Sunday, 10 May 2020

Movie Review : Fight Club


Director : David Fincher
Writer : Jim Uhls
Cast : Brad Pitt, Edward Norton, Helena Bonham Carter, Meat Loaf Aday, Jared Leto
Production Company : Fox 2000 Pictures, Regency Enterprises, Linson Films
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Psychology / Comedy
Running Time : 139 minutes
Release Date : September 10, 1999 (Venice), October 15, 1999 (United States)
Trailer :


Fight Club diadaptasikan dari novel nukilan Chuck Palahniuk dan diterbitkan pada tahun 1996 dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang lelaki muda (Edward Norton) yang depressed dengan kehidupan seharian dan insomnia. Doktor advise dia untuk makan lebih banyak sayur dan bersenam.


Tapi dia rasa dia dah nak mati sebab insomnia but then doktor sanggah dengan bagitahu perjumpaan komuniti pesakit-pesakit barah di gereja atau dewan. Dari situ dia rasa tenang lepas berpura-pura menangis atau bermeditasi. Hidup dia makin teratur, dia tidur nyenyak tapi tak lama kemudian bila  Marla Singer (Helena Bonham Carter) pun berpura sakit barah semata untuk join. 


Dia mula insecure dengan kehadiran Marla sampai insomnia datang balik. Dia kadang-kadang terjaga di tempat atau negara lain, check in hotel tanpa sedar dan banyak lagi tempat-tempat asing yang dia pergi tanpa sedar. Dalam kekalutan tu dia terjumpa Tyler Durden (Brad Pitt), si penjual sabun yang stylish, bijak dan kacak.


Lepas pertemuan tu, dia balik ke apartment dia tapi malangnya apartment dia hangus rentung akibat terbakar bila ada kebocoran gas berhari-hari lamanya. Dia jumpa Tyler untuk tumpang tidur tapi lifestyle Tyler agak berbeza bila dia menumpang di rumah usang dengan saliran air dan bekalan elektrik yang teruk. Bagi Tyler manusia ni hidup terlampau attached dengan kebendaan. 

Advertising has us chasing cars and clothes, working jobs we hate so we can buy shit we don't need. We're the middle children of history, man. No purpose or place. We have no Great War. No Great Depression. Our great war is a spiritual war. Our great depression is our lives. We've all been raised on television to believe that one day we'd all be millionaires, and movie gods, and rock stars, but we won't. 

Bila dia tinggal dengan Tyler banyak benda yang dia belajar, banyak jugak Tyler buat kejutan sampai satu tahap dah tak boleh control and the twist at the end shocked him the most. First half movie ni nampak menarik sebab facts and philosophy of life yang Tyler pegang quite amusing walaupun disgusted dengan bekalan air yang diorang guna. 


Bila masuk second half dan tertubuhnya Fight Club gabungan idea Tyler dan dia, jalan cerita dah mula jadi exaggerate dan savage. Tak logik juga bila satu kumpulan tu dah jadi cult followers yang tak persoalkan langsung dan seolah hilang akal. Kata Tyler, ni semua untuk bebaskan diri dari duniawi tapi semua member Fight Club dan Project Mayhem jadi tak waras dengan physical damage lepas bertumbuk sana sini.  

“It’s only after we’ve lost everything that we’re free to do anything,” – Tyler Dunden

Tyler cuma biasan karakter manusia yang pandai sembang tentang kapitalism tanpa provide apa-apa solution bernas dalam hidup. Immatured bila dia taknak bertanggungjawab dan commit to anything in life. Bak kata Bob (Meat Loaf), pemilik Fight Club katanya lahir di hospital mental dan tidur cuma satu jam setiap hari. 


Well that’s sounds so true bila otak dah tak mampu berfungsi dengan baik sebab kurang tidur and all these happening. Though I hate where this movie is going but I do have fun watching Fight Club and Tyler was right – Don’t chase perfection, just let the chips fall where they may. Kekuatan dialog dalam beberapa scene antara bonus point kenapa Fight Club masih relevan sehingga sekarang. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

5 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!