Movie Review | Everything Everywhere All at Once (2022)

Friday 10 February 2023


Director : Daniel Kwan, Daniel Scheinert
Writer : Daniel Kwan, Daniel Scheinert 
Cast : Michelle Yeoh, Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum Jr., James Hong, Jamie Lee Curtis 
Production Companies : IAC Films, Gozie AGBO, Year of the Rat, Ley Line Entertainment  
Distributors : A24 
Genre : Action / Comedy  
Running Time : 139 minutes
Release Date : 11 March 2022 (SXSW), 25 March 2022 (United States) 
Trailer :


Bulan lepas kecoh dekat social media bila Michelle Yeoh menang Best Actress di Oscar untuk filem Everything Everywhere All at Once yang mempamerkan watak wanita sebagai tunggak utama. Sejak pertama kali ditayangkan pada bulan Mac 2022 lagi dah nampak ramai critics yang puji lakonan Michelle Yeoh. Finally dapat juga tengok apa yang diceritakan dalam naskhah komedi aksi ni. 

Mengisahkan tentang Evelyn (Michelle Yeoh) yang menguruskan semua perkara sebagai pemilik bisnes kedai dobi, akauntan, isteri, ibu kepada anak remaja dan juga anak yang menjaga bapanya yang sakit. Banyak perkara yang perlu dia fikir setiap hari untuk kekal hidup sebagai imigran di Amerika Syarikat.

 
Satu hari semasa di dalam lif, suaminya Waymond Wang (Ke Huy Quan) bersikap aneh lantas mengarahkan Evelyn supaya ikut arahan yang ditulis pada kertas. Evelyn harus fokus untuk masuk ke bilik janitor menggunakan mindanya sebab perkara ini melibatkan hidup dan mati. Di sana Evelyn dapat tahu yang Waymond Wang yang dia kenal bukanlah Waymond yang sebenar sebaliknya Waymond yang datang dari zaman alphaverse, 1000 tahun akan datang. 

Tujuan Waymond alphaverse muncul di situ adalah untuk menghalang Jobu Tupaki dari menghancurkan semua Evelyn dari universe yang berbeza termasuklah Evelyn si pemilik kedai dobi di zaman ini. Tiada siapa tahu apa yang direncanakan Jobu Topaki melainkan dia mencipta sebuah bagel yang besar di istananya. 


Awalnya susah untuk Evelyn percaya cerita Waymond tapi bila beberapa perkara aneh berlaku, dia rasa dia perlu menggalas tanggungjawab untuk bantu semua Evelyn lain dan juga Waymond dari dibunuh oleh Jobu Tupaki. Hebatnya kuasa yang dia belajar bila mereka boleh verse-jumping di mana mereka perlu melakukan perkara pelik untuk peroleh teknik atau kemahiran dari universe lain. Macam Evelyn pilih untuk ambil teknik kung-fu yang dipelajari oleh Evelyn si pelakon Kungfu untuk berlawan dengan anak buah Jobu Tupaki. 

Filem Everything, Everywhere, All At Once dibahagikan kepada 3 bahagian di mana penulis menceritakan tentang semua yang dihadapi oleh Evelyn di bahagian pertama, kesemua Evelyn yang berbeza universe di bahagian kedua manakala kesemua yang berlaku di mana-mana saja sekaligus di bahagian terakhir. Jadi tak ada masalah untuk faham apa yang berlaku walaupun banyak perkara yang jadi sebab ada banyak Evelyn yang terlibat. Tertarik dengan kata-kata Waymond bila Evelyn persoalkan kredibiliti dia untuk lawan Jobu Tupaki. 


‘No. Can't you see? Every failure here branched off into a success for another Evelyn in another life. Most people only have a few significant life alternate life paths so close to them. But you, here, you're capable of anything because you're so bad at everything.’ – Waymond Wang

Sebab kata-kata Waymond ni trasa berguna pula hidup sebagai loser sebab Farhana yang lain hidup jalan yang tidak diambil oleh Farhana di universe ni. Bila masuk bahagian kedua baru faham apa sebenarnya penulis nak sampaikan dengan universe yang berbeza, everything bagel dan apa yang dialami oleh Joy dan Jobu. Everything Bagel merujuk kepada depression bila Jobu bagitahu yang dia saja cipta bagel yang mempunyai semua perasa dan pelbagai topping. Depression pun ada semua perasaan sampai minda manusia rosak dan rasa kosong, tenggelam dalam kegelapan. 


Dari situ baru nampak kenapa Waymond kata apa jua yang jadi termasuk pada waktu yang kita tak faham apa yang berlaku, kita kena jadi baik dan layan orang dengan baik. Luaran manusia semuanya sama tapi dekat dalam tak ada siapa yang tahu dia okay ataupun tidak. 

‘Right is a small box invented by people who are afraid. And I know what it feels like to be trapped inside that box.’ – Joy Wang


Selain dari mesej tentang kesihatan mental yang dipaparkan dalam template komedi aksi, penulis juga bagitahu yang kalau dah jodoh tu tak akan ke mana pun. Macam Evelyn si pelakon yang tetap akan jatuh cinta dengan Waymond setelah berjaya kejar cita-cita sehingga kaya dan popular. 

Siapa yang suka layan genre aksi komedi ala filem Jackie Chan dulu mesti enjoy layan filem ni sebab penulis memang create watak utama untuk Jackie Chan tapi terpaksa ditolak sebab busy. That’s why penulis olah balik dan tawarkan kepada Michelle Yeoh. Rezeki memang datang bergolek lah sebab Michelle dah lama teringin nak berlakon dalam filem aksi. Menang pulak tu, semoga makin banyak filem dengan skrip menarik untuk Michelle Yeoh. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.