Movie Review | Baramulla (2025)

Sunday, 25 January 2026


Pengarah: Aditya Suhas Jambhale
Penulis Skrip: Aditya Dhar, Aditya Suhas Jambhale, Monal Thaakar 
Pelakon: Manav Kaul, Bhasha Sumbli, Arista Mehta, Rohaan Singh, Neelofar Hamid, Ashwini Koul, Vikas Shukla, Mir Sarwar, Priyank Tatariya, Kiara Khanna, Shahid Latief, Sanjay Suri
Syarikat Produksi: Jio Studios, B62 Studios 
Pengedar: Netflix 
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan:  112 minit
Tarikh Tayangan:  7 November 2025  
Trailer:


Berlatarkan Baramulla, Kashmir, seorang kanak-kanak lelaki bernama Shoaib Ansari (Ahmad Ishaq) telah hilang ketika menjadi sukarelawan dalam pertunjukan silap mata. Tiada siapa nampak ke mana perginya Shoaib namun yang tinggal hanyalah sebagaian rambut Shoaib yang digunting di dalam kotak tersebut. 

Kes kehilangan Shoaib, anak kepada bekas MLA ditugaskan kepada pegawai polis baru, DSP Ridwaan Shafi Sayyed (Manav Kaul) yang dipindahkan ke Baramulla. Suspek utama ialah Zafar Mansoor, ahli silap mata tersebut tunjuk bagaimana dia melakukan persembahan ketika kehilangan Shoaib. DSP Ridwaan bebaskan ahli silap mata tersebut kerana tiada bukti kukuh untuk kaitkan dia dengan kehilangan Shoaib. 


Tak lama kemudian, polis mendapat laporan tentang kehilangan seorang lagi pelajar Baramulla Blooming Petals High School bernama Faisal (Dafiq). Ibu dan abangnya bersama Faisal ketika mereka pergi menangkap siput di laut. Secara tiba0tiba Faisal hilang dari sampan dan meninggalkan sedikit rambut yang digunting. 

Tertekan dengan kes tanpa sebarang petunjuk, di rumah pula Ridwaan mengalami masalah dengan anak perempuannya Noorie (Arista Mehta). Anaknya mendakwa rumah tersebut mempunyai anjing tapi Ridwaan menyangkal dakwaan tersebut kerana tiada sesiapa yang pernah dengar anjing menyalak. Noorie sakit hati dengan respons ayahnya kerana dia mempunyai alahan teruk dengan anjing. 


Selain Noorie, anak bongsunya, Aayan (Rohaan Singh) juga bertemu dengan ‘kawan baru’ di rumah tersebut sementara isterinya, Gulnaar (Bhasha Sumbli) mula diganggu oleh sesuatu. 

Naskhah Baramulla arahan dan penulisan Aditya Suhas Jambhale menggabungkan misteri supernatural bersama thriller dari pihak militan yang menculik kanak-kanak untuk menjadi askar jihad di Pakistan. Geopolitik Kashmir menjadi latar utama yang ideal untuk mewujudkan naskhah yang misteri bermula dengan kemunculan bunga tulip putih. 


Separuh masa pertama Baramulla dibahagikan kepada 3 pihak di mana DSP Ridwaan bersama pihak polis menyiasat kes kehilangan kanak-kanak, di satu pihak lagi ialah militan yang diketuai oleh Juneid Malik (Shahid Latief) yang bertindak mengikut arahan dari Bhaijaan. Kemudian munculnya pihak ketiga iaitu entiti mistik di rumah DSP Ridwaan. 

Bila tengok babak DSP Ridwaan bersihkan perkataan Kaafir di dinding luar rumah dan babak Gulnar dapat tahu rumah baru mereka adalah bekas rumah Kashmiri Pandit, teringat dengan tragedi perpindahan kaum Hindu beramai-ramai dari Kashmir pada tahun 1990 yang diceritakan dalam filem The Kashmir Files (2022)


Memandangkan I dah tengok filem ni, emosi yang dialami oleh keluarga DSP Ridwaan dan juga pendedahan pihak ketiga di second half tersangatlah mendalam dan mengerikan. Kedua-dua filem tak berkaitan cuma The Kashmir Files (2022) menyingkap perjalanan yang menghantui kaum Hindu di Kasmir pada ketika itu walaupun mereka lahir, membesar dan berbakti kepada Kashmir tapi nasib minoriti cuma ditentukan sama ada keluar, peluk Islam atau mati. 

Filem Baramulla menggunakan latar masa tahun 2016, 25 tahun selepas kejadian tersebut berlaku namun kesannya masih kuat dalam masyarakat Islam di Kashmir. 


Berbalik kepada filem Baramulla, babak seram yang dimasukkan tak menakutkan pun dan tak ada jump scares sebab genre seram filem ni bukan terletak pada hantu tapi pada manusia yang mengkhianati. Macam mana pelajar sekolah rendah boleh terjebak dengan jihad pengganas di Kashmir dan situasi yang dipaparkan sangat menggerunkan sebab puak militan ada di mana-mana, menyamar sebagai orang awam. 

But still, sinematografi dengan suasana yang kelam mewujudkan rasa seram ditambah pula dengan pergerakan kamera yang bergerak perlahan untuk lahirkan rasa saspens dan berdebar ketika Noorie dan Ayaan bertemu dengan entiti tersebut. Music score juga mainkan peranan macam babak Ayaan tidur atau ketika Gulnaar dapat tahu tentang Kashmiri Pandits. 


Personally for me, naskhah Baramulla boleh jadi lebih menarik kalau pace dia tak perlahan sebaliknya bergerak laju dan beri lebih ruang untuk pihak polis menyiasat dan bukan take over sepenuhnya oleh pihak ketiga. Flashback tentang punca pergolakan hubungan DSP Ridwaan dengan Noorie patutnya tak perlu sebab sama saja dengan apa yang dibualkan dengan Gulnaar. Kenapa penulis guna bunga tulip putih juga tak diceritakan. Jadi tanda tanya juga kenapa bunga tulip putih sebagai simbolik utama filem Baramulla.

Tak hairan lah ramai yang suka dengan naskhah Baramulla walaupun elemen seram tu tak kuat tapi mesej yang dibawa tersangatlah kuat sama seperti The Kashmir Files. Sebagai orang luar dan hanya menonton kisah Kashmiri Pandits, I tak memihak pada mana-mana tapi bersimpati dengan mangsa yang terkesan akibat perang yang berlaku berpuluh tahun lepas. 


Cameo dari Sanjay Suri yang pernah lahir di Srinagar tapi terpaksa berpindah ke Delhi selepas ayahnya dibunuh oleh pengganas juga membawakan simbolik yang besar dan bermakna untuk Baramulla. 

It’s a good story and recommended to watch on Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.