“CINTA GILA” - ANTARA LUKA DAN TERIKAT KENANGAN | BICARA JIWA PERIBADI MARIAM SAIM IRINGI OST PEREMPUAN TIDAK TERNIKAH
Kuala Lumpur, 6 Januari 2026 — Selepas mencuri perhatian sebagai Top 5 rancangan realiti One In A Million, penyanyi dan komposer berbakat Mariam Saim, kembali dengan karya terbaharu di bawah naungan Alternate Records & Talents, berjudul Cinta Gila. Single yang turut menjadi runut bunyi (OST) bagi drama popular slot Akasia di TV3, ‘Perempuan Tidak Ternikah’.
Apa yang membezakan lagu ini, ia adalah karya pertama yang sepenuhnya dicipta, digubah dan lirik ditulis sendiri oleh Mariam, menjadikannya luahan hati peribadi yang diterjemahkan dalam bentuk balada moden penuh emosi. Lagu ini mengisahkan sebuah hubungan yang penuh tanda tanya antara cinta yang mengajar dan cinta yang menyakitkan membawa pendengar menelusuri perjalanan emosi seseorang yang cuba melepaskan namun masih terikat dengan kenangan.
Dengan sentuhan strings dan susunan muzik minimalis, Cinta Gila menampilkan nuansa Indo pop balada yang galau, memberikan ruang untuk emosi, lirik dan vokal Mariam bercerita dengan jujur dan natural. “Ramai yang pernah berada dalam hubungan yang penuh tanda tanya dan Cinta Gila mungkin mewakili perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Lagu ini bukan sekadar didengar, tetapi untuk dirasai,” luah Mariam.
Proses penulisan lagu ini mengambil masa 2–3 minggu untuk menyempurnakan lirik dan melodi agar perjalanan emosinya terasa semula jadi, manakala rakaman vokal disiapkan dalam kira-kira 2 jam. Semasa sesi rakaman korus, Mariam mengimbas kembali kisah yang menginspirasikan lagu ini sehingga terasa sebak, momen yang kemudian menjadi versi ambilan terakhir kerana keikhlasannya berjaya dirakam.
“Cabaran utama adalah memastikan lagu ini benar-benar jujur dengan emosi sendiri tanpa terlalu dramatik. Saya menulis, padam, dan tulis semula beberapa kali kerana mahu pendengar merasai perjalanan emosi itu secara natural. Cinta Gila hadir dengan gaya yang sederhana dari segi susunan, tetapi kuat dari segi rasa; ia sarat jiwa dan dekat di hati pendengar,” tambah Mariam lagi.
Cinta Gila kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk YouTube dan Spotify.
Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram dan @alternate.rt_ di TikTok.
LIRIK LAGU CINTA GILA

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.