Menonton buat kali kedua, Erma Fatima tampil berkongsi pandangannya mengenai The Voice of Hind Rajab, sebuah filem yang mengangkat kisah benar penderitaan rakyat Palestin. Menurut beliau, filem ini bukan sekadar karya sinematik, sebaliknya satu peringatan tentang nilai kemanusiaan dan sejauh mana solidariti benar-benar diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Menurut pengarah tersohor itu, kesakitan yang dipaparkan dalam filem berkenaan bukanlah rekaan dramatik, tetapi realiti sebenar yang telah lama membelenggu bumi Palestin. Tragedi yang menimpa Hind Rajab, katanya, seharusnya mengalih fokus perbincangan daripada soal filem semata-mata kepada tanggungjawab moral manusia sejagat terhadap penderitaan yang terus berlaku tanpa noktah.
Beliau menegaskan bahawa sokongan terhadap Palestin tidak seharusnya bersifat simbolik atau bermusim. “Ini bukan soal apa yang dipaparkan dalam filem semata-mata, tetapi soal sikap orang Melayu dan orang Islam di Malaysia,” katanya. Jika masyarakat mampu menonton filem hiburan tempatan untuk berseronok, membeli tiket konsert dan menunjukkan semangat sokongan terhadap Palestin di media sosial, maka menyokong karya yang secara langsung menyuarakan penderitaan rakyat Palestin juga wajar dilihat sebagai satu bentuk solidariti yang lebih jujur dan bermakna.
Mengulas pengalamannya sendiri, Erma menyifatkan The Voice of Hind Rajab sebagai kisah tentang maruah dan perjuangan sebuah bangsa, bukan hanya tragedi seorang kanak-kanak. Baginya, Palestin bukan sekadar tanah yang dipertahankan dengan darah, tetapi amanah sejarah yang dijaga dengan iman. “Saya boleh menonton pelbagai filem lain sebelum ini, tetapi jika saya tidak meluangkan sedikit masa untuk menonton Hind Rajab, saya rasa malu,” katanya.
Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat, khususnya umat Islam di Malaysia, untuk turun ke pawagam dan menonton filem ini sebagai satu bentuk sokongan yang nyata. “Jadikan Malaysia antara negara yang benar-benar menyokong Palestin, bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui tindakan,” tegasnya.
Kehadiran Erma ke pawagam turut mendapat perhatian susulan kritikan yang mempersoalkan mengapa beliau tidak menghasilkan karya seumpama filem ini.
Diterbitkan oleh Mime Films dan Tanit Films dengan Primeworks Studios sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi, The Voice of Hind Rajab diarahkan oleh pengarah tersohor dari Tunisia, Kaouther Ben Hania, dan dibintangi barisan pelakon antarabangsa termasuk Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury.
The Voice of Hind Rajab bukan sekadar sebuah filem, tetapi satu bukti dan satu suara yang merakam kisah benar penuh emosi serta meninggalkan kesan mendalam. Hayati kisah ini di pawagam sekarang.
Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima akan menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif The Voice of Hind Rajab, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.