Movie Review : Malang - Unleash The Madness

Sunday 31 May 2020


Director : Mohit Suri
Writer : Aseem Arrora
Cast : Aditya Roy Kapur, Disha Patani, Anil Kapoor, Kunal Khemu, Ellie Avram, Keith Sequeira, Devika Vatsa, Amruta Khanvilkar, Vatsal Sheth
Production Company : Luv Films, T-Series, Northern Lights Entertainment
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romance / Thriller 
Running Time : 135 minutes
Release Date : 7 February 2020
Trailer :


Dah lama tunggu movie Malang ni keluar dekat OTT platform sebab tak sempat tengok dekat wayang masa released. Trailer movie Malang nampak best plus ada Aditya Roy Kapur. Dah jadi sebab yang kuat untuk tengok movie ni. Second reason, Mohit Suri + thriller. Malang adalah movie kedua collaboration antara Mohit Suri dengan Adi lepas Aashiqui 2 yang famous tahun 2012 dulu. 


Malang mengisahkan Advait Thakur (Aditya Roy Kapur) yang menunggu selama 5 tahun untuk keluar dari penjara dan balas dendam atas insiden pembunuhan Sara (Disha Patani) yang disengajakan oleh sekumpulan pihak polis di Goa untuk tutup kesilapan mereka. Sara dan Advait dicucuk dengan heroin berdos tinggi. Sementara Advait dipenjarakan, Sara pula dicampak dari jambatan ke dalam laut supaya tiada siapa tahu apa yang berlaku pada malam Hari Krismas di Goa.
 

Target pertama Advait adalah Victor Ferns (Vatsal Sheth) dengan modus operandi yang sama, cucuk heroin berdos tinggi dan gantung di bangunan lama. Advait dah call Insp Agashe (Anil Kapoor) untuk memaklumkan tentang pembunuhan tersebut sebelum dia membunuh. Insp Agashe adalah polis yang gunakan dadah untuk lupakan tragedi malang dalam hidup dia bila anak perempuan dia, Vaani (Devika Vatsa) terbunuh semasa rave party.


Kes pembunuhan Victor ditugaskan kepada Michael Rodrigues (Kunal Khemu) yang bertugas di jabatan jenayah tapi Insp Agashe bertegas untuk cari pembunuh sebab dia nak tahu siapa yang berani challenge dia dengan phone call misteri macam tu. Michael pula tak mampu nak fokus bila kawan-kawan dia dibunuh tambah pula dia dapat tahu isteri dia, Teresa Rodrigues (Amruta Khanvilkar) curang dengan Charles. Tapi dia mula dapat tahu rahsia sebenar lepas intip Jessie (Ellie Avram)


Lepas tengok movie Malang ni rasa berterima kasih dengan Mohit Suri sebab garapan jalan cerita yang menarik dengan happy ending. Walaupun remake dan predictable tapi jadi pengubat lah kepada lakonan Adi dan arahan Mohit Suri lepas murung tengok Half Girlfriend. Sampai sekarang tak percaya Mohit Suri director movie tu. 

Like I said earlier, plot movie Malang memang predictable even plot twist pun dah boleh agak apa yang jadi tambah bila team production dah dedahkan dekat dalam trailer tentang watak Sara which I think agak mehhh kenapa buat macam tu sebab tu plot twist besar untuk movie ni. Tapi tak kisah lah sebab bagusnya lakonan Aditya, Anil Kapoor dengan Kunal Khemu jadi kekuatan kepada Malang.


Adi dah pernah berlakon intense scene dan dalam masa yang sama jadi mat romeo dalam Fitoor. Anil memang dah terkenal dengan bakat dia but hey Kunal Khemu, selama ni terlindung dengan watak sampingan dan komedi tapi dalam movie Malang dia deliver watak Michael dan curi semua perhatian. Dalam scene diorang bertiga pun dia tak tenggelam langsung macam sebelum ni. 


Sayang movie ni tak ada dialog yang padu atau tambahkan impak pada penceritaan tapi kisah hidup 4 watak ni dah cukup sebenarnya untuk buatkan movie ni menarik. Ada sebab kenapa setiap watak pilih jalan dan cara hidup macam tu. There’s flaw in their character but that’s life. Music album Malang the best for 2020, thanks Mohit Suri for this precious album! Paling suka lagu Chal Ghar Chalein dengan Ho Ja Mast Malang Tu. Lagu ni keluar je terus emosi sebab lirik memasing. 


Since movie ni shoot dekat Goa, most scenes ada view cantik dekat sana especially flashback scenes antara Advait dengan Sara. Chemistry Adi dengan Disha pun cantik. Hopefully nampak potential sebagai onscreen jodi and offer movie genre romantic drama ataupun action thriller. 


Sebab movie Malang success lepas ditayangkan Feb lepas, masa lockdown ni Mohit Suri dengan producer Luv Ranjan dah siapkan first stage skrip Malang 2. Dekat credit scene you guys kena tengok siapa yang call Insp Agashe untuk tahu heroin dalam Malang 2. Can’t wait!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

13 comments

  1. Wow..nampak cerita ni sangat menarik. Lagipun ada artis2 kegemaran saya. Nanti nak tgk lah cerita ni

    ReplyDelete
  2. Eh. Nampak gaya boleh masuk List To Watch During MCO nie. Bertambah international dah my list nie - memacam movie dari pelbagai negara dah dalam list hehe

    ReplyDelete
  3. Boleh simpan dalam list ni nak tengok next time. Bagus bagus. Thanks sharing sis.

    ReplyDelete
  4. Saya dah tengooookkk. Sumpah best. Yang tak minat bollywood kalau tengok cerita ni boleh minat terus. Serius. bal bukan layan sangat movie bollywood. Tapi ni serius korang kena tengok.

    ReplyDelete
  5. Yaaa Sis dah tengok... mula agak bosan, dah suku cerita baru best...walau hero heroinnya tu tak berapa nak syok, tapi suka jalan cerita dan aksi dalam cerita ni...

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak layan Bollywood. Baca jalan cerita macam best, sure banyak action dan suspend kan. Ada peluang dan ruang nak try layan

    ReplyDelete
  7. Tak sempat nak tengok lagi. Dari review ni nampak mcm filem ni best. Bolehlah nnti nak layan . thanks for the review :)

    ReplyDelete
  8. Boleh simpan dalam list ni..kalau bosan bosan takde keje boleh la tonton

    ReplyDelete
  9. Plot cerita menarik. Ada anil kapoor berlakon tu rasa nak tengok. Haha. Review yang sgt bagus dan mudah difahami. Syabas 👍

    ReplyDelete
  10. Ok boleh bubuh dlm list nk tgk pasni.. Kita mmg suka cite hindustan tamil action2 mih.

    ReplyDelete
  11. Aca review je dah macam best .nak kene tengok ni.. Ingt tajuk malng cerita melayu, baca sekali bollywood. I like

    ReplyDelete
  12. Sejak dua menjak ni jarang nak tgok tv..tak tahulah pasal apa. Tapi radanya nak start tgok tv balik, bolehlah masukkan cite ni dalam list sis nanti

    ReplyDelete
  13. Oh baru lagi bulan january. nanti nak tengoklah. nampak menarik cerita ni. kita dah la minat bollywood.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.