Drama Review : KL Gangster Underworld

Saturday 16 May 2020


Pengarah : Faisal Ishak
Penulis Skrip : Nazri Annuar
Pelakon : Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat, Nabila Huda, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A. Galak, Fikhree Bakar, Shera Aiyob
Genre : Aksi / Drama / Jenayah
Jumlah Episod : 6  Episod
Tarikh Tayangan : 16 Ogos 2018 – 20 September 2018
Syarikat Produksi : Skop Productions
Penyiaran : iflix
Trailer :


Drama KL Gangster Underworld ni sequel dari movie KL Gangster under production house yang sama, Skop Productions di bawah arahan pengarah Faisal Ishak yang famous dengan franchise movie Juvana. 


Drama bermula bila King dah mati dalam perang antara ketua kawasan lain maka Ayah Zan (Hasnul Rahmat), ketua kawasan Kampung Baru berbincang dengan Pak Aji (A. Galak), ketua kawasan Gombak supaya cari jalan pertahankan kawasan masing-masing bila Tauke (Azhan Rani), ketua kawasan Cheras sengaja cari pasal supaya dapat berperang dengan ketua kawasan lain untuk rampas tempat King.


Selepas kematian King, Madam Wong (Dynas Mokhtar) yang kawal keadaan di Kuala Lumpur tapi dia cuma berpihak pada yang membawa untung kepada kawasan dia, Seputeh. Shah (Beto Kusyairy), anak angkat dan juga orang kanan Ayah Zan pula nekad dengan keputusan dia untuk bawa Elina (Ezzaty Abdullah), pembantu Tauke keluar dari Kuala Lumpur dan mulakan hidup baru bila Elina sah mengandung.


Shamin (Nabila Huda), kembar Shah seorang wartawan jenayah yang dah lama perhatikan gerak-geri semua geng terutamanya Ayah Zan bila dendam sejak dari kecil bila ayah kandung dia mati di depan mata bila perang antara kawasan terletus. Disebabkan janji yang dimungkiri pada Tauke, Shamin bantu Shah keluar dari masalah dengan bantu mencari Belut (Amerul Affendi) yang hilang lepas diserang oleh anak-anak buah Tauke, Jerung (Fikhree Bakar) dan Damak (Fezrul Khan).


Jalan cerita hasil karya Nazri Annuar for me quite good and fresh walaupun ada certain scene yang agak lemah dan tak perlu ditambah dalam drama ni. Lebih baik kalau tak letak scene Jalil kena bunuh gara-gara bercinta dengan Mimi (Jasmine Suraya Chin) dan dianggap mengkhianat keluarga sendiri sebab punca kekecohan ni terjadi disebabkan kisah cinta Shah dan Elina.


Watak Elina antara minus point drama KL Gangster Underworld sebab dia decide untuk keep their baby walhal timing untuk diorang keluar tak cantik. Dia suka buat keputusan melulu yang bahayakan dia dan Shah walhal dalam episod 1 kita nampak dia encourage kawan dia supaya fight untuk kebebasan. Nampak bijak tapi kosong. Dia pergi jumpa Suraya (Shera Aiyob) tanpa inform Shah atau Shamin padahal tak pandai martial arts pun. Dia confident betul anak-anak buah Tauke takkan apa-apakan dia just because Madam Wong said so. Pffttt


Scene Mimi call Elina sebab nak bagitahu plan Tauke untuk serang semua kawasan pun agak lemah bila Mimi panggil Elina datang jumpa dia dekat bar Tauke. Bagitahu je la dalam Whatsapp. Dah tak memasal kena serang dengan Damak. 

Scene Elina merayu dekat Shah jangan pergi jumpa Ayah Zan bila dapat berita tengah nazak tu agak confusing lah. Shah tak bagitahu ke apa janji dia dekat Ayah Zan? Tapi kau takkan la tak ada hati perut sampai nak halang Shah jumpa ayah dia tengah nazak. Kau kahwin dengan anak ketua kawasan kot, jangan la expect hidup normal macam pasangan lain.


Drama ni genre aksi tapi quite disappointed lah bila scene aksi tak banyak sangat, scripted dan tak kemas atau sharp. But my fav fight scene bila Adi (Zahiril Adzim) fight dengan Sherrina (Daniella Sya) dekat kawasan lombong. Sayangnya scene tu sekejap sangat padahal both nampak real dan bagus.


Visual dengan music score bagus, lakonan pun mostly performed well especially Dynas yang berlakon watak Madam Wong. Diction and dialogue delivery dia bagus. Azhan Rani agak over the top dengan gaya gangster Cina. Dia macam ikut gaya Shark.


Tak tahu apa status Season 2 but I’m waiting for it bila ada banyak lagi persoalan yang sengaja diwujudkan di hujung episod untuk pancing penonton. Drama ni boleh ditonton di iflix tapi tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab ada certain scenes yang ganas, ekstrem dan banyak mencarut. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.5 = 7 /10

1 comment

  1. alahai tak minat sgt nak tengok cite melayu gangster tapi barisan pelakon memang best.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.