Pengarah: Lee Seok-hoon
Penulis Skrip: Lim Seong-soon
Pelakon: Hyun Bin, Yoo Hae-jin, Im Yoon-ah, Daniel Henney, Jin Seon-kyu, Jang Young-nam, Park Min-ha, Park Hyung-soo, Lee Min-ji, Park Hoon, Lee Je-yeon, Jeon Bae-soo
Syarikat Produksi: JK Film
Pengedar: CJ Entertainment, Disney+ Hotstar
Genre: Aksi / Komedi
Durasi Tayangan: 129 minit
Tarikh Tayangan: 07 September 2022
Trailer:
Kisah bermula dengan babak Jang Myong-jun (Jin Seon-kyu), ketua pengganas di Korea Utara ditangkap di sebuah gudang di New York City oleh Jack (Daniel Henney), ejen FBI yang tangkas dan kacak. Pengarah FBI (John D. Michaels) berang dengan tindakan Jack yang melulu kerana kes tersebut di bawah kuasa pegawai Korea Utara. Jack pula bertegas dia dapat email mengenai kegiatan jenayah Jang Myung-jun jadi mereka perlu bertindak segera.
Tak lama kemudian Jack dapat tahu Im Cheol-ryung ambil alih kes tersebut berdasarkan hubungan diplomatik Korea Utara dan Amerika Syarikat lalu memaklumkan bahawa Jang Myong-jun bakal dipindahkan ke Pyongyang. Namun konvoi ke lapangan terbang tersebut diserang dan Jang Myong-jun terlepas ke Korea Selatan.
Sama seperti sebelumnya, pegawai NIS (Park Hyung-soo) minta bantuan Detektif Kang Jin-tae untuk mengawasi pergerakan Im Cheol-ryung sepanjang dia berada di Seoul bagi mengelakkan sebarang kekecohan ketika pertemuan diplomasi antara dua negara sedang berlangsung. Mendengarkan tugas sulit tersebut, Jin-tae teragak-agak untuk bersetuju kerana keluarga dia pernah diancam bahaya sebelum ini.
Isteri dia, Park So-yeon (Jang Young-nam) dah bagi amaran supaya jauhkan diri dari kes tersebut. Dia tak mahu Jin-tae, anak mereka Kang Yeon-ah (Park Min-ha) atau adiknya, Park Min-young (Im Yoon-ah) menjadi mangsa.
Malagnya Jin-tae terpaksa terima tawaran secara curi-curi tanpa pengetahuan isterinya kerana tak ada mana-mana detektif atau polis yang sanggup lakukan tugas tersebut. Rahsia tersebut hanya diketahui oleh Min-young yang teruja nak berjumpa kembali dengan Cheol-ryung.
Setelah kejayaan filem Confidential Assignment (2017) dengan kutipan luar biasa, JK Films membawakan sekuel Confidential Assignment 2: International dengan sentuhan pengarah baru iaitu Lee Seok-hoon yang berpengalaman dalam filem genre komedi seperti See You After School (2006), Two Faces of My Girlfriend (2007), Dancing Queen (2012) dan The Pirates (2014). Lee Seok-hoon juga memenangi anugerah Pengarah Terbaik untuk filem The Pirates di 22nd Korea Culture and Entertainment Awards. Penulis skrip untuk filem sekuel juga adalah penulis baru.
Filem Confidential Assignment dah memang popular dan meninggalkan good impression pada penonton, jadi bila sekuel ditayangkan, makin bertambah popular sebab ada pertambahan watak ejen FBI yang kacak dan sasa. Macam mana perasaan Min-young bila tak berkelip tengok Jack, macam tu lah para wanita yang lain. Yoona really represents us, the audience soooo damn great. Nak pula bila Jack buka mulut bercerita pasal misi dia di Russia, makin seronok semua watak wanita kerumun dia sampai Jin-tae geleng kepala.
Walaupun screentime Daniel Henney tak sebanyak dua watak utama, namun kemunculan dia tetap mencuri perhatian sampai rasa nak cari semua filem dia. Nak pula bila tahu dia pernah berlakon dalam X Men Origins: Wolverine. Boleh kata Hyun Bin tenggelam dengan screen presence Daniel Henney. Tak sangka ada pelakon yang lebih kacak, macho dan suara manly dari Hyun Bin.
| 💖💥💖💗 |
Sama macam sebelumnya, dinamik Yoon Hae-jin dan Hyun Bin menggerakkan screenplay yang berlatarkan dunia jenayah. Kalau sebelum ni, watak antagonis boleh ditangani, kali ni Confidential Assignment 2: International membawakan watak antagonis yang lebih kejam dan sadis. Penulis menggunakan elemen pengkhianatan yang lebih besar dari naskhah sebelumnya dan jenayah yang melibatkan bahan kimia berbahaya.
Jalan cerita memang boleh dijangka terutamanya di separuh masa kedua tapi tak kisah pun sebab genre aksi sering menggunakan plot yang mudah. Kekuatan filem Confidential Assignment 2: International terletak pada barisan pelakon dengan elemen komedi yang cukup rencah. Yoona pun boleh stay sampai ke hujung filem dengan kemahiran dia sebagai make-up artist. Kalau sebelum ni watak Min-young dengan Cheol-ryung tak ada banyak dialog, kali ni Min-young lebih berani perjuangkan cinta dia.
Sinematografi dari Hong Jae-sik sekali lagi menghidupkan dunia Confidential Assignment 2: International dengan cemerlang didukung dengan music score yang bertenaga dari Hwang Sang-jun. Wardrobe team did a great job bila semua watak nampak bergaya dan stylish terutamanya Yoo Hae-jin, teringat watak dia dalam filem Luck Key (2016).
Kalau ada instalment ketiga, harapnya produser kekalkan team yang sama dan juga Daniel Henney hiks!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.