Movie Review : Pokémon Detective Pikachu

Monday 25 May 2020


Director : Rob Letterman
Writer : Dan Hernandez, Benji Samit, Rob Letterman, Derek Connolly, Nicole Perlman
Cast : Ryan Reynolds, Justice Smith, Kathryn Newton, Suki Waterhouse, Omar Chaparro, Chris Geere, Ken Watanabe, Bill Nighy
Production Company : Legendary Pictures, The Pokémon Company, Toho
Distributor : Warner Bros. Pictures (Worldwide), Toho (Japan)
Genre : Sci-fi / Mystery / Comedy
Running Time : 140 minutes
Release Date : May 3, 2019 (Japan), May 10, 2019 (United States)
Trailer :


Sebagai peminat Pokemon, movie Pokemon excites me much bila trailer dia keluar dengan genre mystery dan Pikachu team up dengan watak hero untuk solve kes kehilangan detektif terbaik di bandar Ryme City di mana Pokemon dan manusia hidup bersama. 

Cerita bermula bila Tim Goodman (Justice Smith) dibawa oleh kawan baik dia Jack ke padang untuk menangkap Pokemon Cubone tapi malangnya tak berjaya. Tim dah lama buang impian dia untuk jadi Pokemon trainer sejak ibu dia meninggal dan ayah dia, Harry pilih untuk pergi ke Ryme City untuk jadi detektif dan ditugaskan khas oleh Howard Clifford (Bill Nighy) untuk jaga keamanan bandar.


Bila Tim dapat berita Harry meninggal, dia pergi ke Ryme City untuk ambil semua barang peribadi Harry tapi di sana dia berjumpa dengan wartawan pelatih, Lucy Stevens (Kathryn Newton) dan claim yang Harry mungkin jumpa pendedahan eksklusif sebelum dia meninggal. Sedang dia teringat kembali kisah lama antara dia dan Harry, Tim terjumpa Pikachu (Ryan Reynolds) yang menyelinap masuk ke rumah.


Turns out, Pikachu sebenarnya Pokemon partner Harry tapi hilang ingatan lepas kemalangan. Dia pujuk Tim untuk bantu dia siasat kemalangan Harry dan mungkin Harry sebenarnya masih hidup sebab Pikachu masih hidup. Tim minta bantuan Lucy untuk siasat perkara ni bila bahan kimia ungu yang ada di bilik Harry sama dengan bahan kimia yang Lucy selalu jumpa. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Harry dan adakah dia masih hidup, kena siasat sendiri dalam movie Pikachu ni.


Jalan cerita Pokémon Detective Pikachu simple je macam movie Disney ataupun teen mystery mungkin sebab target audience adalah family but still menarik untuk ditonton dan plot twist pun unpredictable. Watak Pikachu banyak menghidupkan suasana kelakar sebab Ryan Reynolds dan chemistry dia dengan Justice Smith looks pretty good as partner. Movie ni juga tercalon dalam 5 award events dalam pelbagai kategori so enough reason for watching this famous video game adaptation movie. 

Boleh kata movie Pokemon Detective Pikachu memang dibikin khas untuk peminat Pokemon sebab team production tak letak effort langsung untuk explain karakter setiap Pokemon yang muncul dalam movie. For fans of course kita tahu kenapa Psyduck tak boleh stress dan apa kelemahan dan kelebihan Pikachu, Mewtwo ataupun Pokemon lain.


John Mathieson and his team did their best in portraying the Pokemon’s  world! Semua nampak real dan blend cantik dengan manusia nyata hasil kerjasama dengan Pokemon Company di Jepun. Even color grading dan sinematografi pun cantik disunting walaupun tergelincir bila penggunaan CGI agak banyak dalam beberapa scene tapi boleh dimaafkan. Music score menambahkan impak pada penceritaan and yes of course ada lagu tema Pokemon!



Hopefully pengarah dan penulis skrip akan consider Pikachu 2 sebab movie ni berjaya kaut untung yang banyak di box office. Lagipun nak juga tengok apa lagi masalah yang boleh muncul atau apa kelebihan hidup di Ryme City bersama Pokemon. Sebab hanya bandar Ryme City yang dicipta dengan objektif macam tu sedangkan daerah lain masih lagi benarkan Pokemon trainer buru dan lawan dengan trainer lain. All in all, recommended as entertaining family movie! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

2 comments

  1. tak pernah habis tengok cerita pikachu ni...asik ada je halangannya

    ReplyDelete
  2. Memang layan habis tengok filem nie dengan anak-anak.. Tu lah.. harapnya adalah Pikachu 2..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.