Pengarah: Kristo Immanuel
Penulis Skrip: Kristo Immanuel, Jessica Tjiu
Pelakon: Omara Esteghlal, Nirina Zubir, Mawar Eva de Jongh, Muhadkly Acho, Ardit Erwandha, Shindy Huang, Mario Caesar, Nada Novia, Jared Ali
Syarikat Produksi: Imajinari, Trinity Entertainment Network
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2025 (Indonesia), 1 Januari 2026 (Netflix)
Trailer:
Mengisahkan Gema (Omara Esteghlal) yang tidak pandai bergaul kerana sering dibuli di sekolah. Di rumah pula ibunya, Ayu (Nina Zubir) mengabaikan tanggungjawab terhadap Gema setelah bercerai dan biarkan anaknya membesar seorang diri. Menginjak dewasa, Gema rasa tersisih dan sentiasa diendahkan oleh rakan-rakan sekerja walaupun pejabat mereka tidak mempunyai ramai orang. Kerana kesunyian, Gema sentiasa mengelamun dan berbual seorang diri.
Namun keadaan tersebut berubah apabila ayah Gema (Gilbert Pattiruhu) meninggal dunia akibat sakit jantung. Rakan sekerja Gema mula mengucapkan takziah dan mengajak Gema untuk makan bersama malah beraktiviti setelah habis waktu kerja.
Semua aktiviti yang ingin dilakukan oleh Gema sejak kecil akhirnya tertunai namun semakin lama perhatian tersebut mula surut. Rakan pejabat mula kembali fokus kepada cerita percutian Danu (Mario Caesar) atau lawak hambar Ilham (Ardit Erwandha).
Gema dapat idea untuk reka cerita dengan update IGstory yang berduka dengan kematian kucing peliharaannya. Awalnya Gema sangka plan dia tak menjadi tapi tak sangka Kerin (Mawar Eva de Jongh) paling terkesan kerana dia juga kehilangan kucing kesayangan bernama Lion. Bila perhatian tersebut mula surut, sekali lagi Gema reka cerita hingga Danu syak ada sesuatu yang aneh dengan Gema.
Syarikat produksi Imajinari yang semakin mengukuh di industri perfileman Indonesia muncul dengan naskhah komedi cringe arahan dan penulisan Kristo Immanuel. Filem Tinggal Meninggal adalah debut projek untuk Kristo yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan seperti filem The Big 4 (2022), Sleep Call (2023), Agak Laen (2024), Bolehkah Sekali Saja Kumenangis (2024) atau Cinta Tak Seindah Drama Korea (2024). Kristo sebelum ini dah kutip pengalaman sebagai pembantu pengarah dalam Teka-teki Tika (2021) dan Kaka Boss (2024).
Walaupun pertama kali menghasilkan naskhah sendiri dengan genre dark comedy, penceritaan Tinggal Meninggal a bit over the top, cringe tapi menghiburkan. Plot utama yang menggunakan tema neurodivergent tampil sebagai penceritaan yang unik, segar dan ringkas tapi padu. Penceritaan Tinggal Meninggal juga bergerak laju dan dikembangkan dengan baik sepanjang 120 minit.
Lakonan Omara Esteghlal menghidupkan watak Gema yang mula pentingkan diri dan laparkan perhatian. Awal tu nak kesian tapi bila masuk second half dah mula geram sebab dia makin melampau. Usaha Omara berhasil untuk hidupkan watak Gema kerana dia banyak buat kajian tentang neurodivergent bukan saja dari emosi malah dari karakternya juga. Watak Gema mempunyai masalah mental akibat kesunyian apabila dia tidur dengan bantal yang banyak dan peka dengan keadaan sekeliling hingga tahu apa yang diperlukan oleh rakan sekerjanya.
Pelakon kanak-kanak, Jared Ali yang lakonkan watak Gema kecil pun cemerlang bila dapat match perosnaliti dan gaya Gema dewasa. Gema kecil dan Gema dewasa sentiasa berbual selain muncul dalam babak flashback.
Watak Kerin pun menjadi-jadi dengan common sense dia yang terpaling, tapi satira menerusi watak Kerin menjadi sangat sebab ada enabler yang sama in real life. Watak sampingan yang lain juga mendukung dunia Tinggal Meninggal melalui delivery yang tepat dari karakter dan personaliti masing-masing.
Latar tempat Tinggal Meninggal banyak berkisar di pejabat Gema dan rumah Gema namun banyak babak komedi yang terhasil dari dua set utama tersebut. Latar tempat yang digunkaan juga buatkan filem Tinggal Meninggal terasa asli kerana dua tempat inilah yang sering menjadi latar tempat utama dalam kehidupan sebenar orang dewasa. Tambah pula kalau introvert sama seperti Gema.
Filem Tinggal Meninggal tinggalkan impak dan mesej yang mendalam walaupun cuma diolah dalam template yang ringan dan santai. Watak Gema mungkin mencipta pembohongan kerana masalah psikologi yang dialami tapi karakter dan tingkah dia tak lari jauh dengan masyarakat alam maya yang suka mengarang cerita untuk engagement farming. Berpura-pura bodoh atau berkelakuan melebihi batas boleh dikatakan perangai yang biasa dilihat di media sosial. Realiti yang menyedihkan.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.