UBI SUPERSTAR LIVE Tampilkan Jenaka Dinamik Bersama Fad, Sharif Zero, Namie Serta Shuib & Ajak

Wednesday 15 February 2023


Tidak lekang daripada mulut para netizen setelah menunjukkan bakat komedi kreatif mereka menerusi Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, kini kumpulan pelawak yang sedang meningkat naik, UBI membawa lawak jenaka berirama mereka ke rancangan komedi terbaharu Astro Warna, UBI SUPERSTAR LIVE.

Sukses yang dikecapi UBI setelah menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga telah melahirkan sebuah fenomena baharu dalam industri komedi tanah air. Kumpulan UBI mencipta satu standard yang tinggi di kalangan kumpulan pelawak Malaysia dengan sketsa-sketsa mereka sehingga menjadi tular di pelbagai platform media sosial. 


Gabungan serasi di antara Fad dan Sharif Zero, bintang terkenal yang sudah lama menempah nama dalam industri komedi bersama dengan bakat baharu, Namie sebagai kumpulan UBI membuatkan para penonton tidak sabar untuk melihat mereka beraksi sekali lagi di atas pentas. Para penonton kini boleh menyaksikan sisi-sisi lawak mereka yang lebih dalam rancangan realiti terbaharu yang memaparkan sketsa mereka dalam durasi yang lebih panjang.

UBI SUPERSTAR LIVE menampilkan ketiga-tiga ahli kumpulan UBI bersama dengan dua pelawak ternama iaitu Shuib dan Ajak dalam sebuah persembahan sketsa komedi muzikal yang berlangsung secara LIVE sebanyak empat episod. 

Shuib kembali ke pentas LIVE komedi di Astro. Lantas penampilan pelawak terkemuka ini pastinya akan menarik para peminat sedia ada yang menunggu dirinya kembali ke pentas komedi. Dengan pengalaman bertahun lamanya, sudah pastinya Shuib mampu menambahkan lagi elemen spontan dalam jenaka mahupun lakonan dalam mengemudi UBI SUPERSTAR LIVE bersama. Manakala kehadiran Ajak pastinya akan menambahkan lagi kemantapan persembahan mingguan UBI SUPERSTAR LIVE dengan pengalamannya sejak menjadi peserta Raja Lawak. Cara penyampaian Ajak yang berbentuk nasihat sambil berjenaka turut merupakan pembaharuan serta keunikan yang mampu dibawakan menerusi siri kali ini. Malah, kepelbagaian dibawakan UBI, Shuib dan Ajak pasti menggamat lagi musim pertama UBI SUPERSTAR LIVE.


Bertepatan dengan tagline mereka ‘diam-diam ubi berisi’, persembahan sketsa daripada kelima-lima ahli memaparkan isu-isu kemasyarakatan dan nilai moral yang dapat memberi pengajaran berguna kepada para penonton.

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti yang berbeza pada setiap minggu serta ramai lagi tetamu-tetamu undangan istimewa yang akan membuat kemunculan berdasarkan sketsa-sketsa yang dilakukan. 

Penggunaan Live Props dalam sketsa-sketsa mereka juga merupakan tarikan rancangan ini yang dibawa kembali daripada Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kerana merupakan salah satu prop yang digemari para penonton. Para penonton pada kali ini pasti akan lebih teruja untuk menyaksikan lagak ngeri Fad, Sharif Zero dan Namie yang bakal bertembung dengan Shuib dan Ajak di atas pentas yang sama, membawa bakat dan karakter masing-masing yang dipenuhi idea luar daripada kotak. 


UBI SUPERSTAR LIVE akan bersiaran secara langsung mulai 23 Februari 2023, setiap Khamis, jam 9.00 malam dan akan ditayangkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan yang fleksibel, para penonton turut boleh strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Tambah menarik buat peminat kumpulan UBI serta Shuib dan Ajak, UBI SUPERSTAR juga akan mengadakan satu episod istimewa raya iaitu UBI SUPERSTAR RAYA yang akan mempersembahkan pentas muzikal komedi berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri. 

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

KENYATAAN RASMI KETUA SALURAN ASTRO WARNA - NORZEHA MOHD SALLEH


“UBI merupakan antara kumpulan pelawak yang ramai segani dalam industri komedi. Sejak penampilan mereka menerusi Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, nama mereka tidak lelah daripada mulut para penonton dan sering diminta untuk beraksi sekali lagi di atas pentas komedi. Kini,  pihak Astro dengan gembiranya akan mempersembahkan sebuah rancangan untuk menyerlahkan lagi bakat mereka dalam industri ini iaitu UBI SUPERSTAR LIVE. 

Kami sangat berbangga kerana menerusi rancangan sebegini, kami dapat melahirkan bakat baharu seperti Namie yang mempunyai kehebatan versatil. Daripada jenakanya yang kreatif sehingga ke nyanyiannya yang memukau ramai penonton. Tidak kurang hebatnya dengan Fad dan Sharif Zero yang sangat serasi dan bijak dalam menarik perhatian para penonton dengan sketsa-sketsa yang kreatif.  Para penonton pasti tidak sabar untuk menyaksikan UBI sekali lagi di atas pentas komedi menerusi rancangan ini.


Kali ini, bukan UBI sahaja yang akan mempersembahkan sketsa secara standalone. Kami temukan mereka dengan Shuib dan Ajak, pelawak tersohor negara yang sudah terpahat di hati rakyat Malaysia di atas pentas komedi yang sama. Para penonton perlu saksikan gelagat mereka berlima yang penuh dengan lawak masing-masing dalam pelbagai sketsa yang menarik termasuk nyanyian dan lakonan mereka. Malah kali ini sketsa-sketsa yang akan dipersembahkan adalah yang paling hebat daripada mereka. 

Seperti mana yang kita tahu, rancangan komedi Astro Warna sering menampilkan artis-artis tersohor negara sebagai artis jemputan. Format ini turut dikekalkan dalam UBI SUPERSTAR LIVE di mana setiap episod akan menampilkan artis-artis daripada pelbagai bidang termasuk penyanyi, pelakon dan sebagainya. Kami juga akan membawa tetamu-tetamu undangan istimewa yang pasti akan mengejutkan para penonton. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, jangan lupa janji kami pada 23 Februari ini.


Akhir kata, kami berharap rancangan ini mampu memberi keseronokan dan hiburan kepada semua penonton seperti mana mereka menikmati rancangan-rancangan komedi kami. Kami juga berharap rancangan ini mampu menyerlahkan bakat masing-masing yang masih terpendam kepada para penonton serta memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengorak langkah dalam industri yang sama. Yang pastinya, para penonton mesti tidak akan berhenti ketawa bersama mereka.”

3 comments

  1. masa dengar pasal rancangan ni seronok nak tengok tapi eh ada shuib dan ajak... mcm tak berapa best 2 org tu hehehhe

    ReplyDelete
  2. alamak..siapa ahli kumpulan ubi sebenarnya? dah lama tak tengok raja lawak.

    ReplyDelete
  3. Jemput join ^^ https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/02/segmen-pencarian-model-lukisan-digital.html

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.