Movie Review : Mere Brother Ki Dulhan

Friday 1 May 2020

Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Ali Abbas Zafar
Cast : Katrina Kaif, Imran Khan, Ali Zafar, Tara D'Souza
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 145 minutes
Release Date : 9 September 2011
Trailer :


Lepas bergaduh dan putuskan hubungan dengan Piyali (Tara D'Souza), Luv (Ali Zafar) minta tolong adik dia, Kush (Imraan Khan) sanggup untuk carikan pengantin untuk dia. Disebabkan taste diorang sama Luv tahu Kush boleh tunaikan impian dia untuk kahwin masa Hari Krismas nanti di India. Sayang dengan abang punya pasal, Kush buat pelbagai cara untuk cari jodoh dengan bantuan kawan-kawan baik dia, Shobbit (Mohammed Zeeshan Ayyub) dan Rohit (Tariq Vasudeva). 

'We both loved Madhuri Dixit as kids. You know my choice.' - Luv

Lepas iklankan di akhbar, Kush dapat call dari Menteri Kedutaan supaya datang ke rumah dia untuk discuss sama ada sesuai atau tak Luv dijodohkan dengan anak perempuan dia, Dimple Dixit (Katrina Kaif). Bila Kush pertama kali nampak Dimple, dia terkejut sangat sebab tak sangka Dimple yang dia kenal masa zaman kolej dulu setuju dengan idea arranged marriage. 


Bila dua belah keluarga dah tetapkan tarikh perkahwinan, Kush dengan Dimple makin rapat sebab selalu keluar sama-sama untuk uruskan hal wedding ceremony nanti. Tanpa sedar Kush dan Dimple sama-sama jatuh cinta. Dimple ajak Kush kahwin lari tapi Kush taknak kehilangan keluarga especially Luv so dia buat plan supaya Luv batalkan perkahwinan ni. Berjaya ke tak, kena tengok lah movie rom-com ni.


Mere Brother Ki Dulhan antara one of my fav rom-com sebab jalan cerita kelakar, watak Katrina Kaif digarap cantik dan music album best! Dari tahun 2011 dengar music album dia sampai lah sekarang wajib ada dalam playlist especially lagu Choomantar dengan Do Dhari Talwaar.


Director Ali Abbas Zafar debut sebagai director dengan movie ni lepas beberapa tahun jadi Assistant Director di YRF. Antara 3 skrip yang dia hantar, skrip Mere Brother Ki Dulhan yang diterima oleh Aditya Chopra. Tuah pada Imran Khan dengan Ali Zafar masa tu dapat berlakon dengan Katrina Kaif sebab movie Dostana 2 postpone. Both dah request nak berlakon dengan Katrina. I guess sebab both selesa dan happy dekat set masa shooting movie ni, the movie turns out fun and quirky tale sebab ada scene yang natural.


Walaupun shooting scene kebanyakannya di kawasan dalam rumah sebab most of the time semua watak busy dengan wedding preparation tapi ada sesetengah location yang cantik sebab berlatarbelakangkan Taj Mahal, Agra.




Wardrobe team Katrina did their best untuk potray watak Dimple Dixit yang trendy dan bohemian chic. Imran Khan dengan Ali Zafar pun nampak muda dari umur yang sebenar untuk portray watak muda dan energetic.


Dari persembahan lakonan, dialog, menyanyi, menari semua Katrina buat dalam movie ni dari awal sampai habis so boleh kata ni movie Katrina and for fans Katrina, memang happy sangat kalau tengok movie ni. Be it with Imran or Ali Zafar, chemistry diorang bertiga sama-sama cantik onscreen. Shooting movie ni tak ambil masa yang lama pun around 3 bulan je sebab Katrina busy dengan dua lagi movie lain.


Walaupun jalan cerita quite typical dan ending scene quite draggy tapi overall movie ni memang menghiburkan. Layan banyak kali pun tetap best. Mungkin lagi menarik kalau Ali Zafar dapat scene lebih sikit dari yang dalam movie tu sebab watak dia pun fun jugak dengan perangai kasanova dan childish dia. Though sekejap je Ali Zafar muncul tapi still menyerlah, tambah pula bila dia senyum. Melting leting! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

15 comments

  1. alamak lama tak tengok nustan doh 😜 dok layan kdrama je

    ReplyDelete
  2. Layan lagu dia je, Do Dhari Talwaar best okay tapi movie tak tengok lagi

    hai taj mahal ^o^

    ReplyDelete
  3. Rom com ek? Macam best. Baca your review dah dapat bayang sikit2 adegan dia hehe. Thanks for the review. Nanti kita add to the list

    ReplyDelete
  4. lamanya saya tak tengok filem hindustan. kalau kaki hindustan pasti akan layan jugak filem ni

    ReplyDelete
  5. jalan ceritanya menarik juga, dah lama tak tonton cerita hindustan malahan ramai pelakonnya pun tak dikenali. bolehla tonton movie ni nanti dengan suami

    ReplyDelete
  6. Haritu ada baca gak sapalah update review filem ni ek, lupa daa... ni nampak lagi, nampak gaya memang kena tengok gakk le nik ...

    ReplyDelete
  7. Saya jarang sikit tengok citer hindustan ni.. Dulu2 masa kecik tengok la jugak.. Dh masuk zmn kerja agak bz la jugak

    ReplyDelete
  8. Kalau pelakon baru mcm ni, jarang tengok. .hehehe. Layan srk, salman, kajol, yang memng femes.. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak tonyon filem Hindi dan bila tengok gambar Taj Mahal tu teringat masa g sana masa kecik dgn arwah ayah ibu dan famili. Ketika itu kami tggal di New Delhi dan bila cuti ayah rajin pandu kereta hgga ke Agra.

    ReplyDelete
  10. love sangat dengan katrina kaif. cantik sangat-sangat orangnya. dah lama tak tengok cerita hindustan. tamil je sekarang ni

    ReplyDelete
  11. Nampak menariklah filem nie. Jalan cerita pon lain sikit. Ramai erk pelakon baru bollywood skrg. Dah lama x update pasal pelakon belah sana

    ReplyDelete
  12. lama gak tak layan hindustan. saya masih tengok filem lama dia semasa actor SRK dll

    ReplyDelete
  13. Lama x tgk hindustan mcm me arik jalan cerita dia..and lagi2 hindustan antara yg dinantikan

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak layan hindustan.. bila tengok entry ni rasa macam rindu nak tengok balik. Cerita ni pun nampak macam best. Terima kasih cadangkan nak tengok cerita apa pada sis

    ReplyDelete
  15. tengok trailer macam menarik je. rasa lama tak tengok hindustan. bila free boleh lah tengok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.