SUARA KEMANUSIAAN BERGEMA! THE VOICE OF HIND RAJAB RAIH 39,000 TONTONAN

Monday, 19 January 2026

Kini ditayangkan di 51 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei, The Voice of Hind Rajab berjaya mencatat pencapaian memberangsangkan dengan 39,000 jumlah tontonan setakat ini, sekali gus membuktikan sokongan padu penonton terhadap karya berteraskan kemanusiaan ini.

Berita baik ini dikongsikan sendiri oleh Zainal Rashid Ahmad (ZRA) petang tadi, yang teruja dengan sambutan luar biasa daripada penonton.

Menurut ZRA, “Terima kasih rakyat Malaysia dan semua yang telah hadir pada hari ke-9, 10, dan 11 tayangan filem. Kita dah berada dalam keadaan hari ini. Kita akan naik ke tangga yang ketiga, negara yang paling banyak penonton bagi The Voice of Hind Rajab.”

“Mungkin hari ini kita mampu untuk potong Belgium dengan sokongan anda. Kejutan paling besar, kita terima 3,000 tontonan pada hari Jumaat. 7,400 pada hari Sabtu, dan lebih 5,000 orang pada hari Ahad semalam.”

“Kita tak pernah menjangkakan sebuah filem yang menceritakan tentang sejarah perjuangan kemanusiaan boleh berada dalam kumpulan kutipan filem box office di Malaysia. Ia juga membuktikan bahawa Malaysia ialah negara pasaran berpotensi bagi filem-filem kemanusiaan selain daripada genre hiburan yang biasa diketengahkan,” tambah beliau.

Pencapaian ini telah memperlihatkan peningkatan konsisten dari hari ke hari, dengan momentum tontonan ini dijangka terus berkembang dan berpotensi mencecah 80,000 penonton menjelang minggu hadapan, seiring dengan pertambahan kesedaran awam serta sokongan berterusan daripada masyarakat.

Diterbitkan oleh Mime Films dan Tanit Films dengan Primeworks Studios sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi, The Voice of Hind Rajab diarahkan oleh pengarah tersohor Tunisia, Kaouther Ben Hania, dan dibintangi barisan pelakon antarabangsa seperti Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury.

The Voice of Hind Rajab bukan sekadar filem, tetapi ialah satu bukti dan satu suara yang kekal abadi. Hayati inspirasi kisah benar yang menyentuh jiwa dan menyentak emosi ini di pawagam sekarang.

Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima akan menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif The Voice of Hind Rajab, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.