Naskhah Epik 'PULAU' Bertaraf Antarabangsa

Tuesday 28 February 2023

Naskhah Epik 'PULAU' Bertaraf Antarabangsa | Turut melakar sejarah tembusi pasaran Asia Tenggara, filem 'Pulau' sah ke Indonesia dan Singapura. 

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, filem thriller mistik 'PULAU' terbitan kolaborasi strategik di antara Film Force Studio dan My Way Pictures dengan kerjasama WebTVAsia secara ramsinya bakal menemui penonton di lebh 120 pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Mac 2023. 

Lebih membanggakan, naskhah 'PULAU' juga berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara dan setakat ini sah akan ditayangkan di dua buah negara iaitu Indonesia dan Singapura pada tarikh yang akan diumumkan kemudian. Kejayaan ini bukan sahaja menyaksikan permulaan yang positif buat filem 'PULAU', bahkan turut dilihat sebagai pemangkin semangat sekaligus meletakkan penanda aras baharu dalam memperkasakan industri perfileman tanah air di persada dunia. 

Mengulas lanjut mengenai naskhah hebat yang pastinya bakal mencetuskan fenomena luar biasa, Fred Chong selaku Penerbit merangkat Penerbit Eksekutif untuk filem 'PULAU' berkata, "Setelah sekian lama bekerja keras demi menjayakan projek ini, akhirnya 'PULAU' berjaya mendapatkan klafisikasi P13. Saya ingin berterima kasih kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Finas atas profesionalisme yang diberikan. 

Untuk pengetahuan semua, proses pembikinan filem bukanlah suatu proses yang mudah, banyak wang ringgit, masa dan tenaga dihabiskan untuk pembikinan sesuatu filem. Malah para pelakon juga telah bertungkus-lumus siang dan malam meredah hutan dan berhujan panas bagi menjayakan sesuatu filem. 

Industri filem ini juga tidaklah sebesar mana, saya bmbang akan masa depan industri filem negara dan hak kebebasan anak seni tanah air untuk berkarya juga bakal disekat. Apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya adalah untuk menyokong satu sama lain. Saya sangat berharap agar para penonton tidak menilai filem Pulau sebelum menonton sendiri."

Filem thriller mistik 'PULAU' diarahkan oleh sutradara berbakat, Euho serta turut menampilkan Puovin dan Tommy Loh selaku penulis skrip. Naskhah ini pastinya bukan filem Melayu yang tipikal kerana ia sarat dengan pelbagai elemen dan aksi yang mendebarkan. Biarpun mengetengahkan genre berunsurkan mistik, namun ia berjaya diolah dengan menarik dan lari daripada kebiasaan yang cliche. Susunan skor muzik untuk filem ini yang mendapat sentuhan kreatif komposer Ricky Lionardi juga sangat membantu membangunkan mood dan emosi dalam setiap babak. Tunjang kekuatan filem 'PULAU' bergantung kepada naratif penceritaannya yang bukan sahaja mampu membuatkan penonton ternanti-nanti plot seterusnya serta turut mencabar kemampuan barisan pelakon untuk bermain dengan emosi. 

Garapan jalan cerita dan plot twist penuh konflik, filem 'PULAU' mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas mereka kalah pertaruhan di sebuah pulau misteri di sana dan memecahkan 'pendinding' mantera lama yang telah memerangkap 'entiti' di pulau itu untuk sekian lamanya. Seorang demi seorang daripada mereka menjadi mangsa akibat kesilapan mereka yang telah menimbulkan kemarahan 'entiti' jahat di pulau tersebut. 

Uniknya, filem 'PULAU' turut menyaksikan gandingan barisan pelakon handalan generasi baharu dan 'otai' yang berbilang kaum. Perbezaan karakter dan personaliti yang diwujudkan untuk setiap watak turut memberi warna selain ia melengkapi dalam menghidupkan peranan yang diberikan. 

Teraju utama filem ini terdiri daripada Amelia Henderson yang memegang watak sebagai Kat, Alif Satar sebagai Ben, Ikmal Amry sebagai Khai, Joey Leong sebagai Lili, Evie Feroza sebagai Hantu 'Moli', Sanjna Suri sebagai Yus, Jazmy Juma sebagai Dauz dan Vikar sebagai Mark. Manakala barisan pelakon pembantu pula menampilkan Cedric Loo sebagai Chen An, Mark O’Dea sebagai Hero, Ms Pui Yi sebagai Kitty,  Namron sebagai Azhan (Pemandu Bot), Wan Hanafi Su sebagai Penghulu, Harris Anuar sebagai Desmond, Sabronzo sebagai Yaya, Alex Henderson sebagai Toni dan Dato' Sri Eddie Chong sebagai Pembantu Bot.

Menariknya lagi, single terbaharu bergenre retro pop nyanyian Alif Satar & The Locos berjudul 'Kau Aku Satu' yang baru sahaja dilancarkan juga turut diangkat sebagai lagu runut bunyi atau OST untuk filem 'PULAU'. Selain itu, lagu 'Hari Kita' nyanyian Thomas Kok dan 'Sudi' nyanyian DOLLA X Yonniboii juga turut dipilih untuk melatari filem ini sebagai lagu OST. 

Bagi merancakkan lagi promosi naskhah ini, para peminat juga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama barisan pelakon filem 'PULAU' yang akan turun padang di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia, termasuklah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan banyak lagi untuk acara sesi jelajah bagi tujuan rangka promosi. Butiran lanjut mengenai acara ini akan diumumkan dari semasa ke semasa. 

Layari akaun media sosial rasmi 'Pulau The Movie' di platform berikut untuk mengetahui sebarang info, perkembangan terkini dan kndungan eklusif mengenai filem 'PULAU'.

Tiktok: @pulaumovie

Instagram: @pulaumovie

Facebook: @pulaumovie

Twitter: @pulaumovie

Youtube: WebTVAsia

#PulauMovie #SiapaPergiDiaMati 


TRIVIA MENARIK MENGENAI FILEM 'PULAU'

1. Selaku pemain industri utama dan pencipta kandungan kreatif terkemuka di rantau Asia, pembabitan WebTVAsia dalm industri perfileman tanah air sememamngnya tidak asing lagi. Antara filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini termasuklah 'Rise: Ini Kalilah', 'Nasi Lemak 2.0', 'Banglasia', 'Hantu Gangster', 'Juang' serta banyak lagi. 

2. Dalam usaha untuk terus melebarkan sayap ke pasaran global, pihak WebTVAsia juga turut mengintai peluang untuk menayangkan filem 'PULAU' di negara lain selain Indonesia dan singapura. Setakat ini, negara Vietnam dan thailand menunjukkan minat yang positif. Namun ia masih dalam fasa perbincangan. 

3. Pembikinan filem 'PULAU' telah menelan belanja hampir RM4juta secara keseluruhan dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari di Langkawi sekitar bulan Disember 2021. Pihak produksi turut meneroka kawasan hutan baru di Langkawi untuk dijadikan sebagai lokasi utama penggambaran. Siap setup rumah khas sebagai props. 

4. Sewaktu sesi recce, pihak produksi secara tidak sengaja telah menemui Gua Kedah Marble yang telah lama tidak dikunjungi oleh sesiapa selama lebih 20 tahun. Gua tersebut turut dijadikan sebagai salah sebuah lokasi penggambaran dalam filem 'PULAU'. Tangga khas sementara dibina sebagai laluan keluar masuk ke gua tersebut. 

5. Sentuhan Euho sebagai pengarah dilihat berjaya membawa filem seram thriller terbitan tempatan ke tahap yang lebih tinggi selain menunjukkan kemahiran dan kematangan dalam pembikinannya. Antara filem-filem arahan beliau sebelum ini termasuklah 'Ice Kacang Puppy Love', 'along PTE LTD', 'Find My Dad', 'Kungfu Taboo' serta banyak lagi. 

6. Barisan panel skrip yang menjayakan filem 'PULAU' juga bukan calang-calang. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penulisan skrip, kredibiliti Puovin dan Tommy Loh tidak perlu disangkal. Antara naskhah yang pernah mendapat sentuhan mereka termasuklah filem blockbuster Adnan Sempit, 8 Jam dan banyak lagi. 

7. Salah satu OST filem 'PULAU', single 'Kau Aku Satu' ialah sebuah projek kolaborasi WebTVAsia bersama Alif Satar & The Locos. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama Alif Satar dan Amelia Henderson digandingkan bersama. 

8. Sebelum ini, komposer Ricky Lionardi yang bertanggungjawab dalam penghasilan skor muzik untuk filem 'PULAU' juga pernah menghasilkan skor muzik untuk filem blokbuster 'KKN Di Desa Penari' di Indonesia. 

9. Untuk menjiwai watak dengan berkesan semasa melakonkan babak lemas, Amelia Henderson yang memegang watak utama sebagai Kat dalam filem ini terpaksa berlatih selama 12 jam di dalam laut. Staff juga membantu dengan menarik kaki Amelia daripada bawah supaya babak lemas tersebut tampak meyakinkan dan menjadi. 

10. Penggambaran untuk sebarang babak yang melibatkan laut bukan dibikin menggunakan green screen kerana semuanya dilakukan di laut di Langkawi. Pelakon Alif Satar yang banyak membantu pelakon-pelakon lain sewaktu di set dan beliau juga pernah terlihat kelibat ikan jerung di tengah laut tersebut. 

11. Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam filem 'PULAU' diwajibkan mengambil lesen menyelam terlebih dahulu bagi memastikan rakaman visual lebih cantik dan tampak asli untuk semua babak di laut. 

12. Sewaktu penggambaran filem 'PULAU' sedang berjalan, isteri kepada pelakon Ikmal Amry yang menyandang watak utama sebagai Khai iaitu Najla Shamsul sedang sarat hamil anak pertama mereka. Oleh kerana risaukan keselamatan isterinya, Ikmal turut membawa Najla bersama ke Langkawi. Alif Satar juga membawa seluruh keluarganya menetap sementara di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan penggambaran filem 'PULAU'.

13. Alif Satar dan Joey Leong yang memegang watak sebagai Lili dalam filem 'PULAU' merupakan kenalan lama kerana mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama. 

14. Evie Feroza yang memegang dua watak sebagai Hantu Moli dalam filem 'PULAU' sebenarnya hadir sewaktu sesi casting untuk watak yang lain. Namun kemudiannya dia ditawarkan watak hantu kerana pengarah nampak bakatnya lebih sesuai pada watak hantu. Kostum yang digunakan juga menyukarkan Evie untuk buang air kecil hingga terpaksa buang di dalam plastik kerana susah untuk dibuka. 

15. Mark O' Dea dan Ms Pui Yi yang memegang watak sebagai Hero dan Kitty bertemu pertama kali di set penggambaran filem 'PULAU'. Sejak itu mereka semakin rapat dan kini kedua-dua mereka merupakan pasangan kekasih. 

16. Bagi menghidupkan lagi watak Hantu Moli, jurusolek untuk filem 'PULAU' perlu meniru semula kesan lukisan tangan yang dilukis oleh pengarah untuk menghasilkan solekan khas yang tampak asli.

***************************

TENTANG WEBTVASIA

WebTVAsia ialah syarikat pencipta terkemuka Asia yang memperkasakan pencipta paling berbakat melalui perkongsian platform, studio kandungan, penyelesaian jenama dan rantaian nilai perdagangan sosialnya. Sejak 2013, rangkaian YouTubenya yang terdiri daripada lebih 3500 pencipta Asia telah berkembang pesat dengan lebih 880 juta pelanggan gabungan; dengan pendapatan AS$150 juta yang diperolehi; dan kebebasan mencipta, melalui rancangan anugerah pencipta terbesar Asia, Anugerah WebTVAsia dan festival muzik pencipta pertama, Viral Fest Asia. Rekod YouTube Playnya yang menerajui pasaran ialah 3 Diamond (10 juta atau lebih pelanggan), 198 Emas (lebih 1 juta) dan 1130 Perak (lebih 100 ribu).

Pengasas dan penerbit yang telah memenangi banyak anugerah, Fred Chong mempunyai visi untuk mewujudkan ekosistem digital yang benar-benar saksama dan mampan yang menghubungkan pencipta terbaik Asia dengan komuniti peminat global, dalam Web 2.0 semasa dan dunia Web 3.0 akan datang.

TENTANG FILM FORCE

Filmforce Studio, menghimpunkan pakar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan membawa tiga prinsip profesionalisme, kredibiliti dan usaha wajar untuk menjadi pelopor industri filem dan televisyen di Malaysia. Melalui konsep kerjasama dan perkongsian strategik, kami akan bekerjasama dengan pasukan yang cemerlang sama ada di dalam dan luar negara untuk bersama-sama mewujudkan platform filem dan televisyen yang luas dan pelbagai untuk meneroka pembangunan dan corak filem dan televisyen Malaysia.

TENTANG MY WAY PICTURES

My Way Pictures yang ditubuhkan pada tahun 2018, merupakan sebuah syarikat pelaburan kewangan buat filem dan produksi yang berdedikasi untuk membawa kisah yang unik dan inovatif ke layar skrin. Mereka percaya bahawa filem yang hebat mempunyai kuasa untuk menginspirasikan, menghiburkan dan menyentuh hati penonton.

Mereka komited untuk menyokong para pembuat filem yang berbakat dan mengangkat visi mereka. Mereka juga mempunyai kefahaman mendalam terhadap cabaran dan peluang yang dihadapi para pembikin filem masa kini.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.