Showing posts with label Mesra Mall. Show all posts
Showing posts with label Mesra Mall. Show all posts

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN DEEPAVALI PENUH GEMILANG DI TIGA PUSAT MEMBELI-BELAH

Wednesday, 28 October 2026

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN DEEPAVALI PENUH GEMILANG DI TIGA PUSAT MEMBELI-BELAH | Persada Istana India, persembahan tradisional dan ganjaran istimewa untuk para pelanggan menyemarakkan sambutan perayaan Deepavali Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre Dan Mesra Mall

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2026 – Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang sempena Deepavali ini. Nantikan kemeriahan sambutan di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall yang menggabungkan dekorasi berinspirasikan istana dan seni tradisional India. Para pelanggan juga dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menawarkan ganjaran menarik. Sambutan ini bermula pada 23 Oktober 2026, bersempena dengan Deepavali pada Ahad, 8 November 2026.

Seiring Kuala Lumpur menyambut kedatangan para pengunjung dari seluruh dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sambutan ini turut memberikan peluang kepada para pelancong untuk mengalami tradisi dan adat rakyat Malaysia bersama-sama meraikan Deepavali.

SURIA KLCC: PERSADA ISTANA DIRAJA DI PUSAT BANDAR

Dari 23 Oktober hingga 11 November 2026, Centre Court Suria KLCC didekorasi menjadi sebuah Persada Istana India yang mempesonakan, diinspirasikan daripada seni bina tradisional istana diraja India, memberikan para pengunjung pengalaman seolah-olah melangkah masuk istana yang megah. Sepasang burung merak setinggi 10 kaki menghiasi pintu gerbang utama, manakala skrin LED bersama elemen air akan menarik perhatian dan menambahkan lagi kemegahan suasana.

Di tengah-tengah perkarangan ini tersergam sebuah pavilion yang menggabungkan motif seni bina tradisional dengan ukiran kekisi keemasan yang terperinci serta sentuhan sutera berwarna-warni. Menampilkan keagungan sebuah istana diraja, ruang ini menjadi latar yang sempurna untuk para pengunjung merakam detik-detik bermakna bersama keluarga dan insan tersayang.

Persada ini akan dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional pada 1, 7 dan 8 November 2026, yang akan menampilkan gerak tari berirama serta ekspresi penuh penghayatan sebagai tarikan utama.

Bagi pengalaman yang lebih interaktif, Bengkel Menghias Tart Kolam oleh Flaaah pada 31 Oktober serta 1, 8 dan 9 November 2026 mengajak para peserta menghias Tart Kastard Masala Chai edisi terhad Flaaah dengan corak berwarna-warni berinspirasikan kolam. Para peserta kemudiannya boleh berkunjung ke cawangan Flaaah untuk menikmati diskaun eksklusif sebanyak 20% bagi pembelian satu kotak penuh tart.

Sementara itu, Bengkel Gubahan Bunga Kertas Pleines Natures oleh Yves Rocher pada 31 Oktober serta 1, 7 dan 8 November 2026 mengajak para pengunjung menghasilkan gubahan bunga daripada kad kertas sendiri, sebelum melengkapkannya dengan semburan wangian terbaharu Yves Rocher daripada koleksi Pleines Natures – satu pengalaman yang menyeronokkan, interaktif dan penuh deria untuk mengenali rangkaian wangian jenama tersebut.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata: “Perayaan Deepavali di Malaysia mengetengahkan amalan rumah terbuka – pintu yang terbuka, hidangan tersedia di atas meja dan suasana yang mengalu-alukan. Itulah suasana yang ingin kami bawa ke pusat membeli-belah kami. Sebuah persada istana merupakan tempat para tetamu disambut, jadi kami membina suasana tersebut untuk para pelanggan dan pengunjung – sebuah ruang untuk menikmati persembahan tarian tradisional, menghias tart kolam atau mengambil foto keluarga, sebelum menikmati hidangan di salah satu daripada pelbagai restoran dan kafe kami atau pulang untuk meraikan Deepavali bersama keluarga. Sama ada anda bersama kami di Suria KLCC, Alamanda atau Mesra Mall, kami mahu setiap pengunjung berasa seperti tetamu kehormat.”

Ganjaran Deepavali:

Pelanggan yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, terhad kepada 300 penebusan pertama.

Pelanggan yang membeli e-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Voucher tambahan bernilai RM100, terhad kepada 20 pelanggan pertama.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE: SAMBUTAN PENUH WARNA-WARNI DI PUTRAJAYA

Bermula 23 Oktober sehingga 9 November 2026, Alamanda Shopping Centre akan dihiasi dengan kolam berwarna-warni yang diterangi oleh lampu tradisional serta dilengkapi gerbang perayaan. Ini mewujudkan suasana meriah untuk para pelanggan menghayati semangat Festival Cahaya.

Sepanjang kempen berlangsung, jualan Green Ribbon Pin akan terus menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC. Dengan dana setiap pin berharga RM10 disalurkan secara langsung kepada NGO kesihatan mental – satu sumbangan kecil yang mencerminkan semangat sebenar perayaan.

Ganjaran Deepavali:

Ganjaran Deepavali: Berbelanja RM500 dan ke atas dalam sehingga dua resit untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM30 dan dua batang lilin wangi.

Ganjaran Pembeli Berbelanja Tinggi: Berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam sehingga dua resit untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM80 dan sepasang lilin wangi.

MESRA MALL: SAMBUTAN ALA ISTANA DI PANTAI TIMUR

Mesra Mall di Kemasik, Terengganu akan meraikan Deepavali dari 1 hingga 10 November 2026, dengan kawasan kaunter Concierge dihiasi dalam suasana berinspirasikan Persada Istana India. Elemen elegan berunsurkan istana, motif tradisional, susunan bunga, warna-warna yang menceriakan serta cahaya hangat digabungkan untuk mewujudkan suasana yang mesra dan kaya dengan unsur budaya buat para pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada Program Ganjaran Pelanggan Mesra Mall, 100 pelanggan pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit boleh menebus Baucar Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30.

Untuk info lanjut dan terkini, layari:

MESRA RUN 2.0 CATAT PENYERTAAN DUA KALI GANDA KEPADA 2,000 PESERTA DALAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU | Program tiga hari di Mesra Mall menyatukan masyarakat pelbagai peringkat umur dan keupayaan demi gaya hidup aktif dan kesejahteraan mental, dengan 14 acara sukan lain diadakan bersama larian.

KEMAMAN, 12 Oktober 2026 – Mesra Mall telah berjaya menganjurkan Mesra Run 2.0 pada Sabtu, 10 Oktober, dengan menarik 2,000 peserta, iaitu dua kali ganda berbanding kira-kira 1,000 peserta pada edisi sulungnya tahun lalu. 

Dianjurkan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), larian ini merupakan acara kemuncak program tiga hari di Mesra Mall dari 8 hingga 10 Oktober. 

Larian ini dirasmikan oleh Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd yang mengurus Mesra Mall; Cik Aziam Muhammad, Pengurus Besar Mesra Mall; dan Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. 

Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Negeri Terengganu pula dirasmikan oleh Datuk Abdul Kahar Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu. Peserta terdiri daripada 1,455 orang dalam kategori 5KM Fun Run dan 545 orang dalam kategori 10KM, di samping Berjalan Ria Madani 3KM untuk keluarga. Edisi tahun lalu hanya menampilkan larian santai berjarak 5KM.

Memandangkan keadaan jerebu pada hari larian, laluan telah dipendekkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat kualiti udara yang kurang baik. Kategori 10KM dipendekkan kepada 5KM, tanpa sebarang perubahan kepada hadiah. 

“Syukurlah, perubahan ini tidak banyak menjejaskan semangat orang ramai yang memenuhi seluruh kawasan luar Mesra Mall,” kata Cik Aziam. 

Cik Aziam berkata, sambutan peserta, para penyokong dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu amat menggalakkan. “Mesra Run 2.0 turut menjadi kesinambungan kempen kesedaran kesihatan mental kami, yang menekankan kepentingan kesihatan fizikal sebagai salah satu faktor yang menyokong kesejahteraan mental,” katanya. 

Beliau menambah bahawa acara ini merupakan sebahagian daripada usaha Mesra Mall untuk meletakkan bangunan ini bukan sekadar sebagai destinasi membeli-belah, namun sebagai hab komuniti yang menyediakan ruang riadah dan rekreasi untuk keluarga. Selain larian, program yang berlangsung selama tiga hari ini menampilkan sukan rekreasi dan kompetitif serta e-sukan. 

“Tahun ini, 14 acara sukan lain seperti memanah dan badminton diadakan sebagai sebahagian daripada Mesra Run bagi menggalakkan lebih ramai orang menerapkan gaya hidup aktif,” kata Cik Aziam. 

Antara acara yang dianjurkan ialah perlumbaan pushbike untuk kanak-kanak berumur tiga hingga tujuh tahun, bola jaring, woodball, bola sepak, badminton, memanah, dart, catur, bidas, boling tenpin, latihan sukan dron, pertandingan mewarna kanak-kanak serta Karnival Sukan Inspire OKU Aktif untuk orang kurang upaya (OKU). 

Dalam ucapannya, Datuk Abdul Kahar berkata acara ini bertujuan menggalakkan rakyat negeri ini menjadikan sukan dan kecergasan sebahagian daripada kehidupan harian. “Kami mahu penyertaan dalam sukan terus meningkat dan gaya hidup aktif dapat dikekalkan pada setiap masa,” katanya. Bertemakan “Sukan dan Teknologi Kecerdasan Buatan”, HSN 2026 turut menekankan penyertaan awam yang lebih inklusif, merangkumi warga emas dan OKU. 

Selaras dengan semangat itu, Mesra Run mengalu-alukan kanak-kanak, warga emas dan OKU, dengan pertandingan untuk setiap peringkat umur serta pameran bagi meningkatkan kesedaran tentang sukan, kesihatan mental dan gaya hidup sihat seperti Terengganu FC, Rakan Muda, Klinik Pergigian Syarifah, TTMC Medical, Farm Fresh dan lain-lain.   

Francis Tan berkata: “Mesra Run merupakan sebahagian daripada agenda nasional, dan penganjurannya di Mesra Mall menyatukan masyarakat untuk membeli-belah, meluangkan masa bersama dan menjadi sebahagian daripada sambutan tiga hari ini, sekali gus menyumbang kepada ekonomi Terengganu secara keseluruhan. Kami memastikan setiap orang mempunyai tempat dalam acara ini, daripada kanak-kanak dan warga emas hingga OKU, kerana kami mahu menggalakkan tubuh badan yang sihat dan minda yang sihat untuk seluruh komuniti.” 

Mesra Mall merakamkan penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, para penaja dan rakan kongsi, serta komuniti atas sokongan mereka. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall.  

**************

Mengenai Mesra Mall 

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih daripada 310,000 kaki persegi, pusat belibelah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenali sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah, rekreasi dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun dan Kemaman. 

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, gelanggang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi yang boleh memuatkan lebih 800 tetamu, bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua. 

KARNIVAL VIKIDS KEMBALI MEMBAWAKAN PENGALAMAN RETRO-FUTURISTIK DAN BENGKEL KREATIF SEPANJANG CUTI SEKOLAH INI | Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman menyajikan memori percutian yang unik dan ceria untuk seisi keluarga. 

Putrajaya, 21 Mei 2026 – Alamanda Shopping Centre bakal membawakan semula Karnival VIKids  yang amat dinanti-nantikan bermula dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026. Melalui kempen selama 19  hari penuh pengembaraan ini yang diadakan sempena cuti pertengahan penggal sekolah, ia menjanjikan pengalaman interaktif yang bertenaga tinggi bagi memikat hati ahli-ahli VIKids serta keluarga masing-masing.


Sebagai sebuah pusat beli-belah yang berpaksikan komuniti, Alamanda kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat, mesra dengan tumpuan kepada aktiviti riang yang sihat serta penglibatan bermakna buat seluruh keluarga. Karnival tahunan ini berfungsi sebagai platform utama untuk menyatukan ibu bapa dan anak-anak, melalui tawaran pelbagai aktiviti bermanfaat yang menggalakkan interaksi aktif di samping membina memori indah bersama.

Tahun ini, ruang Centre Court akan diubah suai menjadi sebuah karnival retro-futuristik yang meriah, mengambil inspirasi daripada estetika zaman neon 1980-an yang penuh warna-warni. Para pengunjung bakal melangkah masuk ke lantai bercorak catur hitam putih yang klasik, dikelilingi hiasan lampu neon ikonik yang menggamit nostalgia seperti pita kaset, boombox, dan pohon kelapa. Karnival ini turut menampilkan 4 buah stesen yang menyediakan permainan pesta ria tradisional, zon arked yang menarik, serta bengkel seni & kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai 

Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, karnival ini akan menampilkan persembahan hujung minggu yang menyeronokkan. Para keluarga boleh menantikan tiga pertunjukan harian pada setiap hari Sabtu dan Ahad, yang menampilkan persembahan Tarian Neon yang bertenaga tinggi, Pertunjukan Silap Mata, serta aksi Badut Belon yang menghiburkan untuk mendekati dan menceriakan para penonton.

Di bawah Program Ganjaran Pembeli (Shoppers Rewards Programme), ahli VIKids sedia ada yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma. Bagi bukan ahli, mereka juga boleh menikmati keistimewaan eksklusif ini dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam maksimum dua resit. 

Setiap Pas Karnival akan memberikan akses percuma untuk permainan dan aktiviti terpilih, sekaligus memberikan pengalaman percutian yang menyeronokkan dan bermakna buat si kecil.

MESRA MALL MEMUPUK KREATIVITI MELALUI AKTIVITI BERTEMAKAN ALAT TULIS

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman pula menganjurkan edisi Karnival VIKids tersendiri dari 22 hingga 26 Mei 2026. Ia menawarkan pengalaman amali (hands-on) yang unik, direka khas untuk menarik kunjungan orang ramai dan memberi ganjaran kepada para keluarga sepanjang cuti sekolah ini. 

Bertemakan dunia alat tulis yang menarik, acara ini menampilkan ruang bergambar interaktif, lengkap dengan bingkai swafoto gergasi yang dihiasi indah dengan rekaan alat tulis. Bagi merangsang imaginasi kreatif kanak-kanak, pusat beli-belah ini akan mengadakan siri bengkel kraf DIY keperluan sekolah setiap hari dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang. Melalui bengkel ini, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh menghasilkan sendiri barangan sekolah termasuk Jadual Waktu Sekolah, Bekas Alat Tulis, Hiasan Pensel (Pencil Toppers), dan penanda buku. 

Program Ganjaran Pembeli di Mesra Mall memastikan bahawa pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai pakar melayakkan ahli VIKids menerima dua tiket masuk percuma ke bengkel kraf tersebut. Selain itu, pendaftaran ahli baharu VIKids dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit akan menerima dua tiket bengkel beserta Beg Hadiah Set Alat Tulis tambahan buat 300 ahli baharu yang pertama.

"Karnival VIKids dianjurkan khusus untuk memberikan nilai yang bermakna, pendidikan kreatif, serta kegembiraan tanpa had kepada komuniti kami sepanjang musim cuti sekolah ini," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd. "Sama ada melalui tenaga neon karnival Alamanda yang memukau dan penuh nostalgia, mahupun bengkel kreatif amali di Mesra Mall, fokus kami kekal untuk menyediakan pengalaman berteraskan keluarga yang luar biasa demi membina kenangan percutian yang abadi."

Untuk info lanjut, layari:

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

****************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda 

Pusat Beli-Belah Alamanda, yang dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, merangkumi keluasan lantai kasar setinggi 1,035,105 kaki persegi dengan keluasan sewa bersih sebanyak 842,000 kaki persegi. Menerima kunjungan kira-kira 12 juta pembeli setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan kemudahan dengan dua bangunan tempat letak kereta khas (3,000 petak), kemudahan untuk golongan kurang upaya, bilik ibu bapa, serta surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tahun Putrajaya, Alamanda membawakan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain daripada sektor peruncitan, Alamanda merupakan destinasi gaya hidup dinamik serta lokasi placemaking utama untuk bersosial dan beriadah. Pusat beli-belah ini berfungsi sebagai hab hiburan yang komprehensif, menampilkan Escape Putrajaya di Esplanade yang serbah baharu—sebuah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. yang menggabungkan aktiviti lasak yang mendebarkan dengan keindahan alam semula jadi.

Pengalaman hiburan ini dipertingkatkan lagi dengan pawagam TGV 10-dewan, U-Bowl X yang telah dinaik taraf dengan 26 lorong, serta penambahan kemudahan Karaoke, sekali gus memastikan pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur tiga tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.

Mengenai Mesra Mall 

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN KUDA DENGAN PERAYAAN WARISAN DAN KEMAKMURAN YANG ISTIMEWA

Friday, 23 January 2026

KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN KUDA DENGAN PERAYAAN WARISAN DAN  KEMAKMURAN YANG ISTIMEWA | Nikmati pengalaman perayaan yang imersif menampilkan Karusel Kuda Oriental tradisional, sentuhan seni budaya dan inisiatif komuniti yang bermakna.

Kuala Lumpur, 20 Januari 2026 – Suria KLCC menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama  menyambut Tahun Kuda dari 16 Januari hingga 18 Februari 2026, menerusi sebuah perayaan  yang menggabungkan tradisi, budaya dan pengalaman perayaan yang penuh makna. 

Sepanjang musim perayaan ini, para pengunjung dijemput untuk menikmati suasana kemeriahan  yang ceria di KLCC The Place, di mana sambutan Tahun Baru Cina dihidupkan melalui dekorasi  perayaan, tawaran bermusim, dan pengalaman membeli-belah yang menarik. Para pengunjung  dapat merasai perjalanan perayaan yang benar-benar holistik dengan detik-detik santai di Taman  KLCC serta di sekitar Presint KLCC, yang menempatkan pelbagai gabungan gaya hidup,  santapan, serta tarikan seni dan budaya.







Tarikan Utama di Suria KLCC

Centre Court Suria KLCC telah ditransformasikan menjadi sebuah pameran perayaan yang imersif  dengan Karusel Kuda Oriental sebagai tarikan utama yang melambangkan Tahun Kuda. Instalasi  ini dilatari pemandangan gunung-ganang dan pokok bunga sakura yang memukau. Para  pengunjung boleh meneroka elemen interaktif seperti ’Lotus Pond of Blessings’, yang mengajak  pengunjung untuk menyampaikan hajat demi kemakmuran dan tuah. 

Sebuah pavilion tradisional  Cina lengkap dengan jambatan turut melengkapkan suasana, menjadikannya latar yang indah untuk momen fotografi perayaan “Sebagai destinasi ikonik di kotaraya Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar sebuah pusat beli-belah; ia merupakan tempat terciptanya kenangan dan perkongsian pengalaman. Sempena Tahun Baharu Cina ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan sebuah perjalanan imersif  yang meraikan tenaga dan semangat Tahun Kuda, sambil menyatukan masyarakat melalui warisan dan kegembiraan bersama.

“Kami juga berbangga untuk meneruskan komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti  menerusi Inisiatif CSR, yang membolehkan para pembeli menyumbang secara bermakna kepada  kesedaran kesihatan mental sambil menghayati semangat perayaan,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Ganjaran Eksklusif dan Sorotan Perayaan

Suria KLCC memastikan musim perayaan yang lebih bermakna melalui Program Ganjaran Pembeli: 

• Ganjaran Pembeli: Belanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima  RM100 e-Baucar Beli-belah Suria KLCC serta satu set Angpau.

• Bonus e-Baucar: Pembelian RM1,000 e-Baucar melalui laman web akan menerima  tambahan RM100 e-Baucar.

Suasana perayaan turut dimeriahkan dengan Persembahan Tarian Singa Akrobatik setiap hari  Sabtu serta pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baharu Cina. Pengunjung juga boleh menyertai  Bengkel ‘Sugar Art’, Bengkel Cap Kaligrafi Cina, serta bergambar di Photobooth.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE: SUASANA PERAYAAN YANG HANGAT DAN MERIAH

Berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026 Alamanda Putrajaya menghidupkan suasana perayaan dengan melengkapkan Centre Court menjadi taman Oriental yang penuh warna tradisi perayan Tahun Baru Cina. Karusel Kuda Oriental menjadi tumpuan utama, dipadankan dengan pavilion Cina dan tanglung merah, serta dihiasi bunga sakura yang mencipta suasana tenang untuk seisi keluarga.

• Persembahan Tarian Singa: Persembahan tarian singa akrobatik dan tarian tradisional  Cina pada tarikh terpilih.

• Aktiviti Kanak-kanak: Program ViKids menampilkan Bengkel ’Sugar Painting’ untuk kanak-kanak mencuba seni rakyat tradisional.

• Ganjaran Belanja: Belanja RM600 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima RM30 e-Baucar, atau RM1,500 dan ke atas untuk RM80 e-Baucar.

• Sumbangan Bermakna: Sokong inisiatif kesihatan mental dengan membeli Pin Reben Hijau pada harga RM10, beserta buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.

MESRA MALL: KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI PANTAI TIMUR

Berlangsung dari 29 Januari hingga 18 Februari 2026 Mesra Mall membawa kemeriahan Tahun Baru Cina ke Pantai Timur juga dengan konsep Karusel  Kuda Oriental yang tradisional dan mesra keluarga, lengkap dengan hiasan perayaan yang ceria.

• Persembahan Perayaan: Tarian Singa Tradisional dan Walkabout yang menyebarkan tuah  dan kemakmuran di seluruh pusat beli-belah.

• Bengkel Keluarga: Aktiviti seperti Pembuatan Gendang Rattle Cina, Kraf Kipas, dan Kraf  Kuda daripada pinggan kertas untuk seisi keluarga.

• Ganjaran Istimewa: 400 pembeli terawal yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit  akan menerima RM30 baucar Beli-belah Mesra Mall.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari::

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

SURIA KLCC MEMPERSEMBAHKAN 'A MAJESTIC CHRISTMAS' | Musim Penuh Magis, Menampilkan Pokok Krismas Bertingkat serta ‘Festive Skating Rink’ Pertama di Malaysia Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

Kuala Lumpur, 25 November 2025 – Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik negara menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk melangkah ke naratif percutian yang indah dengan tema ‘A Majestic Krismas’. Sambutan ini berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, mengubah pusat beli-belah ini menjadi sebuah alam fantasi perayaan yang menggabungkan hiasan Krismas yang menawan dengan pengalaman interaktif yang mempesonakan.

Keindahan Centre Court

Pengalaman magis Krismas bermula di Centre Court yang telah dihias indah untuk sambutan perayaan Krismas. Tumpuan utama adalah pokok Krismas bertingkat yang megah, dihiasi rapi dengan lampu dan aksesori perayaan. Pembeli-belah dijemput untuk menerokai dunia magis berona putih emas ini, diiringi oleh latar belakang lampu interaktif dan alunan melodi ceria.

Di bahagian tengah struktur ini terletaknya Mirror Room, sebuah bilik mengasyikkan yang menampilkan panel pantulan lantas mencipta ilusi visual penuh kilauan, sesuai untuk foto menarik dimuatnaik di media sosial. Mirror Room turut diserikan dengan haruman elegan daripada Lancôme, penaja utama sambutan Krismas tahun ini.

Melengkapkan lagi keindahan Centre Court ialah Interactive Music Box. Para pengunjung boleh memilih lagu klasik percutian kegemaran mereka daripada enam pilihan lagu, mencetuskan melodi ceria dan gemerlapan lampu yang diselaraskan serentak dengan lagu yang dipilih. Pengalaman ini disempurnakan dengan Festive Photobooth yang menawarkan foto bercetak dan digital secara percuma.

Pengiktirafan Rekod: The First Outdoor Skating Rink in Malaysia

Suria KLCC dengan bangganya memperkenalkan pengalaman pertama yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records; The First Outdoor Skating Rink in Malaysia.

Festive Skating Experience yang eksklusif ini mengelilingi pokok Krismas setinggi 80-kaki yang menakjubkan, menawarkan detik yang tidak dapat dilupakan dengan latar belakang pemandangan ikonik Menara Berkembar PETRONAS. Gelanggang ini dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025.

Ganjaran Eksklusif dan Aktiviti Menarik

Suria KLCC menawarkan program ganjaran menarik dari 22 November 2025 – 4 Januari 2026:

• Tier 1 (Festive Skating Experience): Mereka yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu (1) resit akan menerima Pengalaman Festive Skating, eksklusif untuk 2 orang.

• Tier 2 (Christmas Rewards): Mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua (2) resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100 serta Pengalaman Festive Skating, ekslusif untuk 2 orang.

Program-program menarik yang bakal memeriahkan suasana perayaan dipertingkatkan lagi dengan Santa Claus Meet & Greet yang akan berlangsung pada 25 November, hari Sabtu terpilih (29 November, 6, 13, 20 Disember), dan 25 Disember. Program kedua ialah Christmas Carolling dengan suara lunak penyanyi karol bersama lagu-lagu Krismas mengasyikkan. Dijadualkan pada 25 November, hari Ahad terpilih (30 November, 7, 14, 21 Disember) dan 25 Disember 2025.

Suria KLCC juga menyediakan aktiviti untuk semua pengunjung di mana mereka boleh menyertai Christmas Wreath Workshops pada 29 November, 6 Disember, 13 Disember, 20 Disember dan 25 Disember 2025 serta merakam kenangan di Festive Photobooth secara percuma. Gambar berlatarkan pokok krismas dihiasi bebola dan hiasan Krismas yang diambil boleh dimuat turun secara digital dan juga fizikal. 

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah – ini adalah tempat di mana kenangan dicipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, tema ‘Majestic Krismas’ kami, yang diserlahkan oleh pokok Krismas yang menakjubkan dan First Outdoor Skating Rink in Malaysia, direka untuk memberikan pengalaman percutian bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan, yang membawa kegembiraan dan kebersamaan kepada semua pengunjung kami.”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Suria KLCC di laman rasmi dan akaun rasmi media sosial Suria KLCC www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA: PENGALAMAN KRISMAS YANG MAGIS

Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya menyambut keajaiban Krismas dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026. Centre Court Alamanda akan menampilkan hiasan perayaan yang indah dan megah, berpusatkan pokok Krismas bertingkat, di samping gerbang berlampu serta perhiasan bebola bercahaya di seluruh pusat beli-belah, mewujudkan suasana yang benar-benar mempesona.

Alamanda akan menganjurkan siri program percutian yang menghiburkan:

• Persembahan Perayaan: Hujung minggu akan menampilkan persembahan tarian Krismas, balet kanak-kanak dan pertunjukan silap mata.

• Santa’s Visit: Pada Hari Krismas (25 Disember), Santa akan menggembirakan kanak- kanak dengan menyambut keluarga dan mengagihkan gula-gula.

• Bengkel Kreatif: Kanak-kanak yang mendaftar dalam program VIKids boleh menikmati sesi kraf dan seni percutian khusus, seperti menghias donat.

Pembeli-belah juga akan diberi ganjaran:

• Ganjaran Tier 1: Pembeli-belah yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM30.

• Ganjaran Tier 2 (High Spenders): Pembelanja tinggi yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menikmati Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM80.

• Inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental: Selaras dengan inisiatif kesihatan mental Suria KLCC Group, Alamanda akan menjalankan jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10 setiap satu sepanjang kempen, dan semua hasil akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Alamanda Shopping Centre Mall, sila layari - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

MESRA MALL: KEMERIAHAN BERCUTI DAN KARNIVAL VIKIDS

Di Mesra Mall di Kemaman, Terengganu, sambutan Krismas akan diadakan dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025. Centre Court Mesra Mall akan menampilkan hiasan perayaan dengan keindahan pokok Krismas yang didekorasi karusel kuda.

Sepanjang kempen perayaan Krismas, Mesra Mall akan menganjurkan aktiviti yang menarik untuk para pengunjung:

• Aktiviti Perayaan: Pembeli-belah boleh menyertai dua bengkel: Creative Succulent Workshop dan Snowflakes Workshop.

• Karnival VIKids: Sambutan diteruskan dengan Karnival VIKids yang meriah, berlangsung dari 25 hingga 29 Disember, di mana kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam permainan bertema dan menebus hadiah.

Sorotan Program Ganjaran Pembeli-Belah di Mesra Mall:

• 500 pembeli-belah pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam maksimum dua resit boleh menebus 2-Tiered Dessert Display Rack eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Mesra Mall, sila layari  - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall