Movie Review | Nikita Roy (2025)

Saturday, 24 January 2026


Pengarah: Kussh S. Sinha  
Penulis Skrip: Pavan Kirpalani 
Pelakon: Sonakshi Sinha, Paresh Rawal, Arjun Rampal, Suhail Nayyar    
Syarikat Produksi: Nicky Vicky Bhagnani Films, Kratos Entertainment, Nikita Pai Films LTD, Vipin Agnihotri Films   
Pengedar: NVB Films Entertainment
Genre: Misteri / Seram 
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025    
Trailer:


Filem bermula dengan gangguan yang dialami oleh Sanal Roy (Arjun Rampal) sehingga mengakibatkan kemalangan nyawa lalu polis klasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri. Nikita Roy (Sonakshi Sinha), penulis novel tersohor di London mendapat khabar berita tentang abangnya dan cuba menyiasat kes tersebut dengan bantuan dari bekas teman lelakinya, Jolly (Suhail Nayyar). 


Sanal Roy dan juga Nikita Roy merupakan ahli dalam International Rationalist Committee (IRC) dan menjalankan tugas membongkar kegiatan mitos, mistik dan tahyul. 3 hari sebelum Sanal diganggu, dia bertemu dengan Amar Dev (Paresh Rawal), ketua kultus Tru Faith Foundation. Amar sentiasa menggunakan kuasa ajaibnya untuk menyembuhkan pesakit di hadapan semua penganut. 


Sanal yang cuba membongkar penipuan kultus tersebut diramalkan akan meninggal dalam masa 3 hari oleh Amar Dev. Awalnya dia tidak percaya namun pada hari pertama dia mula diganggu oleh makhluk aneh dan mendengar bunyi cakar tanpa henti. Sanal mula melukis wajah makhluk-makhluk menyeramkan dan merakam semua gangguan tersebut. 

Dari penyiasatan awal Nikita, dia dapat berjumpa dengan Freya (Kallirroi Tziafeta) yang menjadi pemberi maklumat kepada Sanal untuk kes Amar Dev. Nikita dan Jolly mencari jawapan dari buku ilmu hitam milik Amar Dev dan video yang disimpan di dalam kad memori. Makin Nikita cuba menggali, semakin kuat gangguan yang dialami dan dia juga menerima nasib yang sama seperti Sanal, akan mati dalam masa 3 hari. 


Naskhah misteri seram arahan Kussh S. Sinha merupakan filem debut sebagai pengarah dan adiknya, Sonakshi berlapang hati untuk menjadi bintang utama Nikita Roy. Filem yang menggunakan kultus dan percanggahan antara fakta dan mistik bukanlah sesuatu yang baru. Filem Raat Akeli Hai: The Bansal Murders (2025) juga menggunakan tema yang sama dengan figura yang menggerunkan. 

Sinematografi Nikita Roy lebih terarah pada visual yang kelam, sunyi dan menggerunkan. Malah kekuatan terletak pada lakonan Paresh Rawal sebagai Amar Dev yang melahirkan suasana ngeri dari pandangan mata dan tona suara yang agresif. Screentime dia tak banyak tapi dia ada aura yang kuat bila muncul. 


Dari awal lagi pengarah tak berselindung untuk berpihak pada Sanal dan Nikita Roy yang lebih menekankan fakta dan rasional sebab filem Nikita Roy tak banyak babak seram pun. Malah hantu yang diwujudkan pun lebih kepada raksasa sampai kita boleh teka itu cuma ilusi sekian sekian watak yang terlibat. Modus operandi Amar Dev masih menjadi misteri yang perlu diselesaikan oleh Nikita dan Jolly walaupun dah boleh agak yang method dia agak cliché. 

Selain jenayah kultus yang dimasukkan, Nikita perlu berdepan dengan kehilangan mengejut abang dia dan juga bekerjasama dengan Jolly. Bila filem bergerak, ada beberapa babak yang bagi ruang untuk dia dapat closure dari Sanal atau Jolly. 


Walaupun plot Nikita Roy menarik untuk ditonton tapi watak-watak sampingan tersangatlah lemah ditambah pula dengan skrip yang tak begitu meyakinkan. Merepek betul polis tak kenal siapa waris Sanal sampai pertikaikan tindakan Nikita yang datang untuk minta penjelasan kenapa kes abang dia ditutup. 

Chemistry Sonakshi dan Arjun pun kurang meyakinkan sebagai adik-beradik yang rapat dan mesra antara satu sama lain. Bila tengok babak mereka berdua, jelas terlihat canggung mungkin sebab skrip yang terhad tanpa backstory macam mana dua beradik ni berusaha gigih untuk banteras jenayah bertopengkan agama. Ada juga beberapa babak yang terasa lompong tanpa penjelasan dari mana-mana watak. 


Tengok penghujung filem macam akan ada sekuel tapi kalau production team nak teruskan, better spend duit dekat penulis yang lebih bagus. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 4.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.