Movie Review | My Stupid Boss (2016)

Saturday 30 May 2020


Pengarah : Upi Avianto
Penulis Skrip : Upi Avianto
Pelakon : Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Alex Abbad, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Iskandar Zulkarnain, Atikah Suhaime, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad, Sharmaine Othman
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 108 minit
Tarikh Tayangan :19 Mei 2016
Syarikat Produksi : Falcon Pictures
Pengedar : Falcon Pictures
Trailer :


My Stupid Boss diadaptasikan dari novel bersiri dengan tajuk yang sama karya Chaos@Work. Upi Avianto olah menjadi skrip movie genre komedi yang mengisahkan tentang Diana (Bunga Citra Lestari) berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia ikut suami dia, Dika (Alex Abbad) yang bekerja dari rumah sebagai perunding di syarikat petroleum. Lepas tiga bulan, dia rasa tak betah tinggal di rumah walaupun suami dia tak pernah suruh untuk bekerja. 


Dia dah malas buang masa melepak dengan Siti (Nadiya Nisaa), Azizah (Sherry Alhadad) dan Vivian (Sharmaine Othman) bergosip tentang hal jiran tetangga. Dika recommend Diana untuk bekerja di syarikat Malaysia Sinar Berjaya (M) Sdn Bhd di Sungai Buloh, syarikat kawan baik masa Dika study di Amerika.


Masa pergi interview Diana dah tengok ramai yang memaki sumpah seranah Bossman (Reza Rahadian) sampai dia jadi takut. Tapi tanpa interview pun dia dah diterima bekerja sebab pakai kabel. Balik je rumah terus dia tanya Dika kalau Bossman tu gila tapi Dika kata Bossman memang macamtu dari dulu. Pelik dan menjengkelkan. 


Baru hari pertama Diana dah stress bila Bossman suka panggil tanpa sebab sampai buang masa dia. Kerja dekat meja menggunung sampai tak nampak tuan meja, belum masuk kena uruskan pekerja bengkel di tingkat bawah. Bossman pesan supaya Diana kena selalu berwaspada dengan semua pekerja asing ni sebab diorang penipu dan penyangak. Diana yang pertikaikan pengambilan kerja pekerja asing ditegur jangan masuk campur urusan kerja Bossman. 


Bossman juga selalu call Diana tengah malam cuma untuk bagitahu tentang meeting tergempar jam 9 pagi tapi sudahnya Bossman yang sampai lambat 2 jam tanpa sebab. Memang terseksa hidup Diana jadi target Bossman dekat office tapi Diana tak boleh berhenti sebab dalam kontrak, dia kena bayar jumlah gaji kalau berhenti awal dari tempoh dalam kontrak. Diana mula menyesal buat keputusan untuk bekerja tambah pula Dika selalu backup Bossman. 


Jalan cerita My Stupid Boss ni memang kelakar sebab bertemakan majikan yang annoying and some scenes memang relatable sangat kenapa kita menyampah dengan majikan. Bila layan movie ni sampai mengangguk mengiyakan apa yang Diana dan kawan sekerja dia merungut. Movie ni fast pace and even dah masuk second half pun still kelakar dengan perang Diana dan Bossman.
 

Lakonan pelakon utama dengan sampingan memang menghidupkan suasana even Sherry, Nadiya Nissa dengan Sharmaine ada scene yang kelakar walaupun screentime tak banyak. Bront agak tersia dalam movie ni sebab dia tak dapat peluang untuk menyerlah pun bila watak dia cuma mengorat Shikin (Atiekah Suhaimi). Watak Azhari (Iskandar Zulkarnain) pula tak diketahui apa jawatannya bila sepanjang masa asyik berzikir. 


Pujian harus diberikan pada Reza Rahadian yang berjaya deliver watak Bossman dengan kelakar. Dari cara dia bercakap, riak muka dan cara berjalan pun dah boleh buat orang tergelak. Rasanya watak Bossman ni antara memorable performances Reza dalam karier lakonan dia. Dalam movie ni kebanyakan pekerja dia tak faham apa Bossman cakap sebab dialek Jawa Indonesia yang pekat. Macam Bossman label pekerja dia sebagai tempe sebab dia maksudkan kelas bawahan. 


Suka dengan set kawasan rumah Diana dengan kawasan apartmen dia sebab penggunaan warna dan susun atur nampak menarik. Kebanyakan scene shoot dekat rumah Diana atau di pejabat so team production boleh lebihkan bajet untuk bahagian visual and music score. Overall memang have fun sangat layan movie ni. Ulang banyak kali pun tetap kelakar tengok perangai annoying Bossman. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

2 comments

  1. menarik tajuk... XD
    Singgah sini, done follow.

    ReplyDelete
  2. Tengok separuh je hari tu.... bosan tengok sorang sorang

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.