Movie Review : Panga

Saturday 9 May 2020


Director : Ashwiny Iyer Tiwari
Writer : Nikhil Mehrohtra, Ashwiny Iyer Tiwari, Nitesh Tiwari
Cast : Kangana Ranaut, Jassi Gill, Richa Chadda, Megha Burman, Neena Gupta
Production Company : Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Sports / Drama
Running Time : 131 minutes
Release Date : 24 January 2020
Trailer :


Jaya Nigam (Kangana Ranaut) pernah menjadi kapten untuk team Kabaddi wakil negara India tapi bila dia perlu buat pilihan antara kesihatan anak dia, Adi (Yagya Bhasin) yang lahir dengan kekurangan tahap imun dan bersaiz kecil, Jaya tinggalkan Kabaddi kemudian fokus menjadi ibu untuk  jaga keluarga kecil dia bersama Prashant (Jassi Gill). 

  
Selepas 7 tahun bila Adi makin besar dan pertikaikan status Jaya sebagai tidak penting, dia mula terasa hati apatah lagi bila nama dia di arena sukan Kabaddi makin dilupakan walaupun dia antara star player negara. Jaya minta bantuan Meenu (Richa Chadha) sebagai personal coach supaya dapat buat comeback mewakili negara.


Agak mustahil bila Jaya dah lama tinggalkan Kabaddi tambah pula bila speed dan stamina dia adalah kelemahan terbesar berbanding seasonal players yang lain. Tapi dengan guidance Meenu dan Nisha (Megha Burman), Jaya dapat crack strength dan strategy yang bagus untuk dia guna dalam ujian kelayakan nanti.


Jalan cerita Panga bukan dokumentari perjalanan atlet sukan dan menang pingat emas tapi lebih kepada menyeru semangat kesukanan para ibu dan memaparkan masalah yang wujud dari institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara sendiri yang dilihat sebagai kurang memberi peluang dan ruang. Bila berkahwin, tugasnya cuma satu – menjaga keluarga walhal boleh saja cemerlang sebagai ibu dan juga atlet sukan.


Director-writer, Ashwiny Iyer Tiwari gambarkan kehidupan keluarga middle class dengan baik and we feel related and connected. Scene bila Jaya terpaksa stay dengan kerja walaupun Adi pertama kali join sukan 100 meter. Scene bila coach sedapkan hati Jaya bila dia kata dia akan balik lepas lahirkan Adi. Bila Prashant helpless untuk jaga Adi, jiran dan mak mertua datang untuk bantu. Ashwiny tak gubah watak Prashant untuk jadi superdad dalam masa setahun bila Jaya pergi ke Kolkata untuk training. He did but not at that moment. We need time to adjust and grow better.


Due to that Kangana deliver yang terbaik sebagai Jaya yang rindukan Kabaddi tapi tetap pilih untuk bagi yang terbaik buat Prashant dan Adi. Such an emotional journey and a roller coaster ride dari awal hingga hujung movie. Tanpa dialog pun Kangana boleh reflects feelings dengan bahasa tubuh dan facial gestures. She just hit the right notch.


Bukan setakat kekuatan jalan cerita dan para penulis bijak bermain emosi tapi kekuatan lakonan kesemua pelakon patut diberi pujian terutamanya debutante Yagya Bhasin yang bijak berkata-kata dan ceriakan suasana keluarga kecil ni. Adi antara sebab utama kenapa Jaya balik ke gelanggang Kabaddi dan punca kenapa Jaya patah semangat bila dipersimpangan.  

Richa Chaddha did her best as Jaya’s personal coach especially bila dia mengamuk Jaya ambil keputusan untuk patah balik ke Bhopal. Smita Tambe sebagai kapten yang put Jaya to her place. Rajesh Tailang pula sebagai coach yang tanpa segan gunakan Jaya untuk naikkan publisiti team Kabaddi India. Neena Gupta juga menyerlah sebagai ibu Jaya walaupun screentime dia agak terhad.


Tapi ada juga beberapa scene yang boleh ditajamkan lagi melodramanya tapi dibiarkan mendatar especially bila di second half. Music video juga agak sederhana, bergerak seiring dengan jalan cerita to add some warm vibes for certain scenes.


Nevertheless it’s a great experience to watch a family drama with a great message in life. A must watch!

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 8.8/10

14 comments

  1. Macam best je cerita ni. Kena tngok nnti ni. Hehehehe

    ReplyDelete

  2. Filem yang sangat cemerlang dari sudut kekeluargaan tetapi lemah dari sudut penyampaian genre sukan.

    ReplyDelete
  3. movie tamil tk pernah tgk...slalunya movie english nanti bole try tgk movie PANGA ni..tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!! Plot cerita nie nampak menarik. Maybe I should watch it too. Thank you for sharing your review on this movie. Have a good weekend.

    ReplyDelete
  5. macam best je. memang suka tengok cite tamil pun. thanks review

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak follow cerita tamil. Boleh save lah tengok lepas ni. Thansk for sharing.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tonton filem India ... filem Hindi afalah juga sbb kenal pelakonnya klu filem Tamil Rajinikanth tau la haha

    ReplyDelete
  8. Wowww peminat cter tamil ke... Samalah kita ni. Tapi kita xpernah lagi buat review cter tamil hee. Baguslahhh.. Citer tamil xpernah mmgecewakan hehehe

    ReplyDelete
  9. Hindustan diorang suka buat movie-movie macam ni. Really inspired.

    ReplyDelete
  10. Hah movie jenis macam ni yang suka tengok. Banyak pengajaran dan yang penting tak membosankan

    ReplyDelete
  11. boleh masuk dalam list ni. kita suka tengok citer macam ni. dah berapa movie bergenre macam ni yang dah tgok sempena pkp ni.

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik dari jalan penceritaan ni. boleh la masukkan dalam senarai nan tonton nanti.thanks for sharing

    ReplyDelete
  13. Haritu klik kejap cite ni, tehn belum pun suku bukak lain...tapi bila dah baca ni, mavam, best plak ek citenya...okay nanti smabung balik...

    ReplyDelete
  14. Plot cerita nampak menarik, musim2 PKP ni agak banyak masa utk menonton, boleh la Mat Drat tonton jugak.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.