Movie Review | Vadh (2022)

Wednesday 8 February 2023


Director : Jaspal Singh Sandhu, Rajiv Barnwal 
Writer : Jaspal Singh Sandhu, Rajiv Barnwal  
Cast : Sanjay Mishra, Neena Gupta, Manav Vij, Saurabh Sachdeva 
Production Companies : Luv Films, J Studio, Next Level Productions
Distributors : Yash Raj Films, Netflix
Genre : Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date : 9 December 2022  
Trailer :


Tayangan filem baru berjudul Vadh (perlaksanaan) mengisahkan sepasang suami isteri yang sudah berusia, Shambhunath Mishra (Sanjay Mishra) dan Majnu (Neena Gupta) mengalami masalah kewangan. Duit mereka sudah habis dilaburkan untuk anak tunggal mereka, Diwakar Mishra (Diwakar Kumar) untuk belajar di US. 

Malah lebih parah bila orang tuanya meminjam duit pada ceti haram untuk bayar kos pengajian. Semua permintaan Diwakar diturutkan kerana kelak akan datang mereka akan hidup mewah kerana anaknya bakal mempunyai masa depan yang cerah. Malangnya harapan hanya tinggal harapan bila Diwakar bertindak mengabaikan permintaan ayahnya untuk bantu mereka lunaskan hutang terhadap ceti tersebut walhal anaknya sudah bekerja dan hidup selesa di US. Bermacam alasan Diwakar bagi supaya dapat mengelak. 

Prajapati Pandey (Saurabh Sachdeva) setiap bulan datang ke rumah untuk mengugut Mishra dan Majnu supaya bayar hutang beserta bunga atau mereka akan hidup merempat di jalan. Ikutkan hutang sudah pun habis tapi bunga yang dikenakan membuatkan mereka hidup terdesak. Kerana sakit hati dengan perangai Pandey, Mishra bertindak di luar jangkaan. 

Penceritaan Vadh yang berlatarkan kehidupan dua orang warga emas untuk bertahan dalam hidup agak menyayat hati. Sudahlah hidup berdua, tak dijenguk anak malah diganggu pula oleh ceti haram. Kalau dekat first half kesian tengok mereka berdua cari jalan untuk bayar duit bersama flashback kenapa mereka pilih jalan untuk pinjam duit sampai cagarkan rumah, pada second half pula mereka berdua cari jalan untuk sorokkan mayat Pandey. 

Membunuh memang senang tapi nak lari dari undang-undang dan akibat setelah membunuh tu yang susah. Nak fikir mana nak sorokkan mayat, apa nak jawab dengan pihak polis bila lokasi terakhir Pandey adalah rumah mereka, nak sorokkan bahan bukti dan banyak lagi. Semua jawapan tu ada pada second half Vadh di Nerflix. 

Naskhah thriller Vadh hasil arahan dan penulisan Jaspal Singh Sandhu dan Rajiv Barnwal memaparkan realiti kehidupan pasangan tua yang hidup menanggung beban. Bukan saja makan nak bercatu, api dengan air juga perlu dikawal penggunaannya sedangkan anak hidup mewah dan selesa di US. Memang dasar anak tak kenang budi langsung, nak buat video call pun kena bayar. Sedih masa Manju tanya suami dia kenapa Tuhan tak bagi Naina jadi anak diorang. Lakonan Sanjay Mishra dengan Neena Gupta menghidupkan screenplay dengan cemerlang, antara punca utama kenapa pilih untuk layan movie ni. 

Kelemahan pada Vadh ialah pace yang terlampau perlahan sebab I ubah speed 1.5x pun terasa macam normal. Banyak juga plot boleh dikembangkan macam babak pertemuan antara Shambunath Mishra dan Pandey. Macam mana Manju boleh setuju suaminya buat keputusan macam tu sampai sanggup gadaikan rumah untuk hal yang belum tentu pasti. Babak mereka berdua ambil keputusan untuk pindah keluar juga tak diceritakan. Nampak tak syok lah dekat situ sebab perangai gangster ni memang jenis cari sampai ke lubang cacing. Dosa Inspektor Shakti Singh (Manav Vij) pun macam merepek sebab buat kerja tak clean. Takut dengan MLA tapi biar orang luar nampak. Nak cerita lebih sangat tak boleh, takut jadi spoiler. 

Vadh boleh jadi lebih menarik kalau ada banyak lagi babak genting macam mana pasangan berusia ni melarikan diri dari Inspektor Shakti Singh  ataupun MLA Dada. Trailer Vadh nampak lebih menarik dari cerita sebenar, mungkin sebab fast paced. Audio pun ada kekurangannya juga kerana pemilihan music score yang kuat ataupun dubbing yang tak tepat. Overall, one time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.