THE VOICE OF HIND RAJAB DISENARAI PENDEK PENCALONAN ACADEMY AWARD© KINI MASIH DITAYANGKAN DI MALAYSIA

Friday, 23 January 2026

The Voice of Hind Rajab, yang kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, telah disenarai pendek pencalonan Academy Award© bagi kategori Best International Feature Film, sekali gus menempatkannya dalam senarai lima finalis terbaik dunia.

Malaysia berada dalam kedudukan yang bertuah sebagai antara negara terawal yang berpeluang menyaksikan filem ini. Ketika dunia baru mula memberi perhatian terhadap pencalonannya di peringkat Academy Award©, penonton tempatan sudah boleh menghayati sendiri sebuah karya kemanusiaan yang kini menerima pengiktirafan antarabangsa.

Mewakili Tunisia, filem ini bakal bersaing sebaris dengan karya berkualiti tinggi dari pelbagai negara dan latar budaya, iaitu The Secret Agent (Brazil), It Was Just An Accident (Perancis), Sentimental Value (Norway) dan Sirat (Sepanyol).

Pencalonan ini membuktikan bahawa filem berteraskan kemanusiaan yang lazimnya kurang diberi perhatian mampu meraih pengiktirafan sehingga ke peringkat tertinggi, hasil keberanian penceritaan yang mengangkat kisah benar, empati dan nilai sejagat.

The Voice of Hind Rajab dihasilkan menggunakan rakaman suara sebenar, suara seorang kanak-kanak, doa seorang ibu serta detik-detik sunyi yang sarat emosi, lantas meninggalkan kesan yang mendalam, jujur dan sukar dilupakan.

Dalam tempoh tayangan ini, sokongan penonton malaysia membolehkan filem ini terus dikongsi kepada khalayak yang lebih luas dan membuka ruang untuk lebih ramai menghayati sebuah kisah kemanusiaan yang memberi makna.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.