KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN KUDA DENGAN PERAYAAN WARISAN DAN KEMAKMURAN YANG ISTIMEWA

Friday, 23 January 2026

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN KUDA DENGAN PERAYAAN WARISAN DAN  KEMAKMURAN YANG ISTIMEWA | Nikmati pengalaman perayaan yang imersif menampilkan Karusel Kuda Oriental tradisional, sentuhan seni budaya dan inisiatif komuniti yang bermakna.

Kuala Lumpur, 20 Januari 2026 – Suria KLCC menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama  menyambut Tahun Kuda dari 16 Januari hingga 18 Februari 2026, menerusi sebuah perayaan  yang menggabungkan tradisi, budaya dan pengalaman perayaan yang penuh makna. 

Sepanjang musim perayaan ini, para pengunjung dijemput untuk menikmati suasana kemeriahan  yang ceria di KLCC The Place, di mana sambutan Tahun Baru Cina dihidupkan melalui dekorasi  perayaan, tawaran bermusim, dan pengalaman membeli-belah yang menarik. Para pengunjung  dapat merasai perjalanan perayaan yang benar-benar holistik dengan detik-detik santai di Taman  KLCC serta di sekitar Presint KLCC, yang menempatkan pelbagai gabungan gaya hidup,  santapan, serta tarikan seni dan budaya.







Tarikan Utama di Suria KLCC

Centre Court Suria KLCC telah ditransformasikan menjadi sebuah pameran perayaan yang imersif  dengan Karusel Kuda Oriental sebagai tarikan utama yang melambangkan Tahun Kuda. Instalasi  ini dilatari pemandangan gunung-ganang dan pokok bunga sakura yang memukau. Para  pengunjung boleh meneroka elemen interaktif seperti ’Lotus Pond of Blessings’, yang mengajak  pengunjung untuk menyampaikan hajat demi kemakmuran dan tuah. 

Sebuah pavilion tradisional  Cina lengkap dengan jambatan turut melengkapkan suasana, menjadikannya latar yang indah untuk momen fotografi perayaan “Sebagai destinasi ikonik di kotaraya Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar sebuah pusat beli-belah; ia merupakan tempat terciptanya kenangan dan perkongsian pengalaman. Sempena Tahun Baharu Cina ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan sebuah perjalanan imersif  yang meraikan tenaga dan semangat Tahun Kuda, sambil menyatukan masyarakat melalui warisan dan kegembiraan bersama.

“Kami juga berbangga untuk meneruskan komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti  menerusi Inisiatif CSR, yang membolehkan para pembeli menyumbang secara bermakna kepada  kesedaran kesihatan mental sambil menghayati semangat perayaan,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Ganjaran Eksklusif dan Sorotan Perayaan

Suria KLCC memastikan musim perayaan yang lebih bermakna melalui Program Ganjaran Pembeli: 

• Ganjaran Pembeli: Belanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima  RM100 e-Baucar Beli-belah Suria KLCC serta satu set Angpau.

• Bonus e-Baucar: Pembelian RM1,000 e-Baucar melalui laman web akan menerima  tambahan RM100 e-Baucar.

Suasana perayaan turut dimeriahkan dengan Persembahan Tarian Singa Akrobatik setiap hari  Sabtu serta pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baharu Cina. Pengunjung juga boleh menyertai  Bengkel ‘Sugar Art’, Bengkel Cap Kaligrafi Cina, serta bergambar di Photobooth.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE: SUASANA PERAYAAN YANG HANGAT DAN MERIAH

Berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026 Alamanda Putrajaya menghidupkan suasana perayaan dengan melengkapkan Centre Court menjadi taman Oriental yang penuh warna tradisi perayan Tahun Baru Cina. Karusel Kuda Oriental menjadi tumpuan utama, dipadankan dengan pavilion Cina dan tanglung merah, serta dihiasi bunga sakura yang mencipta suasana tenang untuk seisi keluarga.

• Persembahan Tarian Singa: Persembahan tarian singa akrobatik dan tarian tradisional  Cina pada tarikh terpilih.

• Aktiviti Kanak-kanak: Program ViKids menampilkan Bengkel ’Sugar Painting’ untuk kanak-kanak mencuba seni rakyat tradisional.

• Ganjaran Belanja: Belanja RM600 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima RM30 e-Baucar, atau RM1,500 dan ke atas untuk RM80 e-Baucar.

• Sumbangan Bermakna: Sokong inisiatif kesihatan mental dengan membeli Pin Reben Hijau pada harga RM10, beserta buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.

MESRA MALL: KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI PANTAI TIMUR

Berlangsung dari 29 Januari hingga 18 Februari 2026 Mesra Mall membawa kemeriahan Tahun Baru Cina ke Pantai Timur juga dengan konsep Karusel  Kuda Oriental yang tradisional dan mesra keluarga, lengkap dengan hiasan perayaan yang ceria.

• Persembahan Perayaan: Tarian Singa Tradisional dan Walkabout yang menyebarkan tuah  dan kemakmuran di seluruh pusat beli-belah.

• Bengkel Keluarga: Aktiviti seperti Pembuatan Gendang Rattle Cina, Kraf Kipas, dan Kraf  Kuda daripada pinggan kertas untuk seisi keluarga.

• Ganjaran Istimewa: 400 pembeli terawal yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit  akan menerima RM30 baucar Beli-belah Mesra Mall.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari::

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.