Movie Review | Unlocked (2023)

Saturday 18 February 2023


Director:  Kim Tae-joon
Writer: Kim Tae-joon
Cast : Chun Woo-hee, Im Si-wan, Kim Hee-won, Kim Ye-Won, Park Ho-san, Jeon Jin-Oh, Jeon Ik-Ryung
Production Company: Studio N  
Distributors : Netflix 
Genre: Thriller
Running Time: 117 minutes
Release Date: 17 February 2023  
Trailer :


Naskhah thriller dari Korea Selatan mengisahkan tentang Lee Na-Mi (Chun Woo-Hee) yang terjatuhkan smartphone di dalam bas yang dinaiki dalam perjalanan ke rumah. Jun-yeong (Im Si-wan) terjumpa smartphone tersebut lantas memulakan agenda terbarunya untuk mangsa pembunuhan seterusnya. 

Modus operandi Jun-yeong adalah mengumpulkan semua data penting di dalam smartphone sebelum mengumpan mangsa untuk dibunuh. Zaman sekarang memang mudah sangat untuk tahu latar belakang, cara hidup dan status seseorang kerana semua data disimpan dalam aplikasi yang dimuat turun dalam smartphone. 


Macam rakyat Malaysia ada applikasi bank untuk tahu status kewangan dan lifestyle, ada aplikasi MySejahtera untuk tahu status kesihatan, dalam aplikasi Grab pun boleh tahu alamat dan tempat yang kita pergi. Apatah lagi akaun-akaun social media yang kita selalu update setiap hari dan juga aplikasi Whatsapp untuk tahu semua maklumat tentang keluarga dan kenalan. Sekali hacker masuk terus lesap semuanya. 

Sama juga lah dengan kehidupan Na-mi yang hancur setelah spyware dimasukkan ke dalam smartphone dia. Bukan saja dibuang kerja malah dibenci oleh kenalan angkara perbuatan jahat Jun-yeong untuk asingkan mangsanya dari semua orang. Jun-yeong juga boleh lihat semua pergerakan Na-mi melalui kamera smartphone dan juga mendengar dengan jelas semua perbualan melalui speaker. 


Kerana terdapat mangsa yang ditemui ditanam di kawasan hutan, Jun-yeong diburu oleh Detektif Ji-man (Kim Hee-won) yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri tersebut. Berjaya tak Na-mi diselamatkan oleh Detektif Ji-man, kena tengok lah filem ni. 

Naskhah arahan Kim Tae-joon ini diadaptasikan dari novel Unlocked karya penulisan Akira Teshigawara yang diterbitkan pada April 2017 dan telah diadaptasikan juga kepada filem Jepun berjudul stolen Identity. Nak bandingkaan yang mana lagi syok ataupun naskhah Kim Tae-joon ni diambil sama sperti novel tu memang susah la nak cakap sebab tak baca atau tengok pun karya sebelumnya. 


Yang pastinya buah tangan terbaru dari Kim Tae-joon mempunyai skrip yang kuat namun tercela dengan olahan yang ada masanya goyah. Dekat first half kita boleh tengok macam mana Jun-yeong buat kerja sampai ramai yang jadi mangsa pembunuhan jejaka kacak ni. Mangsa tak ada buat salah pun sebab zaman sekarang memang perlukan smartphone untuk simpan semua data dan silap mereka cuma tercicirkan handphone. Kalaupun tak tercicir boleh jadi Jun-yeong yang cipta situasi untuk perangkap mangsa. 

Bila masuk second half dah mula rimas dengan watak utama sebab akal cetek. Kesilapan pada penulis juga lah sebab tak develop kenapa karakter Na-mi macam tu sedangkan ayah dan kawan baik dia cerdik. Kenapa dia pilih untuk tinggal seorang diri di apartmen tanpa sekuriti juga jadi tanda tanya sedangkan Na-mi rapat dengan ayah dia. 


Sama juga dengan detektif yang lambat bertindak tapi faham lah sebab watak dia ada trauma tersendiri. Dekat sini juga penulis tak kembangkan dengan cantik sampai buatkan kita disconnect dengan beberapa babak tegang dan dramatik. Nasib baik lah ada kawan sekerja (Jeon Jin-Oh) yang fikir rasional. 

Kelakar bila tengok babak Na-mi dengan Jeong Eun-joo (Kim Ye-won) pergi buat police report berkaitan dengan hacker padahal bandar tu dah gempar dengan berita pembunuhan bersiri yang kutip data dari smartphone. Sepatutnya semua balai polis dah kena brief tentang pembunuhan tersebut bukannya ambil mudah dengan setiap laporan. 


Masuk ni kali kedua tengok Im Si-wan berlakon watak psiko lepas filem Emergency Declaration (2022) dan kedua-duanya mengerikan. Dalam naskhah sebelum ini, Si-wan tak dapat screentime yang banyak tapi kali ni dari awal cerita lagi dia dah beraksi hingga ke penghujung. Selain barisan watak utama, lakonan Kim Ye-won juga menyerlah sebagai kawan baik Na-mi walaupun screentime dia terhad. Sebak bila tengok dia tahan perit lepas Na-mi tuduh dia macam-macam padahal mereka berkawan baik dah lama. 

Kalau ikutkan penulis tak perlu pergi jauh sampai install spyware dalam smartphone mangsa pun sebab semua data boleh dikutip dengan mudah melalui social media dan jenayah stalking yang tinggi di Korea Selatan. Tapi okay lah, mungkin penulis nak buat keunikan melalui modus operandi. Overall it was a fun watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

1 comment

  1. polis dalam cite ni macam tak function langsung ke sebab penjahat dia cerdik sangat..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.