Movie Review | Ghost Writer (2019)

Sunday 3 May 2020


Pengarah :  Bene Dion Rajagukguk
Penulis Skrip :  Nonny Boenawan, Bene Dion Rajagukguk
Pelakon : Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra, Ernest Prakasa, Asmara Abigail, Endy Arfian, Slamet Raharjo
Genre :  Seram / Komedi
Durasi Tayangan :  93 minit
Tarikh Tayangan : 4 Jun 2019 (Indonesia), 10 October 2019 (Malaysia)
Syarikat Produksi :  Starvision Plus
Pengedar :  iflix
Trailer :


Naya Galih (Tatjana Saphira) dan adiknya Darto (Endy Arfian) berpindah ke rumah banglo dua tingkat selepas lama ditinggalkan. Ramai jiran-jiran tak berani buka mulut sebab mereka masing-masing tahu rumah tu berhantu tapi Naya dan To kuatkan semangat gara-gara kesempitan wang. 


Beberapa hari kemudian Naya jumpa diari putih di siling yang disembunyikan oleh Galih (Ge Pamungkas). Bila sahaja Naya pegang diari tu, dia akan nampak roh Galih sebab diari tu merupakan barang istimewa dalam hidup dia. Dalam diari tu dia bagitahu kehidupan dia dan akhirnya bunuh diri. 


Sejak kecil lagi Galih selalu dimarahi oleh ibunya dan dianggap seperti menyusahkan. Lepas kematian adiknya, Bening (Asmara Abigail) yang berpunca dari dia, Galih ambil keputusan untuk bunuh diri. Naya minta izin untuk tulis novel tentang kisah kehidupan Galih yang diabaikan oleh ibunya sendiri. Bukan setakat Galih ceritakan kisah dia tapi bantu Naya untuk menaip sendiri novel dia. Sebab tu lah tajuk movie ni Ghost Writer. Tapi Bening bertindak ganas dan cuba untuk cederakan Darto dan Naya supaya novel tu tak diterbitkan. 


Jalan cerita movie ni awalnya agak seram sebelum Naya cuba untuk berbincang tentang novel. Dalam seram tu tetap kelakar tengok gelagat Darto dan kawan baik dia, Billy yang penakut bila dikacau hantu especially scene dalam tandas. Scene colleagues Elvin (Ernest Prakasa) pun kelakar bila discuss kenapa hantu bertindak macam ni macam tu. Ada juga yang meleret tapi a good diversion lah dari kisah Galih dan family dia.


Music score agak lemah bila production team masukkan banyak bunyi dan menganggu fokus bila watak-watak berbual. Mungkin untuk nampak real blend in dengan suasana di kawasan tu tapi kalau sampai menganggu, rasanya tak perlu. Paling ketara masa Vino dengan Naya discuss pasal novel dalam kereta.

Visual effects setiap kali muncul tu menjadi. Hantu Galih dengan Bening tak lah seram mana sebab both of them kena makeup macam hantu Ju-on je tapi tak cukup bajet sebab sampai leher je. Galih teleng sikit nampak dah kulit asal dia. Tapi kualiti bagus la makeup dia sebab menangis pun tak hancur makeup. 


Kalau ikutkan logik movie ni, roh Galih dengan Bening boleh pegang barang sebab Galih siap boleh tulis pantun, tulis dekat dinding bilik Naya, alihkan barang, menaip dan macam-macam lagi tapi macam kelakar lah Bening tak boleh carikan kerusi untuk selamatkan abang dia daripada bunuh diri. Well at least boleh je kan tulis surat dekat abang dia yang dia tak benci abang dia. 


Watak Naya quite annoying lah sebab tak ada duit tapi taknak apply job copywriter yang pakwe dia, Vino (Deva Mahendra) suggest. Nak fokus dengan novel tapi belum tentu dapat approval dari publishers. Nak adik dia masuk sekolah menengah swasta tapi tak ada duit. Nasib Darto tak cedera dek kena kacau dengan Bening. Mesej sosialnya terletak di sini bila watak Naya dan Galih egois untuk terima kenyataan. Benda boleh settle bila duduk berbincang. 


Yang menghidupkan elemen kelakar selain Darto dan Billy adalah lakonan Galih bila dia menyembang dengan Naya dengan dialog yang bersahaja tapi kelakar ditambah dengan facial gestures dan tona suara.


Jarang nak tengok movie seram komedi tanpa lawak slapstick naskhah dari Indonesia sebab kita dah terbiasa dengan negara Thailand yang saban tahun hidangkan genre ni dengan pelbagai jalan cerita. For me, debutante director-writer, Bene Dion Rajagukguk dah buat yang terbaik dengan movie Ghost Writer. Tak hairan juga dia mampu deliver movie seram kelakar sebab dia sebelum ni dah bantu masa movie Suzanna : Bernafas Dalam Kubur. I had fun time watching both movies! You guys boleh tengok movie Ghost Writer secara percuma di iflix! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

8 comments

  1. part Darto dengan kawan baik dia tu memang kelakar. gelak2 je bila scene diorang dua..haha

    ReplyDelete
  2. Haha nak tengok wei tp takut HAha

    ReplyDelete
  3. Dah nampak banyak kali nampak kat Iflix tapi tak tengok lagi.

    ReplyDelete
  4. nak tengok tapi bab bab cerita hantu memang kak pip tak boleh nak layan. adeh, takut bah.

    ReplyDelete
  5. oh...indonesia eh..tahun lepas ada nampak iklan masa tgk wayang tp tak terasa nak nengok

    ReplyDelete
  6. Memula tengok title takut ni..pastu bila baca nasib baik ada part kelakar..boleh la tengok ni

    ReplyDelete
  7. Betul la makeup macam hantu ju on 😂 putih kemain, tak seram sangat.

    And apasal Naya macam tu? Offer dah ada depan mata kut, sambil jadi copywriter boleh je update novel dia tu. Orang melayu kata, sambil menyelam minum air. Dah la yang jadi tukang taip tu hantu, boleh la relaks sikit. Lepas tu sibuk nak bagi adik masuk sekolah swasta dgn duit entah cukup entah tidak. 😅

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.