Movie Review | Jwanita (2015)

Sunday, 8 February 2026


Pengarah: Osman Ali
Penulis Skrip: Osman Ali
Pelakon: Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Umie Aida, Marsha Milan Londoh
Syarikat Produksi: Nuansa Sdn Bhd, Ehsan Production
Pengedar: Empire Film Solution, Netflix
Genre: Psikologi / Seram
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 24 September 2015 (Malaysia)
Trailer:


Jwanita (Maya Karin) dan Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ditempatkan di sebuah rumah anak yatim setelah kehilangan kedua ibu bapa mereka dalam kemalangan. Setelah kemalangan tersebut, sikap Jwanita berubah agresif dan baran akibat trauma yang dialami. Tidak lama kemudian, Julaika pula diambil sebagai anak angkat oleh pasangan keluarga berada. Julaika janji akan datang kembali untuk mengambil Jwanita namun Jwanita ambil keputusan untuk lari dari rumah perlindungan tersebut. 

Ketika merayau di kota, Jwanita diculik oleh Karitini (Datin Umie Aida) dan teman lelakinya (Radin Intan) yang mengamalkan ilmu hitam. Karitini akan hasilkan minyak atau tangkal mengikut kehendak pelanggannya hingga ke tahap membunuh manusia. Semua ilmunya diturunkan kepada Jwanita hingga dia dewasa. Selain dipaksa mengamalkan ilmu hitam dan didera, Jwanita juga menjadi korban seksual teman lelaki Karitini hingga menyebabkan keadaan mentalnya semakin parah. Tertekan dengan keadaan tersebut, Jwanita membunuh pasangan tersebut dan lari dari situ. 

Jwanita kemudiannya bertemu dengan Dr. Farhan (Bront Palarae) yang merawatnya di hospital sakit jiwa. Takdir pertemukan Jwanita kembali dengan Julaika namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada Julaika. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula dengan perwatakan yang cantik dan menggoda. 

Farhan tak bersetuju dengan tindakan Julaika yang mengajak Jwanita tinggal di rumah mereka tanpa berbincang dahulu kerana dia tahu keadaan mental Jwanita. Selain Farhan, pembantu rumah mereka, Nona (Marsha Milan Londoh) juga menyampah dengan kehadiran Jwanita kerana dia pernah dicederakan oleh wanita tersebut. 

Sebelum ni dah pernah layan filem Jwanita arahan dan penulisan Osman Ali tapi bila masuk Netflix dan nampak edits dari filem ni, layan lagi sekali sebab dah lupa jalan cerita dia. Filem Jwanita menggabungkan elemen sakit mental yang dialami oleh Jwanita dan digabungkan dengan unsur ilmu hitam dari negara seberang. Gabungan yang menarik untuk menonjolkan Jwanita sebagai sosok yang ngeri. 

Cara dia membunuh memang tak ada belas dan kebanyakan babak pembunuhan dipaparkan dengan kejam dan ngeri. Tak hairan lah kalau produksi perlu guna sebanyak 10 tong dram darah sintetik dari Thailand sebab watak utama sentiasa dalam misi membunuh. Dia bertenang bila ada Dr. Farhan di depan mata sahaja. Kalau I jadi Jwanita pun akan baran tengok Bront kahwin dengan orang lain padahal bila depan mata sentiasa tayang mata cinta. 

Lakonan Maya Karin sebagai Jwanita adalah tunjang kekuatan filem seram ni sehingga mencalonkan dia dalam banyak anugerah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Walaupun tak menang di Fetival Filem Malaysia ke-28 gara-gara kalah dengan Nabila Huda untuk filem Munafik (2015) tapi Jwanita adalah salah satu watak Maya yang meninggalkan kesan dan impak mendalam selesai tontonan. 

Sama juga dengan lakonan Datin Umie Aida yang mengambil 5 peratus lakonannya dalam filem Dukun untuk menghidupkan watak Karitini. Rasanya babak Karitini buat pemujaan dalam bilik tu yang terlihat seakan sama memandangkan babak lain tak perlukan character depth sangat pun. Christine Suzanne tampil sebagai watak yang penyayang dan berjiwa lembut seiring dengan karakter yang sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat tak seperti Jwanita. 

Malangnya, ilham filem Jwanita datang kepada pengarah Osman Ali yang lemah dari segi olahan dan penulisan cerita. Watak yang dikembangkan terlihat dangkal melainkan Jwanita. Tak faham kenapa Julaika dengan mudah izinkan Jwanita tinggal serumah sedangkan dia tahu keadaan mental kakak dia. Walaupun dia rasa bersalah bila terpisah lama tapi apa yang jadi dengan Jwanita bukan salah dia. Tak sepatutnya dia biar nyawa dia dan keluarga dalam bahaya. Lain lah kalau Julaika di bawah pengaruh sihir atau pukau. 

Sembang pasal sihir dan pukau, kenapa Jwanita tak calit minyak pengasih je dekat Farhan? Mudah kerja dia tak perlu sampai bunuh orang meroyan sana sini bila Farhan kahwin dengan orang lain. Jimat masa Julaika dan Nona juga, tak perlu nak hadap episod mental Jwanita. 

Sinematografi Jwanita terlihat cantik dengan lokasi penggambaran yang dilakukan di Terengganu untuk latar tempat rumah Farhan dan Julaika. Costume design pun mencuri perhatian terutamanya untuk watak Jwanita yang sentiasa tampil menawan dan menggoda. Babak opening sequence dan title introduction tu menarik dan aesthetic padahal shot yang simple bila Jwanita berjalan di kawasan paya bakau. Hantu yang muncul dalam filem Jwanita sahaja yang kurang seram walaupun guna make-up prostetik satu badan. 

Lagu tema Jwanita berjudul Dendam Cinta dari Datin Alyah sesuai untuk gambarkan perasaan Jwanita tapi bila habis filem, dah tak rasa nak dengar lagu tu. Mungkin sebab balada atau mungkin sebab malas nak teringat dekat Jwanita. 


Sebelum tayangan filem Jwanita ni FINAS potong 30% babak ngeri dari cerita asal. Kenapa syarikat produksi tak release extended version bila masuk Netflix? 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.