ZAZZLEEN ZULKAFLI KEMBALI HIDUPKAN NOSTALGIA DENGAN TIMELESS 2.0

Tuesday, 27 January 2026

IRAMA DIRINDUKAN, MELODI ABADI DI INGATAN! | ZAZZLEEN ZULKAFLI KEMBALI HIDUPKAN NOSTALGIA DENGAN TIMELESS 2.0

Kuala Lumpur, 27 Januari 2026 – Penyanyi dan penghibur berbakat, Zazzleen Zulkafli, bakal kembali menyajikan persembahan eksklusif buat peminat menerusi Timeless 2.0, pengalaman muzik istimewa menampilkan lagu-lagu Melayu lama yang pernah popular suatu ketika dahulu, bertemakan “Let’s Bring Back the Malay Oldies Vibe”. Berlangsung pada 1 Februari 2026, jam 9.00 malam, di Liberallatte, Bukit Damansara, showcase ini dianjurkan dengan kerjasama Alternate Records & Talents.

Timeless 2.0 merupakan showcase kedua daripada Zazzleen, direalisasikan susulan sambutan menggalakkan serta permintaan tinggi daripada peminat selepas kejayaan persembahan sulungnya. Berbeza dengan edisi terdahulu, kali ini Zazzleen tampil dengan konsep yang lebih nostalgik menerusi dendangan lagu-lagu Melayu yang pernah menjadi siulan ramai pada zamannya. Bukan sahaja mengimbau kenangan manis, malah persembahan ini memberi ruang kepada penonton untuk turut sama menyanyi dan menghayati lagu yang dipersembahkan.

Malam penuh nostalgia ini juga diserikan dengan penampilan khas Marygrace, pemenang program One In A Million (OIAM) dan Jimi Kamal, rakan seperjuangan dalam pertandingan tersebut. Tidak ketinggalan juga Puteri Khareeza yang bakal membuat kemunculan sulung selepas tamat tempoh berpantang. Kehadiran mereka dijangka menambah variasi di samping menjanjikan pengalaman muzik yang lebih istimewa.

Selepas mencuri perhatian dalam dunia lakonan menerusi drama Anugerah Tanpa Cahaya dan Separuh Nafas Cinta, selain pengalaman sebagai pengacara rancangan Seram Jap di TV3, tahun 2026 menyaksikan Zazzleen kembali memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyiannya, sekali gus memperlihatkan sisi beliau sebagai penghibur serba boleh.

Orang ramai dijemput hadir ke Timeless 2.0 menawarkan tiket berharga RM90.00, bagi menikmati sebuah malam sarat imbauan masa lalu dalam suasana intim, meraikan keindahan lagu-lagu Melayu yang pernah popular dan mekar di hati pendengar.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.