Movie Review : Luck Key

Saturday 16 May 2020


Director : Lee Gae-byok
Writer : Jang Yoon-mi
Cast : Yoo Hae-jin, Lee Joon, Jo Yoon-hee, Lim Ji-yeon, Jeon Hye-bin, Lee Dong-hwi
Production Company : Yong Film
Distributor : Showbox
Genre : Comedy / Action
Running Time : 112 minutes
Release Date : 13 October, 2016 (South Korea)
Trailer :


Movie remake dari movie Jepun berjudul Key Of Life arahan Kenji Uchida yang diterbitkan pada tahun 2012, mengisahkan tentang Jae-Sung (Lee Joon), pelakon extra yang banyak menyusahkan jiran tetangga dia bila suka berhutang akibat kesempitan hidup. Dia ambil keputusan untuk bunuh diri tapi tak sanggup teruskan sudahnya pergi ke public bath. 


Di situ dia terjumpa dengan Hyung-Wook (Yu Hae-Jin), contract killer yang singgah sebentar untuk bersihkan diri lepas selesaikan satu task. Tanpa sengaja dia terpijak sebuku sabun dan jatuh terhentak ke lantai. Kunci yang dipakai di pergelangan tangan dia tercampak ke arah Jae-Sung. Awalnya Jae-Sung nak pulangkan tapi mengingatkan betapa dia perlukan duit untuk langsaikan semua hutang, dia tukar kunci loker dia dengan Hyung-Wook. 


Sementara Jae-Sung hidup dalam kemewahan dan cuba untuk tackle Eun-Joo (Lim Ji-yeon), Hyung-Wook pula cuba mencari identiti dia disebabkan amnesia dengan bantuan Ri-Na (Jo Yoon-hee). Dia cuma tahu nama dia sebagai Jae-Sung, rumah sewa yang kotor, tali untuk gantung diri dan duit sebanyak 2 dollar. Walaupun dia hilang ingatan tapi badan dia tetap bagus bermain pisau dan martial arts. 


Ri-Na cuba dapatkan kerja di kedai makan mak dia bila awalnya keluarga dia anggap Hyung-Wook akan menyusahkan bila kedai makan dia cuma kecil dan tak banyak pun duit jualan yang ada untuk bayar gaji. Tapi disebabkan skill pisau yang ada pada Hyung-Wook, kedai makan tu jadi popular ditambah pula kerjaya dia sebagai pelakon extra disukai penonton. 


Bila Hyung-Wook dah mula selesa dengan hidup dia sebagai Jae-sung, saat tu lah memori dia datang kembali dan dia sedar siapa diri dia yang sebenar. Tapi mampu tak Ri-Na sekeluarga terima diri dia yang sebenar, kena tengok la movie action comedy ni. 


Walaupun movie ni movie remake tapi team production buat yang terbaik dan lebih menghiburkan dari original movie sebab nak adjust kena dengan selera Korean. Though I haven’t watch the original yet tapi tengok komen memang Korean version lagi best sebab kelakar dengan jalan cerita dan plot twist yang menarik. Ditambah pula dengan visual dan angle shot yang bagus. 


Awalnya kita invest lebih dengan kehidupan Jae-Sung bila dia dah dapat kemewahan tak disangka tapi bila Hyung-Wook mula dapat perhatian di kedai makan dan berusaha sebagai pelakon, rasa macam lebih berminat nak tahu apa akan jadi pada watak dia. Dengan lakonan yang mantap Yu Hae-Jin, watak Hyung-Wook nampak hidup dan menghiburkan. Disebabkan lakonan Yu Hae-Jin, dia menang dalam kategori Best Actor di 12th University Film Festival of Korea dan tercalon dalam dua lagi award festival. 


Bila tengok kehidupan dua watak ni dapat la mesej yang disampaikandari movie Luck Key ni bila keadaan hidup kita berubah pun, kalau perangai tetap sama maka jalan hidup kita tetap juga sama. Macam Jae-Sung yang pengotor dan malas berusaha even dapat kekayaan pun dia tetap suka membazir dan buang masa tapi Hyung Wook sentiasa improve diri dia. Campak dalam keadaan apa pun dia tetap mampu jadi yang terbaik. 


Action stunt nampak cantik dan sharp and one of the reason kenapa movie ni best especially bila Hyung-Wook jadi pelakon extra untuk sebuah drama yang bertemakan dunia gangster. Definitely recommend you guys to watch this because it’s a great family entertainer. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

4 comments

  1. baca review awak dah rasa filem ni best dan kelakar, boleh masuk dalam list :)

    ReplyDelete
  2. tambah lagi dalam list hehe

    ReplyDelete
  3. Yes.. Akan tengok.. hehehe.. tq Farhana untuk review ohsem..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.