Oreo x Blackpink, Dapat Photocard Siapa?

Monday 13 February 2023

 

Dari tahun lepas lagi dah nampak projek kolaborasi Oreo dengan Blackpink ni sebab Jihoon TREASURE tayang photocard Rose yang dia dapat dalam weverse live. Nampak jugak lah dekat Twitter ramai yang serbu kedai-kedai tertentu untuk borong Oreo pink ni sebab nak kumpul photocard punya pasal. 

Memandangkan I casual listener Blackpink je jadi kita bagi laluan pada Blinks untuk sesi photocards hunting. Masa beli barang dapur dekat NSK Star Avenue, ternampak sectionkhas untuk Oreo. Saja ambil nak rasa oreo pink ni macam mana. Dengan harapan nak dapat photocard Rose jugak sebab suka dengan suara Rose bila menyanyi. 

Packaging dia memang cantik lah sebab gabungan warna pink dan putih, oreo dia pun cantik berwarna pink dengan inti coklat. Rasa pula lebih kurang sama je dengan oreo inti coklat biasa, tak lah manis sangat ataupun rasa masin. Just nice dekat tekak. Sedap gak buat oreo crumbs makan dengan aiskrim. 


Untuk photocard pula, I dapat Jennie haha tak expect langsung boleh dapat rapper. Dekat semua packaging Oreo edisi terhad eksklusif ni ada signature Jennie juga. Nak masuk frame ke tak eh? I rasa macam nak pergi beli lagi sampai dapat semua empat photocards. Lain macam gak eh pengaruh photocards ni. 

Kalau Oreo buat projek kolaborasi dengan TREASURE pun untung jugak sebab setiap Teume akan buru 10 photocards sebab ada 10 member. Lagha betul kehidupan duniawi ni ye T.T

4 comments

  1. kat tempat CUya tak tahu la ada jual ke tak..macam best je

    ReplyDelete
  2. Anak Sha minat Lisa.. Beli 3 pek, dapatlah 1 Lisa.. Tapi ada juga pek yang tak ada kad tau.. Kena rasa-rasa dulu bahagian atasnya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.