Movie Review | Beast Clawing At Straws (2020)

Sunday 17 May 2020


Director : Kim Young-Hoon
Writer : Kim Young-Hoon
Cast : Bae Sung-Woo, Jung Woo-Sung, Jeon Do-Yeon, Shin Hyun-Bin, Jung Ga-Ram
Production Company : B.A. Entertainment, Megabox JoonAng PLUS M
Distributor : Megabox Plus M
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 109 minutes
Release Date : 19 February 2020, 25 January 2020 (Rotterdam International Film Festival)
Trailer :


Joong-Man (Bae Sung-Woo) bekerja separuh masa di sauna-hotel kemudiannya terjumpa sebuah bag jenama Louis Vuitton yang megandungi sejumlah duit yang banyak semasa mengemas. Memandangkan keadaan kewangan dia yang agak teruk lepas business dia gagal, tambah pula dengan anak perempuan dia perlukan duit untuk yuran pengajian dan ibu dia yang menghidap Alzheimer, Joong-Man ambil keputusan untuk sorok beg tersebut dalam stor. Dia betul-betul perlukan duit tu. Lagipun,bos dia layan dia dengan teruk walaupun dia perform yang terbaik di sauna tu. 


Sementara itu, plot kedua berkisarkan Tae-Young (Jung Woo-Sung), pegawai kastam yang pinjam wang dalam jumlah yang agak besar dari loan shark, Doo-man (Jeong Man-sik) untuk bantu bisnes teman wanita dia, Yeon-Hee (Jeon Do-Yeon). Tapi malangnya Yeon-Hee hilangkan diri tanpa berita. Loan shark pula tak sudah bagi warning supaya bayar on time. Tae-Young plan untuk peras ugut foreigner dan minta bantuan sepupu dia tapi detektif polis syak dia berkomplot dengan foreigner tersebut.


Plot ketiga, Mi-Ran (Shin Hyun-Bin)kerugian teruk dalam saham yang dia labur. Tak cukup dengan tu, suami dia selalu merungut isteri dia menyusahkan dan lepaskan geram dengan pukul sampai cedera. Mi-Ran terpaksa bekerja sebagai pelayan bar untuk dapatkan duit dengan cepat. Klien dia, Jin-Tae (Jung Ga-Ram) yang bersembunyi di Korea kerana jenayah bunuh, offer untuk bunuh suami Mi-Ran sebab dia jatuh hati dengan Mi-Ran.


Movie ni diadaptasikan dari novel "Wara nimo Sugaru Kemonotachi" karya Keisuke Sone yang diterbitkan pada tahun 2011. Debutant director-writer Kim Young-Hoon deliver yang terbaik untuk adaptasi novel Jepun ni dengan pembahagian kepada 5 babak. 

Dari awal cerita kita didedahkan dengan masalah-masalah kewangan dari 3 watak utama ni tapi uniknya bila dipertengahan cerita baru kita dapat susun balik timeline sebenar dari mana beg Louis Vuitton tu datang dan berakhir. Fret not, still entertaining and easy to understand.


Jalan cerita juga kompleks dan banyak kejutan demi kejutan muncul sehinggakan sukar untuk kita tebak ke mana arah dan apa akan jadi seterusnya. Bersilih ganti antara komedi dan thriller di antara kesemua watak di kawasan bandar pelabuhan bernama Pyeongtaek . The only thing we can do is just enjoy every character and their flaws with miserable life. Tak ada garis di antara baik ataupun jahat dalam movie ni sebab bertemakan survival dalam kesempitan hidup.


Dalam movie Beast Clawing At Straw ni director highlight watak-watak wanita yang nampak licik dan manipulative dengan kelebihan dan kecantikan yang mereka ada. Glad to found a movie where women steals the spotlight especially watak Yoon-hee yang opportunist dan femme-fatale bila muncul di second half tapi jadi kunci utama yang cantumkan ketiga-tiga plot. Tapi tak kurang hebat juga watak lelaki dengan barisan pelakon yang mantap.


Actually tertanya juga kenapa watak Yoon-hee ni beria nak terlibat sekali dalam perang kecil ni sebab dia kaya. Cukup rasanya untuk dia bayar balik duit Doo Man. Mungkin business dia ada problem tapi tak pula director tunjuk kenapa. Mungkin lebih baik kalau dipanjangkan screentime supaya kita dapat tahu lebih detail lagi.


Movie ni agak raw and gore bila ada beberapa scene yang ditunjukkan secara close up watak-watak dipukul atau dibunuh tanpa belas. Visual dan color grading nampak cantik suntingannya diadun dengan background music untuk menghidupkan suasana messy and fucked up life.


Overall it is fun and entertaining to watch a twisty tale like Beast Clawing At Straw. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

2 comments

  1. ok, rasanya nak tengok nanti movie ni.

    ReplyDelete
  2. Review yang ohsem.. Boleh nakbtonton nie nanti.. Suka gak ada gore2 nie.. Hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.