi filem Duyung Legenda Aurora yang baru sahaja dilancarkan kini mencetuskan keterujaan ramai apabila mempamerkan gabungan aksi lautan yang mendebarkan, serta momen komedi yang bakal mencuit hati penonton. Berdurasi 2 minit 11 saat, trailer ini memberi gambaran jelas bahawa penonton bakal disajikan sebuah hiburan keluarga yang lengkap dengan aksi, emosi dan gelak ketawa, sambil menghidupkan kembali nostalgia yang kembali selepas 17 tahun.


Menampilkan Anna Jobling sebagai Aurora, trailer ini memperlihatkan sisi anak duyung yang berani, lantang dan sarat dengan semangat mempertahankan lautan. Daripada adegan selaman dramatik hinggalah pertempuran di dunia darat, setiap babak disusun rapi bagi membina momentum pengembaraan yang padat dan bertenaga.

Tidak sekadar sarat dengan aksi, trailer ini turut diserikan dengan elemen humor yang mencuit hati menerusi kehadiran watak-watak sampingan yang menceriakan suasana. Aksi spontan serta dialog bersahaja daripada barisan pelakon seperti Saiful Apek dan adik-beradik kumpulan Zero, Syarif, Syaiful dan Atu, menambah sentuhan santai yang menghiburkan, sekali gus mengimbangi elemen epik fantasi dengan hiburan ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.


Kemunculan pelakon legend dari Duyung 2008, Maya Karin dan Yasmin Hani bersama watak Orix yang dilakonkan oleh Yassin Senario sebagai watak legenda yang paling mencuri perhatian turut menghidupkan elemen nostalgia yang menghubungkan dua generasi penonton. Interaksi antara watak lama dan baharu memberi gambaran bahawa Duyung Legenda Aurora bukan sekadar sebuah kisah pengenalan, sebaliknya kesinambungan legenda yang diperluaskan dengan dunia penceritaan dan konflik, sesuai tontonan seisi keluarga di hujung tahun.


Diterbitkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, filem ini membawakan skala produksi yang lebih megah, penceritaan yang lebih segar, dan pengalaman menonton yang penuh hiburan. Trailer terbarunya sudah cukup memberi bayangan bahawa Duyung Legenda Aurora bakal menghiburkan seisi keluarga hujung tahun ini

Duyung Legenda Aurora bakal menemui penonton di pawagam bermula 25 Disember 2025 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia fantasi penuh aksi dan keceriaan ini, dan kongsikan keterujaan anda di media sosial dengan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.