Movie Review : Street Dancer 3D

Tuesday 5 May 2020


Director : Remo D'Souza
Writer : Farhad Samji, Jagdeep Sidhu
Cast : Varun Dhawan, Shraddha Kapoor, Prabhu Deva, Nora Fatehi, Punit Pathak
Production Company : T-Series, Remo D'Souza Entertainment
Distributor : AA Films
Genre : Musical / Dance / Drama
Running Time : 141 minutes
Release Date : 24 January 2020
Trailer :


Installment ketiga franchise ABCD di bawah arahan director-choreographer yang sama, Remo D’Souza mengisahkan tentang dua kumpulan penari dari negara yang berbeza lantas selalu bergaduh bila sahaja berjumpa. Group India, Street Dancer diketuai Sahej Singh Narula (Varun Dhawan) dan Pakistan pula under Inayat (Shraddha Kapoor).


Sahej setuju untuk tunaikan permintaan abang dia, Inder Singh Narula (Punit Pathak) yang gagal ke final di Ground Zero Battle 2 tahun lepas tapi Sahej tukar group kepada The Royals dengan ahli group Street Dancers lain yang terpilih. Group The Royals selalu menang di Ground Zero Battle dan dapat tajaan The Dance Academy. Group Inayat pula minta tunjuk ajar dengan Anna (Prabhu Deva) untuk menang dance competition supaya dapat bantu immigrants balik ke negara asal.


Bertempat di London dan bertemakan #MigranJugaManusia, ABCD 3 gagal untuk deliver content dengan bagus. Kalau penulis Farhad Samji dan Jagdeep Sidhu stick dengan tema asal tanpa campur adukkan pergaduhan antara India-Pakistan sampai ambil masa yang agak lama untuk sampai ke mesej cerita, mungkin penghayatan emosi lebih berkesan dan jalan cerita lebih kemas. 


Tak tahu apa perlunya pergaduhan India-Pakistan sedangkan masa final Ground Zero Battle bila dua negara ni bergabung atas pentas yang sama, cuma bendera negara India sahaja dipertontonkan dan music sepenuhnya ikut culture India. Dah masuk installment ketiga tapi Remo masih lagi belum keluar dari kepompong menggunakan elemen patriotisme dalam persembahan. 


Terangkat jugak la kening bila Inayat confident sangat bagitahu Anna dia ada the best team untuk menang padahal group dia baru je lepas kalah kriket lepas tu kalah dalam battle dance dengan group Sahej. Baru group Sahej tau, belum The Royals lagi. Itupun Mia (Nora Fatehi), girlfriend Sahej dari The Royals baru tunjuk dance skills sikit je sebab Sahej geram Inayat suka berlagak depan dia. 


Lagi kelakar bila nak masuk semi-final Inayat kutuk Sahej dance to impress semata, tak macam dia dance to express padahal dari awal group dia show off dance skills depan studio Sahej. Dance form group dia pun quite repetitive dan tak ada apa-apa emosi terhasil pun masa perform. Writer terlampau push some emotional scenes sampai jalan cerita jadi berterabur. Jangan sembang pasal logik especially bila Sahej last minute join Rule Breakerz dan tahu dance steps dari awal sampai habis. 


Walaupun komposer duo Sachin–Jigar untuk ketiga-tiga installment tapi malangnya lagu Bezubaan hancur bila lirik bertukar penulisnya. Dance untuk lagu Dua Karo tak menambahkan emosi baik pada penceritaan mahupun lagu. Tambah pula bila kita dah pernah tengok Varun deliver dance dengan emotional expression jauh lebih bagus dalam lagu soul ballad – Chunnar dalam ABCD 2. Loved Muqabla 2.0, Illegal Weapon, Lagdi Lahore and Garmi by the way. 


Pujian harus diberi untuk Remo D’Souza bila masuk bab dance choreography sebab tu memang forte dia bila dalam installment ni dia masukkan new dance form seperti Jazz, Contemporary, Afro, Krump, Locking and Popping, Animation Tutting, Urban dan Slow Mo. Dengan camera shots diambil dari angle terbaik buatkan setiap scene nampak menarik. Visual effects dan VFX antara kekuatan movie Street Dancer. 


Walaupun watak Amrinder Mehrotra (Aparshakti Khurana) sebagai immigrant yang malang stuck di Kota London dan watak Mia muncul sekejap sahaja dalam beberapa scene tapi cukup buatkan watak Sahej dan Inayat tenggelam sedangkan mereka berdua adalah pelakon dan penari utama dalam Street Dancer. 


Katrina Kaif ambil keputusan yang tepat untuk keluar dari movie ni gara-gara saranan Salman Khan yang kecewa dengan hasil kerja Remo dalam Race 3. Katrina takkan mampu nak show off dance skills dia pun sebab watak Inayat tak menonjol dan diberi peluang macam watak Vinnie dalam ABCD 2 dengan dance solo – Sun Sathiya.


Tak tahu ABCD 4 akan ada Varun Dhawan sebagai peneraju utama franchise ni ataupun gantikan dengan pelakon lain sebab David Dhawan dah larang anak dia team up dengan Remo dah. Sayang lah franchise ni hilang oompph factor dia sebab pengarah tak teliti skrip dengan baik. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

8 comments

  1. Mesti best ni bila dia pelbagaikan choreography. Baru la betul movie dance

    ReplyDelete
  2. Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda mencari Kewangan?
    Adakah anda mencari Pinjaman untuk memperbesar perniagaan anda?
    Saya fikir anda telah sampai di tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman dengan kadar faedah rendah.
    Orang yang berminat mesti menghubungi kami di
    Untuk maklum balas segera terhadap permohonan anda, Mohon
    balas e-mel ini di bawah sahaja.
    Aplikasi apa +918256953815
    ushaservicesonline@gmail.com
    Tolong, berikan kami Maklumat berikut sekiranya berminat.

    1) Nama Penuh: ………
    2) Jantina: ………
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: ………
    4) Tempoh Pinjaman: ………
    5) Negara: ………
    6) Alamat Rumah: ………
    7) Nombor Mudah Alih: ………
    8) Pendapatan Bulanan: …………………
    9) Pekerjaan: ………………………
    ) Laman web mana yang anda ada di sini mengenai kami ...

    Terima kasih dan salam mesra.
    ushaservicesonline@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
  3. mama suka tgk citer menari2 macam ni

    ReplyDelete
  4. Cerita cam hampeh.. Tapi lagu Garmi tu memang best tengok..
    Suka tengok Nora Fatehi menari.. ohsem..

    ReplyDelete
  5. BUSINESS LOAN PERSONAL LOAN HERE APPLY NOW WhatsApp +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.