Kek Batik Melting, Dapur Messy Cik Intan

Saturday 30 May 2020


Masa PKP peringkat kedua tak silap, viral kek batik indulgence ni dekat social media. Bila tengok Harith Sterk Production buat kek batik indulgence lagi bertambah terliur lah sebab cantik sangat kejadian dia. 

Cari punya cari, jumpa jugak yang dekat dengan area rumah sebab taknak bayar delivery charge mahal punya pasal. Dapur Messy Cik Intan ni dekat Kampung Melayu Subang je so delivery around RM5 je. 

Dapur Messy Cik Intan ni ada kek batik melting chocolate sahaja dan kek batik chocolate tambah cheese. Kuantiti pula berbeza ikut harga, boleh tengok dekat dalam poster tu. Sebab craving kan pastu tengok cheese macam sedap pulak so order 2 jenis kek batik yang 6 pieces. Satu chocolate, satu choc + cheese. 


Dah set timing dan confirm order buat bayaran semua, sampai la kek batik ke tangan. Gambar ni bukan gambar sebenar tau sebab ni loqlaq sangat bawak kek ni dalam plastik sampai dia melorot turun ke bawah. Dah balik rumah baru perasan. Tapi kemek pun tetap sedap je. 


Masa dapat tu tak terus makan sebab nak biar dia sejuk. Bila makan sejuk baru umpphhh sedap gila.


Antara choc kosong dengan choc dan cheese, I prefer choc dan cheese sebab rasa choc bercampur dengan cheese tu lagi sedap. Chocolate dia walaupun tebal tapi tak manis sangat sampai kembang tekak. Rasa dia just nice je bila makan. Makan sambil tengok movie memang tak sedar lah bila habis. Masa raya dia ada buat special package tapi tak order lah sebab balik Sabak pun mak dah buat kek batik. Kang terasa pulak dia haaaa tak memasal kena pujuk. 

Next time memang akan repeat order lah dengan Dapur Messy Cik Intan ni. Berbaloi rasa sedap dengan harga. Siapa yang ada dekat area Subang Airport, Subang Bestari dengan Kampung Melayu Subang boleh order kek batik melting dekat Dapur Messy Cik Intan okay. 

8 comments

  1. tengok gambar nampak sedap..
    terus rasa nak buat, tp semua bahan tak da di rumah..
    haish.. menggoda.

    ReplyDelete
  2. Macam sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  3. tengok coklat ty yg sedap..hahaha

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa, mmg pln nk bust, tp blum beli bhn

    ReplyDelete
  5. Yang ada cheese tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  6. fuhhh niceeee

    thank you taw join birthday giveaway

    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/keputusan-birthday-giveaway-anisa-anuar.html

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.