Dah lama nak update tapi asyik terbabas sampai tuan badan dah nak resign dah pun. At first tak plan pun nak pergi sebab takut tak sempat memandangkan belah petang ada office meeting so kita pakai baju ala kadar je. Tup tup Karimah ajak pergi sekejap so I pun join je lah. Redha je kalau tak cantik pun sebab tak plan tapi kalau bersiap pun takde lah cantik mana hshshs T.T

Masa kitorang sampai tu Teha dah selesai pentauliahan dah pun sebab dapat YA Amarjeet makanya sidang dia bergerak laju. Sampai je nampak Kak Nurul ada sekali tengah menyembang dengan yang lain. Ni kira kali kedua jumpa Kak Nurul lepas dia resign. Sejak dah pencen ni kemain glowing muka sebab tak stress dekat office dah.


Perbincangan kumpulan ni agak serius sebab Kak Ida tengah update perkembangan suami dia yang kena buat check-up dekat HKL.



Kalau keluar dengan Karimah, bila dia kata sekejap memang sekejap je jadinya. Lepas jumpa Teha dekat tingkat atas, kitorang turun bawah sekejap untuk bergambar dekat tangga. Semua gambar dekat photographer Teha jadi I letak mana yang ada je lah. Thank you Karimah ambilkan gambar kitorang berdua.
 |
| On the way balik office, sempat menyinggah Petronas beli kudap-kudap |
Sampai je office terus makan tengahari dan solat Zohor kemudian join meeting. Memandangkan office meeting pada hari Jumaat, kena pula timing dengan long call Teha, ramai yang share pasal long call sampai diputuskan lepas ni tutup office untuk pergi long call meraikan peguam baru.
Managing partner buat keputusan macam ni sebab dulu pernah jadi budaya RRM tapi makin lama makin dilupakan so nak hidupkan balik budaya lama sebagai salah satu menghargai chambering student yang dah berkhidmat untuk RRM. Tak kisah lah dia retain ataupun tidak, appreciate token tetap jalan.
Lagi satu sebagai pengumuman halus kepada orang luar tentang RRM. Masa long call ramai orang luar yang datang untuk tengok anak-anak atau saudara yang ditauliahkan sebagai peguam. Masa ni mungkin ada yang tengok environment sekian sekian firm macam mana. Lepas ni bila pergi long call chambee kena pakai blazer RRM lah cerita dia.
😛: psst kak ana
😅: apa?
😛: lepas ni Aiesyah yang long call. Bestnya semua orang boleh datang long call I! Lepas tu Laila pulak heee
😏: serius sangat ni Atie
😩: kita kena berlakon macam take note apa Datuk cakap dalam meeting padahal ngantuk
Finally after two hours and a half, meeting pun habis. Memandangkan meeting buat right after lunch hour, kudap-kudap tak lah banyak sebab takut tak habis.
Sebenarnya I ambil gambar masa meeting banyak-banyak untuk upload dekat media sosial RRM tapi lupa lepastu dah letak jawatan sebagai Head of Social Media so kita up dekat sini je lah 😝
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.