Lunch Di KFry One Utama

Sunday 31 May 2020


Since KFry dah boleh dine-in dan tak ramai orang memang laju je lah makan dekat sini. Selalu kalau pergi OU memang panjang lah barisan orang beratur dari pagi sampai lah malam. Cukuplah pengalaman beratur dekat Kyochon dulu. Lenguh kaki nak tunggu meja kosong. Sebab makan dekat sini kena tunggu lama. Kalau datang masa perut tengah lapar memang cari nahas. 

Dah dapat seat terus order Mini Cheesy Bumbuk Spicy dengan Seafood Korean Spicy Ramyeon. Drinks ambil watermelon juice dengan plain water. Masa tunggu makanan datang memang tak menang tangan staff pack order untuk delivery. 


So here comes the chicken! Kitorang makan berdua je so kena order mini spicy bumbuk. Sekarang ni dah ada mini untuk group kecil atau makan sorang. At first nak order yang saiz biasa sebab ada fries tapi bila fikir balik macam over pulak.

Sesi cairkan cheese

Sesi balut ayam dengan cheese.... Dapppp!


Nasib baik order mini je sebab nak habiskan 3 ketul ayam bersalut cheese ni pun hazabbbbb! Salutan cheese tu yang buat kenyang sebab cheese dia tebal. Ayam dia juicy and crispy. Pedas tu tak sangat lah, just nice je but still ada rasa manis.


Seafood ramyeon dia ingatkan ramyeon biasa tapi kuah dia sedap walaupun tekak I tak suka makan kimchi but this kimchi is nyummehhhhh! Kuah jadi pekat dan sedap. Seafood dia not bad lah, banyak dan fresh. Mi dia kenyal macam dalam drama Korea. Tapi tak la sampai nak hirup beria macam Korean selalu buat. Dekat Malaysia orang kata loqlaq makan lagu tu. So kita makan sopan ja naaaa...


Mintak plain water ingatkan dapat satu gelas rupanya satu jag terus dia bagi. Kalau tahu memang tak order dah jus tembikai tu. Mengah nak habiskan air segelas....


Walaupun harga mahal tapi portion dia besar. Berbaloi la makan dekat KFry ni. Service pun bagus, outlet cantik dan bersih. Lepas ni kalau craving, memang laju je la pergi OU. 

3 comments

  1. harap kfry boleh bukak cawangan kat teganu.. rs teringin jgk nk makan makanan korea ni.. haha

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi makan sini. Sebab asal lalu je nesti beratur panjang. Tp nak cuba juga one day.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak makan. Selalu pergi beratur panjang kat tempat sy ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.