Lepas banyak tayangan filem romantik komedi dari industri perfileman Bollywood, tahun 2026 akan ada kemunculan genre perang bermula dengan filem Ikkis disusuli dengan Border 2 kemudian Battle of Galwan. Tak kurang juga dengan genre yang diangkat dari mitos atau lagenda masyarakat India serta instalment tambahan dari franchise besar seperti Mardaani, Alpha juga Shakti Shalini.
1. Ikkis
Pengarah: Sriram Raghavan
Penulis Skrip: Sriram Raghavan, Arijit Biswas, Pooja Ladha Surti
Rahu dan Ketu merupakan dua watak utama dalam buku cerita magik milik Churu Lal. Mereka keluar ke dunia nyata untuk mencari tahu identiti masing-masing. Dalam pengembaraan tersebut, mereka terlibat dengan kumpulan mafia.
Diinspirasikan dari kisah benar yang berlatarkan Perang India Pakistan pada tahun 1971.
Filem Border 2 menjadi filem kedua Ahaan Shetty, anak Suniel Shetty selepas debut dalam filem Tadap (2021). Sepatutnya filem Sanki bersama Pooja Hedge ditayangkan pada Valentine's Day tahun 2025 tapi tiada sebarang pengumuman tentang filem romantik tersebut.
Syarikat Produksi: Kyoorius, Moviemill, Zee Studios
Genre: Silent Drama
Tarikh Tayangan: 2023 (International Film Festival of India), 30 Januari 2026
Filem Gandhi Talks yang pernah ditayangkan secara perdana di Festival Filem India pada tahun 2023 bakal ditayangkan di panggung pada 30 Januari 2026. Menggunakan konsep silent movie, produser yakin filem Gandhi Talks bakal memaparkan filem yang sarat dengan emosi tanpa perbualan antara watak utama.
8. Vadh 2
Pengarah: Jaspal Singh Sandhu
Penulis Skrip: Jaspal Singh Sandhu
Pelakon: Sanjay Mishra, Neena Gupta
Syarikat Produksi: Luv Films
Genre: Thriller
Tarikh Tayangan: 06 Februari 2026
Plot akan diumumkan kelak.
Spiritual sekuel kepada filem Vadh (2022) yang ditayangkan secara rasmi di Netflix mendapat bakal diterbitkan oleh Luv Films lalu ditayangkan di panggung pada Februari 2026.
Syarikat Produksi: Anand Pandit Motion Pictures, ASA Productions and Enterprises
Genre: Seram / Romantik
Tarikh Tayangan: 06 Februari 2026
Teaser:
Sekuel spiritual kepada filem Haunted 3D (2011) di mana sepasang suami isteri berpindah masuk ke rumah agam lama yang berpuaka.
Filem ni sepatutnya ditayangkan pada 3 September 2025 namun mendapat kecaman teruk berkenaan visual filem semasa pengumuman teaser. Team production mengambil masa selama 10 hingga 12 hari untuk penggambaran semula dan editing. Dijadualkan tayang pada 21 November 2025 namun ditunda sekali lagi tayangannya ke tahun 2026.
Syarikat Produksi: Nadiadwala Grandson Entertainment, VB Pictures
Genre: Romantik / Thriller
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2026
Filem yang berlatarkan pasca kemerdekaan dan menceritakan penjenayah di bandar metropolis Mumbai ni sepatutnya ditayangkan pada 05 September 2026 namun ditunda tayangannya ke tahun 2026. Judul awal adalah Arjun Ustara kemudian ditukar kepada O'Romeo.
Shahid Kapoor bekerjasama semula dengan pengarah Vishal Bhardwaj selepas filem Kaminey (2009), Haider (2014) dan Rangoon (2017). Tripti juga bertemu kembali dengan Avinash Tiwary setelah digandingkan bersama dalam filemLaila Majnu (2019) danBulbbul (2020).
Berlatarkan tahun 1665, ketika Jai Singh I dan pemerintah Mughal bernama Diler Khan ingin menawan Kubu Purandar. Ketika itu Murarbaji Deshpande, ditugaskan menjaga Kubu Purandar dengan askar elit Mayla (askar Maratha) sebanyak 700 orang untuk berdepan dengan askar Mughal.
Filem Veer Murarbaji: The Battle of Purandar pada mulanya dijadualkan tayangannya pada April 2023 namun ditunda selama 3 tahun.
14. #T174
Pengarah: N/A
Penulis: N/A
Pelakon: N/A
Syarikat Produksi: T-Series Films
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2026
Plot akan diumumkan kelak.
15. Do Deewane Seher Mein
Pengarah: Ravi Udyawar
Penulis: Abhiruchi Chand
Pelakon: Siddhant Chaturvedi, Mrunal Thakur, Ila Arun, Ayesha Raza
Syarikat Produksi: Zee Studios, Rancorp Media, Bhansali Productions
Pengedar: Zee Studios, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2026
Plot akan diumumkan kelak.
16. Mardaani 3
Pengarah: Abhiraj Minawala
Pelakon: Rani Mukerji, Janki Bodiwala
Syarikat Produksi: Yash Raj Films
Pengedar: Yash Raj Films
Genre: Aksi / Jenayah
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2026
Plot akan diumumkan kelak.
17. Pati Patni Aur Woh Do
Pengarah: Mudassar Aziz
Penulis: Mudassar Aziz
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Sara Ali Khan, Wamiqa Gabbi, Rakul Preet Singh
Syarikat Produksi: T-Series Films, B. R. Studios
Genre: Romantik / Komedi
Tarikh Tayangan: 04 Mac 2026
Spirituel sekuel kepada filem Pati Patni Aur Woh (2019) yang juga merupakan remake kepada filem Pati Patni Aur Woh (1978) arahan B.R. Chopra.
Syarikat Produksi: Annapurna Studios, S.S. Creations, Suniel Narang Productions
Genre: Romantik / Thriller / Aksi
Tarikh Tayangan: 19 Mac 2026
Trailer:
Bekas banduan menjejak bekas teman wanitanya untuk membalas dendam setelah dipenjarakan gara-gara terpedaya dengan wanita tersebut. Filem Dacoit: A Love Story merupakan filem debut pengarah juga penulis Shaneil Deo.
Filem yang dijadualkan pada Krismas 2026 namun menunda tayangan ke tahun 2026 kerana kecederaan yang dialami oleh Adivi Sesh ketika melakukan babak aksi di set penggambaran.
20. Dhurandhar: Part 2
Pengarah: Aditya Dhar
Penulis: Aditya Dhar
Pelakon: Ranveer Singh, Sanjay Dutt, Akshaye Khanna, Arjun Rampal, R. Madhavan, Sara Arjun, Rakesh Bedi, Manav Gohil, Danish Pandor, Saumya Tandon, Gaurav Gera
Syarikat Produksi: Jio Studios, B62 Studios
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 19 Mac 2026
Sekuel kepada Dhurandhar yang menceritakan misi perisik Hamza Ali Mazari.
21. Awarapan 2
Pengarah: Nitin Kakkar
Penulis: Bilal Siddiqi
Pelakon: Emraan Hashmi, Disha Patani
Syarikat Produksi: Vishesh Films
Genre: Aksi / Drama
Tarikh Tayangan: 03 April 2026
Plot akan diumumkan kelak.
Filem spiritual sekuel kepada Awarapan (2009) yang mengangkat kisah cinta juga pengorbanan. Kerana kejayaan filem Dhurandhar, kemungkinan besar filem Awarapan 2 juga akan ditunda ke tarikh yang baru.
22. Chand Mera Dil
Pengarah: Vivek Soni
Pelakon: Lakshya Lalwani, Ananya Panday
Syarikat Produksi: Dharma Productions
Genre: Romantik
Tarikh Tayangan: 10 April 2026
Mengisahkan sepasang kekasih yang jatuh cinta ketika melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang kejuruteraan.
Filem yang sepatutnya dijadualkan pada penghujung 2025 ditunda tayangannya ke April 2026. Hopefully filem ni tak dibatalkan lepas kegagalan filem Tu Mera Main Teri Main Teri Tu Mera, at least tayang di streaming platform.
Syarikat Produksi: Balaji Motion Pictures, Cape of Good Films
Pengedar: Zee Studios, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026
Mengisahkan pemuda yang mewarisi sebuah banglo berhantu dari keluarganya. Latar masa bersilih ganti dengan masa sekarang juga era 1950-an di mana bermulanya kejadian seram yang berkait dengan mitos penduduk setempat.
Filem Bhooth Bangla merupakan projek reunion antara Akshay Kumar dan Priyadarshan setelah 14 tahun bekerja bersama dalam filem Khatta Meetha (2010). Pertemuan semula juga buat Akshay dan Tabu selepas Hera Pheri (2000) yang ditayangkan 26 tahun lepas.
Kerana kejayaan filem Dhurandhar Part 1 (2025), Bhoot Bangla menganjakkan tarikh dari 02 April 2026 kepada 15 Mei 2026.
Syarikat Produksi: Balaji Motion Pictures, The Viral Fever (TVF)
Pengedar: Jio Studios
Genre: Thriller
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026
Ikutkan perkembangan awal pada tahun lepas, filem Vvan akan diterajui oleh Deepak Mishra dan heroin filem bakal dibintangi oleh Sara Ali Khan tapi kedua-duanya berubah apabila Balaji Motion Pictures bawa masuk Arunabh Kumar sebagai pengarah kedua dan Tamannah menggantikan Sara.
Menggunakan tagline 'jangan masuk ke dalam hutan tika matahari terbenam' dan bertemakan kisah mistik lagenda. Plot utama akan diumumkan kelak.
Filem Vvan berkemungkinan besar akan ditunda kepada tarikh yang baru untuk beri laluan kepada filem Bhooth Bangla di bawah produksi yang sama.
Syarikat Produksi: T-Series Films, Devgn Films, Maruti International, Panorama Studios
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: Mei 2026
Dhamaal 4 yang baru saja selesai penggambarannya menempah tayangan di panggung pada April 2026 namun Ajay Devgn minta untuk tunda tayangan untuk beri laluan kepada filem Dhurandhar Part 2. Plot dan tarikh masih belum diumumkan buat masa ini.
29. Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai
Pengarah: David Dhawan
Pelakon: Varun Dhawan, Pooja Hegde, Mrunal Thakur, Jimmy Sheirgill, Maniesh Paul, Mouni Roy, Kubbra Sait, Chunky Panday, Ali Asgar
Syarikat Produksi: Tips Films
Genre: Romantik / Komedi
Tarikh Tayangan: 05 Jun 2026
Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai sepatutnya tayang pada Oktober 2025 tapi ditangguhkan ke April 2026 untuk beri laluan kepada filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari lakonan Varun Dhawan bersama Janhvi Kapoor namun ditunda sekali lagi ke bulan Jun menjadikan satu-satunya filem yang ditayang pada bulan Jun 2026.
David Dhawan akan remake lagu popularnya Chunari Chunari dalam filem Biwi No. 1 sebagai salah satu lagu untuk filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai. Plot akan diumumkan kelak.
Syarikat Produksi: Star Studio18, Panorama Studios
Genre: Thriller / Jenayah
Tarikh Tayangan: 02 Oktober 2026
Perjalanan Vijay Salgaonkar diteruskan dengan pertembungan watak baru di samping IG Meera Deshmukh yang belum berputus asa mencari mayat anaknya, Sam.
Akshaye Khanna tidak lagibersama team Drishyam sebaliknya digantikan dengan Jaideep Ahlawat. Plot akan diumumkan kelak.
34. Ramayana: Part 1
Pengarah: Nitesh Tiwari
Penulis: Shridhar Raghavan
Pelakon: Ranbir Kapoor, Yash, Sai Pallavi, Ravi Dubey, Sunny Deol
Syarikat Produksi: Prime Focus Studios, Monster Mind Creations
Genre: Keagamaan
Tarikh Tayangan: 06 November 2026
Teaser:
Mengangkat kisah mitologi pertembungan antara dewa Ram, Ravan dan Sita bakal ditayangkan pada Diwali 2026 dan bahagian kedua pada Diwali 2027.
35. Shakti Shalini
Pengarah: Ajitpal Singh
Pelakon: Aneet Padda
Syarikat Produksi: Maddock Films
Genre: Keagamaan
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2026
Teaser:
Betul seperti yang diteka filem Shakti Shalini, instalment keenam dalam franchise Maddock Horror Comedy Universe akan dianjak ke tahun 2026 selepas tayangan filem Thamma tahun lepas.
Awalnya Kiara Advani dipersetujui sebagai Shakti Shalini namun ditukar kepada Aneet Padda yang popular menerusi filem Saiyaara. Penggambaran akan bermula Januari 2026 sejurus selepas peperiksaan tahun akhir Aneet di universiti.
Tak pasti bila Alpha instalment ketujuh dalam YRF Spy Universe akan ditayangkan tapi Yash Raj Films tak lah sibuk sangat tahun 2026 untuk fokus pada filem lain selain Mardaani 3. Kalau tengok pada senarai ni, bulan Jun hingga September adalah waktu yang sesuai untuk tayangkan Alpha tanpa clash dengan mana-mana filem besar. Sama juga dengan filem KING yang dibintangi oleh SRK, Deepika, Suhana Khan dan Rani Mukherjee.
Anyway, looking forward for Chand Mera Dil, KING, Alpha and Shakti Shalini!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wah.. Mengancam betul semua tajuk tu.. Meriahlah tahun 2026 ini nanti..
ReplyDelete