Drama Review | Dear X (2025)

Sunday, 18 January 2026


Pengarah: Lee Eung-bok, Park So-hyun 
Penulis Skrip: Choi Ja-won
Pelakon: Kim You-jung, Kim Young-dae, Kim Do-hoon, Lee Yul-eum, Ki So-yu
Syarikat Produksi: Monster Union, Siwoo Company, Studio Dragon
Penyiaran: TVING, HBO Max
Genre: Thriller / Melodrama 
Jumlah Episod: 12 Episod (70 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 18 September 2025 (Busan International Film Festival), 6 November– 4 Disember 2025
Trailer:

 

Sejak dari kecil, Baek Ah-jin (Ki So-yu) membesar dalam persekitaran yang negatif. Ibunya dibunuh sebelum bapanya, Baek Seon-gyu berkahwin dengan perempuan kaya. Ketika tinggal di rumah baru, Ah-jin bertemu dengan abang tirinya, Jun-seo (Park Hoo) yang naif dan pendiam. Ah-jin dapat tahu Jun-seo merupakan anak luar nikah tapi diamkan hal tersebut lalu guna maklumat tersebut untuk mengugut ibu tirinya, Hwang Ji-seon (Kim Yoo-mi). 

Ketika sekolah menengah, Ah-jin fokus pada pelajaran kerana mempunyai cita-cita untuk menjadi peguam namun Shim sung-hee (Kim Yi-kyung) sakit hati bila kedudukannya tergugat dengan Ah-jin. Dia cuba untuk buli Ah-jin namun diselamatkan oleh Jun-seo dan Kim Jae-oh (Kim Do-hoon). Namun semakin Ah-jin ingin melangkah jauh dalam hidup, semakin banyak dendam yang datang menghalang hingga dia ambil jalan yang kejam dan menipulasi orang sekeliling menggunakan paras rupa yang cantik dan bermuka-muka.  


Naskhah yang diadaptasi dari webtoon berjudul Dear X, karya ilustrasi Vanziun dikembangkan oleh Studio Dragon untuk menjadi naskhah drama sebanyak 12 episod. Pengarah Lee Eung-bok dan Park So-hyun menggunakan penceritaan bersilih ganti latar masa silam dan masa sekarang untuk menceritakan kisah setiap watak yang terlibat. 

Lakonan Kim You-jung sebagai Baek Ah-jin yang mempunyai antisocial personality disorder merupakan sociopath yang menggerunkan. Penceritaan tentang Ah-jin pada episod 1 hingga 7 terlihat menarik dan mendebarkan bila tingkahnya tidak boleh dijangka tapi selepas putus cinta dengan In-gang (Hwang In-youp), langkah Ah-jin mula pincang. Actually, before that pun, bila dia biarkan diari dalam almari ruang tamu. 


Makin terserlah kebodohan dia bila bertemu dengan Moon Do-hyeok (Hong Jong-hyun) yang psiko. Langkah Do-hyuk mudah sangat dibaca tapi watak Ah-jin yang kononnya calculative tak mampu nak jangka gerak-geri pihak lawan. Puas hati lah juga tengok Ah-jin kena dera dengan Do-hyuk tapi jadi tak best juga bila watak Ah-jin kena tone down sampai macam tu sekali. Tak faham kenapa dia biarkan Sung-hee melepak dekat rumah padahal boleh sangat hire security. 

Vibe dekat episod-episod yang melibatkan Do-hyuk tak sama dengan vibe episod-episod awal naskhah thriller ni. Mungkin penulis dah ubah banyak benda dekat hujung untuk elak persamaan dengan webtoon? Tapi tak hairan pun dengan projek under Studio Dragon sebab kebanyakannya akan menjunam jadi flat bila drama nak ke hujung cerita. Entah kenapa, signature style kot. 


Sama juga dengan watak Jun-seo yang tergilakan ah-jin sampai hilang kewarasan. Dekat episod-episod awal Dear X, boleh faham yang dia jatuh cinta sebab terhutang budi dan rasa bersalah tak selamatkan Ah-jin bila didera oleh ibu dia. Tapi lepas bercinta dengan Le-na (Lee Yul-eum) pun dia tak mampu nak buang Ah-jin sedangkan dia tahu personaliti kejam Ah-jin. Nak kata dia sayang sangat dengan Ah-jin pun tak juga sebab dia tak mampu bertindak seperti Kim Jae-oh pun.

Jujurnya I tengok drama Dear X sebab nak tengok Hwang In-youp tapi tak sangka pula dia adalah penampilan istimewa dan bukannya pelakon sampingan. Tertipu dengan promo materials yang sweet teruk sampai ada yang assume In-youp dengan You-jung bercinta in real life. Their chemistry was something else. 


Selain watak In-gang, watak Choi Jeong-ho (Kim Ji-hoon) dengan Seo Mi-ri (Kim Ji-young) pun tak dapat ruang yang selayaknya. Cuma masuk untuk menjadi mangsa Ah-jin semata sebelum Ah-jin jadi makanan Do-hyuk. 

I expect semua mangsa Ah-jin akan balas dendam tapi penulis tak buka jalan pun untuk watak-watak ni pergi jauh. Semakin cerita menuju ke hujung semakin lenguh dan lemas tengok obsesi Jun-seo dengan Jae-oh terhadap Ah-jin. Menurut kata sangat sampai rasa macam kena bagi makan nasi kangkang padahal makan ramen je tiap hari. 


Pace penceritaan Dear X tak konsisten bila penghujung cerita semakin perlahan untuk wujudkan melodrama dan Ah-jin balik-balik ulang dialog yang sama, ingatkan Jun-seo dan Jae-oh tentang penderitaan dia sejak kecil. Harapnya Studio Dragon tak teruskan musim kedua tapi kalau ada pun, I dah tak nak tengok sebab Hwang In-youp pun tak ada. Tertarik dengan Hong Jong-hyun tapi nak tengok dia dekat drama lain je lah. 


Sebagai sebuah naskhah, Dear X tak lah teruk sangat tapi sebagai sebuah naskhah thriller, it is that bad. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 5.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.