Movie Review : Homestay

Sunday 17 May 2020


Director : Parkpoom Wongpoom
Writer : Thodsapon Thiptinnakorn, Jirassaya Wongsutin, Abhichoke Chandrasen, Eakasit Thairaat, Parkpoom Wongpoom
Cast : Teeradon Supapunpinyo, Cherprang Areekul, Suquan Bulakul, Natthasit Kotimanuswanich, Saruda Kiatwarawut, Nopachai Chainam
Production Company : Jor Kwang Films
Distributor : GDH 559
Genre : Drama / Thriller / Fantasy
Running Time : 136 minutes
Release Date : 25 October 2018 (Thailand)
Trailer :


Diadaptasikan dari novel Jepun berjudul Colourful karya Eto Mori yang diterbitkan pada tahun 1999 dan diterjemah ke bahasa Thai pada tahun 2003 dengan tajuk “Mua Sawan Hai Rangwan Phom”, mengisahkan tentang roh yang dilabelkan sebagai jahat terperangkap dalam badan Min (Teeradon Supapunpinyo).

Penjaga alam barzakh (Nopachai Chainam) bagi dia masa selama 100 hari untuk cari tahu siapa yang menyebabkan Min bunuh diri atau dia akan mati dan tak akan dapat peluang untuk kelahiran semula jika gagal. Sebelum Penjaga pergi, dia berpesan supaya jangan sampai orang lain tahu yang dia bukan Min.


Bila dia dibawa pulang ke rumah selepas discharge dari hospital, Min disuruh untuk tinggal dalam bilik abang dia. Ruedee (Suquan Bulakul) taknak Min ulang benda yang sama bila tinggal di bilik yang sama.  Abang dia, Menn (Natthasit Kotimanuswanich) tak suka dengan kehadiran Min dan keluar dari rumah dan tinggal di asrama kolej.


Di sekolah Min disapa oleh kawan baik dia, Li (Saruda Kiatwarawut) dan dibawa ke kelab seni yang mempunyai projek sekolah dan perlu disiapkan dalam masa 100 hari. Sama dengan tempoh masa dia perlu cari punca Min bunuh diri. Li tegur supaya lukis balik projek dia sebab lukisan Min yang dihantar semuanya dark and depressing.


Dalam masa yang sama juga Min terjumpa Pi (Cherprang Areekul) dan mula jatuh cinta. Berbunga hati dia bila Pi pun suka dengan dia. Dari situ dia mula spend banyak masa dengan Pi dan jadi penguat semangat Pi sebelum join Olimpik Sains. Tapi Min dapat tahu yang Pi dicabul oleh cikgu Sains in exchange peluang untuk ke Olimpik.


Bukan setakat kes tu sahaja yang dia tahu, ibu dia pula rupanya tinggal dengan kekasih dia dan abang dia cuba untuk sorokkan laptop yang mengandungi nota bunuh diri Min. Min tak dapat cari sebarang info tentang diri dia dalam rumah tu bila tak ada gambar Min dari kecil hingga besar. Bilik dia pun kosong seolah telah dibuang. Hanya nota bunuh diri kunci jawapan dia. Jangankan Min, orang lain di tempat dia pun pasti akan ambil tindakan yang sama. Tapi Penjaga taknak terima itu sebagai jawapan dan dia tinggal lagi 3 hari supaya dapat tebus peluang untuk hidup.


Jalan cerita yang bersilih ganti antara mystery solving case dan drama kehidupan remaja ni digarap dengan baik dan sentuhan permasalahan kebanyakan remaja dalam culture Asian sehingga membawa kepada depression. Some scenes menyentuh hati while some scenes kelakar walaupun agak slow pace. Gabungan 5 orang penulis tampaknya membuahkan hasil. Visual effects and camera shots antara faktor kekuatan movie ni.


First half lakonan Teeradon Supapunpinyo nampak kaku tapi makin lama nampak dia dah mula selesa dan deliver watak Min dengan baik especially second half bila dia banyak bermain dengan emosi. Watak Min boleh dikembangkan lagi sebagai seorang pelajar yang depressed hingga perlukan terapi tapi director dan writer lebih fokus kepada supernatural scenes. Watak Li pun tak diberi peluang walhal kawan baik Min yang selalu support Min di saat susah ataupun senang.


Movie Homestay antara movie terbaik Thailand pada tahun 2018 dengan mesej untuk mensyukuri hidup dan menghargai setiap manusia yang datang dalam hidup. Sebagai pengajaran ataupun sebagai penyeri. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

2 comments

  1. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  2. Menarik bila elemen thriller, fantasi dan drama digabungkan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.