Movie Review : Rang De Basanti

Monday 11 May 2020


Director : Rakeysh Omprakash Mehra
Writer : Rakeysh Omprakash Mehra, Kamlesh Pandey, Rensil D'Silva
Cast : Aamir Khan, Siddharth Narayan, Atul Kulkarni, Kunal Kapoor, Sharman Joshi, Alice Patten, Soha Ali Khan, Madhavan, Waheeda Rehman, Anupam Kher
Production Company : Rakeysh Omprakash Mehra Pictures
Distributor : UTV Motion Pictures
Genre : History / Drama
Running Time : 157 minutes
Release Date : 27 January 2006
Trailer :


Diinpirasikan dari tragedi jet tentera udara yang terhempas disebabkan material sparepart yang berkualiti rendah pada tahun 2002 dan korupsi dalam Menteri Pertahanan India yang telah mengorbankan ramai nyawa pilot tentera. 


Movie Rang De Basanti mengisahkan 6 orang pelajar kolej – DJ (Aamir Khan) bekas pelajar university yang masih belum figured out future dan melepak, Karan Singhania (Siddharth Narayan) anak kepada menteri (Anupam Kher) dan akan keluar negara, Ajay Rathod (R.Madhavan) bina kerjaya sebagai pilot dan bertunang dengan Sonia (Soha Ali Khan), Sukhi Ram (Sharman Joshi) dan Aslam Khan (Kunal Kapoor) yang bersetuju untuk berlakon sebagai pejuang keamanan sepertimana yang digambarkan dalam diari oleh datuk Sue McKinley (Alice Patten) yang pernah menjajah India.


Laxman Pandey (Atul Kulkarni) yang selalu bergaduh dengan Aslam sebab benci dengan Muslim bila dia anggap mereka ni pengkhianat dari Pakistan akhirnya minta izin dengan Sue untuk join sebab tersentuh dengan jalan cerita yang bertemakan patriotik since dia pun antara ahli parti politik. Hanya Laxman yang betul-betul join dan bersemangat dalam documentary movie tu tapi tidak kepada DJ, Karan, Sukhi dan Aslam sebab mereka cuma nak bantu Sue dan isi masa lapang. 


First half movie ni agak mendatar bila masing-masing cuma have fun dan play along with Sue supaya dia tak sedih tak dapat tunaikan impian dia lepas datang dari UK. Rakeysh Omprakash Mehra hit the right note bila dia gambarkan yang belia zaman sekarang tak nak ambik port dengan politik dan cuma nak have fun je but they do respect man like Ajay. 


First half terselamat bila director berselang-selikan scene di zaman perjuangan dengan zaman sekarang sebab zaman tu lebih banyak intense moment dan dialog yang puitis. Asalnya director nak buat movie genre sejarah sepenuhnya tapi dia nak golongan belia faham betapa pentingnya kesedaran nasionalisma dalam hidup sebab tu dia invite beberapa penulis untuk bantu dia menhidupkan suasana generasi muda supaya nampak real dan relatable.


Bila masuk second half lepas tragedi kapal terbang Ajay terhempas, baru masing-masing disuntik semangat untuk merasa kebebasan. Bebas dari rasuah yang mengorbankan nyawa insan yang bermatian berjuang untuk menjaga negara. 


Sikap acuh tak acuh para menteri dalam menjawab soalan dari pihak media tentang tragedi tersebut dan tindakan mereka memukul orang awam tanpa belas antara punca kenapa watak-watak utama ni ambil semangat watak-watak yang mereka lakonkan dalam movie Sue. 

I’ve committed my life to the freedom of this country. Comfort and other worldly desires do not attract me. I know you want me to get married and settle down like all parents do. But freedom is my bride; I hope you’ll forgive me. Your most obedient son, Bhagat – this Singh’s letter to his parents is not only a monument to his sacrifice, but to the sacrifice of all freedom fighters.

Kekuatan movie Rang De Basanti pada lakonan para pelakon utama dan sampingan, mesej dan unexpected turn dekat bahagian ending. Dari nobody boleh jadi pencucuh semangat kepada belia untuk pertahankan negara dari kerajaan yang tebal dengan amalan rasuah. Jalan cerita dan music score for me quite average tapi lirik kena dengan situasi dan menghidupkan elemen dalam penceritaan. 


Movie ni bukan sahaja jadi contoh kepada belia di negara india tapi negara-negara lain juga sebab amalan rasuah ni barah yang ada di setiap negara. No wonder lah movie Rang De Basanti dapat tempat di international juga.

No country is perfect. You got to make it perfect.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

2 comments

  1. india kalau buat movie macam ni nampak sangat patriotik dengan negara mereka. nice movie untuk bagi kesedaran pada golongan belia.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.