RAMADAN & RAYA BAKAL MENJELMA, TV3 KEMBALI DENGAN BARISAN DRAMA PALING DINANTI | RR2026: Jwanjih Drama Menyatukan Barisan Drama Berkualiti Serta Bintang Popular Dalam Semangat “Sama-Sama Berkat”
Kuala Lumpur, 21 Januari 2026 - Setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal, detik penuh keberkatan ini sentiasa menjadi ruang untuk berkongsi rasa, mengeratkan kebersamaan serta menghargai nilai kekeluargaan. Dalam setiap musim yang sarat makna ini, satu nama terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menikmati naskhah drama berkualiti, menyentuh emosi dan dekat di hati — TV3.
Sebagai peneraju kandungan drama nombor satu negara, TV3 sekali lagi mengukuhkan dominasinya menerusi pelancaran ‘RR2026: Jwanjih Drama’, yang menjadi pembuka tirai rasmi kepada kempen Ramadan & Raya 2026 ‘Sama-Sama Berkat’ oleh Media Prima, sekali gus menandakan permulaan pengenalan barisan drama serta kandungan istimewa yang bakal menghiasi TV3 dan Tonton sepanjang bulan mulia ini.
Dengan kejayaan berterusan dari tahun ke tahun, TV3 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama drama tempatan. Tahun demi tahun, TV3 membuktikan bahawa Ramadan dan Raya adalah miliknya - dan tahun 2026 hadir penceritaan yang lebih bermakna, lebih menyentuh jiwa serta lebih dekat dengan realiti kehidupan penonton.
Bagi Ramadan dan Syawal tahun ini, TV3 dan Tonton menampilkan barisan drama terpilih yang sarat dengan emosi, konflik dan nilai kesedaran. Setiap naskhah disusun rapi untuk menemani penonton sepanjang musim perayaan, menerusi penceritaan yang dekat dengan realiti, serta mencerminkan cabaran dan keinsafan dalam kehidupan. Antara naskhah utama yang bakal mencuri perhatian serta mencetuskan perbualan sepanjang Ramadan dan Raya 2026 termasuklah:
Akasia – Khianat Yang Terpilih
- Bersiaran pada: 26 Februari, 30 episod
- Dibintangi: Amyra Rosli, Ben Amir, Ikmal Amry, Puteri Aishah, Ainina Ahmad & Erin CTJ
- Runut Bunyi: Khianati - Iman Troye
Samarinda – Kerana Cinta Itu Dusta
- Bersiaran pada: 25 Februari, 30 episod
- Dibintangi: Jazmy Juma, Azira Shafinaz, Emma Maembong & Nazrief Nazri
- Runut Bunyi: I Don’t Like You Anymore - Misha Omar
Lestary – Bila Cinta Menjadi Dosa
- Bersiaran pada: 27 Februari, 30 episod
- Dibintangi: Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin & Maria Farida
- Runut Bunyi: Taman Keabadian - Dato’ Aishah
Tonton – Anugerah Tanpa Cahaya
- Bersiaran pada: 16 Mac, 10 episod
- Dibintangi: Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz & Hafeez Mikail
- Runut Bunyi: Sedikit Waktu - Imran Ajmain
Lebih istimewa, barisan drama Ramadan & Raya 2026 ini menghimpunkan barisan pelakon popular kegemaran penonton serta bakat berpengalaman merentas generasi, sekali gus mengukuhkan dominasinya sebagai peneraju mutlak kandungan drama sepanjang musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai drama yang disiarkan, sila rujuk di Senarai Drama TV3 & Tonton Bagi Bulan Ramadan & Syawal 2026
Seiring dengan pelancaran kandungan istimewa ini, Media Prima memperkenalkan kempen Ramadan & Raya 2026 bertemakan “Sama-Sama Berkat”. Konsep “Sama-Sama” menekankan bahawa kebaikan lebih bermakna apabila dilakukan bersama, manakala “Berkat” merujuk kepada kebaikan, ketenangan dan keberlimpahan yang bertambah apabila dikongsi. Tema ini mengetengahkan nilai perkongsian rezeki dan kasih sayang, serta penghargaan terhadap kenangan bermakna dan keberkatan yang dirasai bersama.
Bagi tahun 2026, Media Prima melangkah lebih jauh dengan pelbagai inisiatif dan acara sepanjang Ramadan dan Raya, melibatkan komuniti yang memerlukan serta penonton di seluruh platform Media Prima. Inisiatif ini bertujuan menyantuni masyarakat, menghubungkan rakyat Malaysia, serta menyemarakkan semangat memberi dan kebersamaan merentas lapisan usia dan latar belakang.
Sebagai sebahagian daripada perjalanan kempen ini, Media Prima turut menampilkan “Friends of Rara 2026,” iaitu barisan personaliti popular dan berpengaruh yang bakal menyemarakkannya lagi, termasuk:
Tracie Sinidol – Dikenali ramai menerusi watak Aira, popularitinya melonjak selepas Hilang Dalam Rindu, dengan sokongan peminat yang semakin kukuh.
Jazmy Juma – Mencuri perhatian sebagai hero dalam Hilang Dalam Rindu, beliau kini berada di kemuncak populariti dengan penerimaan hangat penonton.
Sharifah Rose – Turut membintangi drama Doa Yang Terlindung di slot Akasia yang kini bersiaran.
Zairi Aziz – Juara Pencarian Pelakon Drama Sangat, yang bersedia tampil menerusi drama baharu yang dinantikan ramai.
Ariana Yusof – Juara Pencarian Pelakon Drama Sangat, yang semakin menyerlah di kaca TV.
Personaliti Media Prima juga mengambil peranan dalam kempen ini:
Fiza Sabjahan – Hos TV3 yang elegan dan profesional serta pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kategori Pengacara TV Popular, terus menjadi wajah ikonik bagi jenama berfokus wanita, gaya hidup dan kecantikan.
Fedtri Yahya – Penyampai TV3 yang disanjungi, terkenal dengan Malaysia Hari Ini dan Jejak Rasul, memancarkan kredibiliti serta keikhlasan, menjadikannya pilihan tepat bagi kempen berunsur pendidikan dan komuniti.
Dengan kehadiran barisan drama istimewa serta sokongan personaliti ternama, kempen “Sama-Sama Berkat” mengajak semua untuk merayakan Ramadan dan Syawal dengan penuh makna, berkongsi kebaikan, kasih sayang dan kenangan indah bersama insan tersayang. Bersama Media Prima, marilah kita raikan keberkatan, eratkan hubungan dan nikmati setiap detik terindah musim perayaan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan aktiviti “Sama-Sama Berkat”, pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi menerusi platform Media Prima. Ikuti media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & X: @TV3Malaysia dan @TontonMY. Jom #SamaSamaBerkat dan raikan setiap detik terindah anda bersama TV3 dan Tonton!







Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.