Showing posts with label Alamanda Shopping Centre. Show all posts
Showing posts with label Alamanda Shopping Centre. Show all posts

ALAMANDA DAN MESRA MALL SEMARAKKAN DEMAM PIALA DUNIA DENGAN  PENGALAMAN BOLA SEPAK IMERSIF DAN GANJARAN HEBAT BUAT PENGUNJUNG | Alamanda Shopping Centre membawakan cabaran keluarga interaktif dan aktiviti VIKids, manakala Mesra Mall kembalikan kempen 'The Golden Ticket’.

PUTRAJAYA, 7 Julai 2026 – Alamanda Shopping Centre telah melancarkan kempen Bola Bola Alamanda yang amat dinanti-nantikan secara rasmi, bermula dari 3 hingga 19 Julai 2026. Melalui  pelancaran yang bertepatan dengan kehangatan Piala Dunia di peringkat global, kempen penuh  bertenaga selama 17 hari ini membawakan suasana stadium yang gah secara terus kepada  komuniti di Putrajaya.

Sebagai destinasi yang berpaksikan komuniti, kedua-dua pusat beli-belah ini kekal komited dalam  menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra dengan tumpuan kepada aktiviti sihat serta  penglibatan bermakna buat seisi keluarga. 

Kempen tahunan ini berfungsi sebagai platform utama  untuk menyatukan ibu bapa, anak-anak, dan peminat bola sepak menerusi aktiviti-aktiviti sihat yang  mendorong interaksi aktif dan membina kenangan percutian yang berkekalan. Centre Court Alamanda telah ditransformasi menjadi sebuah arena bertemakan bola sepak yang  meriah, direka khas untuk menggabungkan elemen sukan, hiburan, dan ganjaran yang menarik. 

Para pengunjung boleh menerokai ruang kreatif yang menampilkan pengalaman interaktif fizikal  dan digital, termasuklah PUMA Dribble Challenge, E-Football Arena, Shoot! Goal!, dan Bench  Battle. Selain itu, ruang stan 360° Celebration Cam yang interaktif membolehkan para  pengunjung merakam aksi sambutan gol terbaik mereka dalam bentuk video slow-motion yang  dinamik.

Bagi menyemarakkan lagi suasana kekeluargaan yang meriah, kempen ini memberi penekanan  kepada aspek mesra keluarga, terutamanya menerusi aktiviti bola sepak mini VIKids yang dikhususkan. Pengisian istimewa ini meletakkan Alamanda sebagai premis utama di mana seisi  keluarga boleh menikmati musim bola sepak bersama-sama.

Menerusi Alamanda’s Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja minimum  RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima satu (1) Pas "Bola Bola  Experience". Bagi pengunjung yang berbelanja lebih tinggi, iaitu pembelian minimum sebanyak  RM500 merentasi maksimum dua resit, mereka akan menerima dua (2) Pas "Bola Bola Experience",  kelayakan menyertai Peraduan "Teka Bola Bola" untuk memenangi e-baucar, serta peluang  memutar mesin Gashapon khas untuk membawa pulang jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.

MESRA MALL MENYEMARAKKAN KEHANGATAN BOLA SEPAK DENGAN 'THE GOLDEN  TICKET'

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menganjurkan edisi sambutan bola sepaknya yang  tersendiri menerusi kempen utamanya, The Golden Ticket, di Centre Court dari 4 hingga 19 Julai  2026. Kempen selama 16 hari ini kembali dengan konsep Piala Dunia yang serbaharu dan  mengujakan untuk merangsang kunjungan orang ramai serta menawarkan hiburan interaktif  kepada keluarga.

Berpusatkan konsep Piala Dunia, Centre Court Mesra Mall menampilkan 40 Kotak Misteri (Mystery  Boxes) yang dihiasi dengan reka bentuk bendera negara Piala Dunia sebagai gimik penebusan  harian. Para pengunjung juga boleh menantikan kolaborasi menarik dengan Al-Ikhsan untuk  cabaran Penalty Shootout Challenge yang berlangsung pada 10–11 dan 17–18 Julai 2026. Terbuka  kepada semua pengunjung dan terhad kepada 100 peserta setiap hari, setiap pemain akan  diberikan tiga kali percubaan sepakan penalti pada gol mudah alih. Peserta yang berjaya  menjaringkan gol dalam tempoh tiga percubaan tersebut akan membawa pulang Baucar Beli-belah Al-Ikhsan bernilai RM10.

Mesra Mall's Shoppers Rewards Programme memastikan pengunjung yang berbelanja RM300 ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih, layak untuk menyertai penebusan ini. Dengan mendaftar di Concierge Counter, pengunjung boleh memilih kotak misteri untuk menentukan kategori hadiah mereka secara serta-merta. Kempen ini menawarkan hadiah harian sebanyak 40 unit terdiri daripada Tiket Biru (baucar RM30), Tiket Perak (baucar RM500), atau Tiket Emas (Golden Ticket) utama yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Beli-belah Mesra Mall.

"Kempen kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman yang bermakna, kreatif, serta kegembiraan tanpa sempadan kepada komuniti kami sepanjang musim bola sepak yang meriah ini," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd. "Sama ada melalui  cabaran sukan yang aktif dan elemen VIKids yang berpaksikan keluarga di Alamanda, mahupun cabaran cabutan misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus kami kekal pada penyediaan pengalaman berorientasikan keluarga untuk para pengunjung kami."

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari:

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

*************************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda 

Pusat Beli-Belah Alamanda, yang dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, merangkumi keluasan lantai kasar setinggi 1,035,105 kaki persegi dengan keluasan sewa bersih sebanyak 842,000 kaki persegi. Menerima kunjungan kira-kira 12 juta pembeli setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan kemudahan dengan dua bangunan tempat letak kereta khas (3,000 petak), kemudahan untuk golongan kurang upaya, bilik ibu bapa, serta surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tahun Putrajaya, Alamanda membawakan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain daripada sektor peruncitan, Alamanda merupakan destinasi gaya hidup dinamik serta lokasi placemaking utama untuk bersosial dan beriadah. Pusat beli-belah ini berfungsi sebagai hab hiburan yang komprehensif, menampilkan Escape Putrajaya di Esplanade yang serba baharu—sebuah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. yang menggabungkan aktiviti lasak yang mendebarkan dengan keindahan alam semula jadi.

Pengalaman hiburan ini dipertingkatkan lagi dengan pawagam TGV 10-dewan, U-Bowl X yang telah dinaik taraf dengan 26 lorong, serta penambahan kemudahan Karaoke, sekali gus memastikan pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur tiga tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.

Mengenai Mesra Mall 

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

KARNIVAL VIKIDS KEMBALI MEMBAWAKAN PENGALAMAN RETRO-FUTURISTIK DAN BENGKEL KREATIF SEPANJANG CUTI SEKOLAH INI | Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman menyajikan memori percutian yang unik dan ceria untuk seisi keluarga. 

Putrajaya, 21 Mei 2026 – Alamanda Shopping Centre bakal membawakan semula Karnival VIKids  yang amat dinanti-nantikan bermula dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026. Melalui kempen selama 19  hari penuh pengembaraan ini yang diadakan sempena cuti pertengahan penggal sekolah, ia menjanjikan pengalaman interaktif yang bertenaga tinggi bagi memikat hati ahli-ahli VIKids serta keluarga masing-masing.


Sebagai sebuah pusat beli-belah yang berpaksikan komuniti, Alamanda kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat, mesra dengan tumpuan kepada aktiviti riang yang sihat serta penglibatan bermakna buat seluruh keluarga. Karnival tahunan ini berfungsi sebagai platform utama untuk menyatukan ibu bapa dan anak-anak, melalui tawaran pelbagai aktiviti bermanfaat yang menggalakkan interaksi aktif di samping membina memori indah bersama.

Tahun ini, ruang Centre Court akan diubah suai menjadi sebuah karnival retro-futuristik yang meriah, mengambil inspirasi daripada estetika zaman neon 1980-an yang penuh warna-warni. Para pengunjung bakal melangkah masuk ke lantai bercorak catur hitam putih yang klasik, dikelilingi hiasan lampu neon ikonik yang menggamit nostalgia seperti pita kaset, boombox, dan pohon kelapa. Karnival ini turut menampilkan 4 buah stesen yang menyediakan permainan pesta ria tradisional, zon arked yang menarik, serta bengkel seni & kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai 

Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, karnival ini akan menampilkan persembahan hujung minggu yang menyeronokkan. Para keluarga boleh menantikan tiga pertunjukan harian pada setiap hari Sabtu dan Ahad, yang menampilkan persembahan Tarian Neon yang bertenaga tinggi, Pertunjukan Silap Mata, serta aksi Badut Belon yang menghiburkan untuk mendekati dan menceriakan para penonton.

Di bawah Program Ganjaran Pembeli (Shoppers Rewards Programme), ahli VIKids sedia ada yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma. Bagi bukan ahli, mereka juga boleh menikmati keistimewaan eksklusif ini dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam maksimum dua resit. 

Setiap Pas Karnival akan memberikan akses percuma untuk permainan dan aktiviti terpilih, sekaligus memberikan pengalaman percutian yang menyeronokkan dan bermakna buat si kecil.

MESRA MALL MEMUPUK KREATIVITI MELALUI AKTIVITI BERTEMAKAN ALAT TULIS

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman pula menganjurkan edisi Karnival VIKids tersendiri dari 22 hingga 26 Mei 2026. Ia menawarkan pengalaman amali (hands-on) yang unik, direka khas untuk menarik kunjungan orang ramai dan memberi ganjaran kepada para keluarga sepanjang cuti sekolah ini. 

Bertemakan dunia alat tulis yang menarik, acara ini menampilkan ruang bergambar interaktif, lengkap dengan bingkai swafoto gergasi yang dihiasi indah dengan rekaan alat tulis. Bagi merangsang imaginasi kreatif kanak-kanak, pusat beli-belah ini akan mengadakan siri bengkel kraf DIY keperluan sekolah setiap hari dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang. Melalui bengkel ini, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh menghasilkan sendiri barangan sekolah termasuk Jadual Waktu Sekolah, Bekas Alat Tulis, Hiasan Pensel (Pencil Toppers), dan penanda buku. 

Program Ganjaran Pembeli di Mesra Mall memastikan bahawa pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai pakar melayakkan ahli VIKids menerima dua tiket masuk percuma ke bengkel kraf tersebut. Selain itu, pendaftaran ahli baharu VIKids dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit akan menerima dua tiket bengkel beserta Beg Hadiah Set Alat Tulis tambahan buat 300 ahli baharu yang pertama.

"Karnival VIKids dianjurkan khusus untuk memberikan nilai yang bermakna, pendidikan kreatif, serta kegembiraan tanpa had kepada komuniti kami sepanjang musim cuti sekolah ini," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd. "Sama ada melalui tenaga neon karnival Alamanda yang memukau dan penuh nostalgia, mahupun bengkel kreatif amali di Mesra Mall, fokus kami kekal untuk menyediakan pengalaman berteraskan keluarga yang luar biasa demi membina kenangan percutian yang abadi."

Untuk info lanjut, layari:

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

****************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda 

Pusat Beli-Belah Alamanda, yang dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, merangkumi keluasan lantai kasar setinggi 1,035,105 kaki persegi dengan keluasan sewa bersih sebanyak 842,000 kaki persegi. Menerima kunjungan kira-kira 12 juta pembeli setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan kemudahan dengan dua bangunan tempat letak kereta khas (3,000 petak), kemudahan untuk golongan kurang upaya, bilik ibu bapa, serta surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tahun Putrajaya, Alamanda membawakan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain daripada sektor peruncitan, Alamanda merupakan destinasi gaya hidup dinamik serta lokasi placemaking utama untuk bersosial dan beriadah. Pusat beli-belah ini berfungsi sebagai hab hiburan yang komprehensif, menampilkan Escape Putrajaya di Esplanade yang serbah baharu—sebuah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. yang menggabungkan aktiviti lasak yang mendebarkan dengan keindahan alam semula jadi.

Pengalaman hiburan ini dipertingkatkan lagi dengan pawagam TGV 10-dewan, U-Bowl X yang telah dinaik taraf dengan 26 lorong, serta penambahan kemudahan Karaoke, sekali gus memastikan pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur tiga tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.

Mengenai Mesra Mall 

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE CERIAKAN KANAK-KANAK PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAL RUKAIYAH

Tuesday, 10 March 2026

ALAMANDA SHOPPING CENTRE CERIAKAN KANAK-KANAK PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAL RUKAIYAH DENGAN PENGALAMAN MEMBELI-BELAH RAYA DAN MAJLIS BUKA PUASA YANG MENYENTUH HATI

PUTRAJAYA, 5 Mac 2026 – Sempena bulan suci Ramadan, Alamanda Shopping Centre  telah meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah dengan aktiviti membeli-belah persiapan raya dan mengeratkan hubungan komuniti. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Alamanda terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), bagi memastikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang menjadi pengalaman yang menggembirakan buat kanak-kanak kurang bernasib baik.





Sesi petang bermula dengan pengalaman membeli-belah “Baju Raya” secara peribadi di Gene Martino, di mana kanak-kanak tersebut memilih sendiri pakaian perayaan mereka. Menambah keriangan, Bata turut menaja sepasang kasut baharu buat setiap kanak-kanak bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk sambutan yang akan datang.

Selain membeli-belah, kanak-kanak tersebut turut mencuba aktiviti kraf tradisional Malaysia melalui bengkel anyaman Ketupat dan Mini Wau Bulan. Pengalaman amali ini memberi peluang kepada mereka untuk mengenali warisan budaya sambil menghayati semangat perayaan musim ini.

Bagi mengukir lebih banyak senyuman, Alamanda Shopping Centre menyampaikan sumbangan duit raya kepada setiap kanak-kanak untuk dibawa pulang. Dalam satu sokongan yang murni, Browniemunch turut menyumbang kepada kemeriahan ini dengan menghadiahkan biskut dan brownies yang lazat, berserta duit raya tambahan untuk menceriakan lagi cuti perayaan mereka.

“Hari Raya menjadi paling bermakna apabila kita berkongsi kegembiraan bersama orang lain,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Melihat wajah kegembiraan kanak-kanak ini semasa memilih Baju Raya dan kasut mereka mengingatkan kita tentang erti sebenar musim ini. Di Alamanda, kami bukan sekadar tempat untuk membeli-belah; kami ingin menjadi tempat di mana kenangan dicipta dan komuniti merasa dihargai”.

Majlis diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Chakri Village, di mana kanak-kanak tersebut menjamu selera bersama rakan media dan pihak pengurusan Alamanda. 

Keindahan Perayaan di Alamanda 

Sambutan ini merupakan nadi kepada kempen Hari Raya Alamanda 2026 yang menghidupkan suasana perayaan sepanjang musim. Tahun ini, ruang Centre Court telah diubah suai menjadi "Bougainvillea Garden" yang dihiasi dengan bunga-bungaan yang mekar dan sentuhan tradisional. Ia merupakan ruang yang tenang dan indah bagi keluarga berkumpul, berkongsi detik istimewa, dan merakam kenangan Raya bersama.

Para pelanggan juga boleh menyertai kemeriahan ini dengan tawaran ganjaran berikut:

• Pelanggan yang berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima sebuah kelalang bunga eksklusif dan satu set paket Raya.

• Mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima e-Voucher Membeli-belah Alamanda bernilai RM50, selain kelalang bunga eksklusif dan paket Raya.

Selain itu, Alamanda terus menyokong perjuangan sosial dengan meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui penjualan ‘Green Ribbon Pin’ yang tersedia sepanjang tempoh kempen.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari www.alamanda.com.my atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre.

KUMPULAN SURIA KLCC MENYELAMI KEINDAHAN WARISAN DAN SENI PADA HARI RAYA INI

Thursday, 5 March 2026

KUMPULAN SURIA KLCC MENYELAMI KEINDAHAN WARISAN DAN SENI PADA HARI RAYA INI | Sambutan budaya Malaysia yang menampilkan filem jenama "Penjaga Warisan", hasil kraf eksklusif oleh Sofia Iman, serta pengalaman taman bougainvillea yang mengasyikkan

Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 – Suria KLCC, destinasi beli-belah pengalaman ikonik Malaysia,  menjemput para pengunjung untuk menghargai kepelbagaian budaya negara sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Bermula dari 27 Februari sehingga 5 April 2026, Kumpulan Suria KLCC akan  menganjurkan kempen bermakna yang didedikasikan untuk mempromosikan tradisi, warisan, dan semangat kebersamaan.


Sambutan ini melangkaui ruang dalaman pusat beli-belah ke seluruh Presint KLCC, di mana suasana perayaan dihidupkan melalui kembara penemuan yang holistik. Selain daripada pengalaman yang dikurasi di dalam bangunan, para pengunjung dapat menikmati gabungan harmoni antara warisan dan riadah moden; bermula daripada tawaran bermusim dan  pengalaman runcit di dalam pusat beli-belah, sehinggalah ke detik-detik ketenangan di Taman KLCC. Ini sekaligus mewujudkan sebuah destinasi dinamik di mana gaya hidup, kulinari, dan budaya bersatu di KLCC The Place.

Pengalaman Warisan di Suria KLCC

Aras Centre Court dan Esplanade KLCC telah ditransformasikan menjadi taman bougainvillea yang indah, berpusatkan struktur wakaf Melayu tradisional yang menjadi fokus utama visi perayaan Suria KLCC. Melalui kolaborasi sinergi bersama Sofia Iman, Suria KLCC mengangkat kehalusan seni Malaysia sebagai tonggak utama pengalaman ini


Menghiasi ruang perayaan ini adalah sebuah mahakarya seni: 1,710 meter kain batik cap tangan yang dihasilkan oleh Sofia Iman khusus untuk hiasan ini. Instalasi fabrik yang gah ini merangkumi wakaf tradisional dan hanging hoist di dalam pusat beli-belah sehingga ke struktur edifices yang megah di Esplanade KLCC—menyuntik jiwa tradisi ke setiap sudut sambutan.


Salah satu pondok wakaf berfungsi sebagai ruang kraf khusus yang menempatkan Demonstrasi Tenunan Songket Khas. Pengunjung dapat menyaksikan proses yang rumit ini secara dekat, yang dibawakan oleh penenun mahir dari Terengganu—seorang artisan warisan yang dibawakan khas ke ibu kota oleh Sofia Iman. Ruang ini turut menampilkan pergerakan ritma alat tenun tradisional, atau 'Kek', yang memberikan gambaran tentang ketekunan manusia dalam menghasilkan karya tenunan agung.


Kembara Warisan Kurasi Sofia Iman

Sambutan di Suria KLCC direka sebagai sebuah perjalanan bersama dalam menyelami budaya Malaysia. Sebagai sumbangan bermakna dalam kempen tahun ini, Sofia Iman telah mengurasi secara eksklusif rangkaian sentuhan warisan untuk menghubungkan pengunjung dengan jiwa bangsa:

Permainan Nostalgia: Pengunjung boleh mengimbau kembali kegembiraan warisan melalui permainan tradisional harian termasuk Congkak dan Batu Seremban yang dibawakan secara eksklusif oleh Sofia Iman.


Persembahan Ikonik: Suasana perayaan dimeriahkan lagi dengan tenaga daripada persembahan Gamelan secara langsung, yang juga merupakan acara warisan utama sumbangan Sofia Iman.



Pengalaman ini turut disertai dengan latar belakang foto (photobooth) yang dikurasi untuk kenangan keluarga, tarian Zapin, serta bengkel interaktif seperti Mencanting Batik, Gubahan Bunga Raya, dan sesi Padanan Wangian oleh The Body Shop.




Penghormatan kepada Tradisi: "Penjaga Warisan"

Tumpuan utama sambutan tahun ini adalah filem jenama perayaan, "Penjaga Warisan", yang dihasilkan dengan kerjasama Sofia Iman. Dirakam melalui lensa dokumentari, ia memaparkan ketegangan antara kepesatan bandar raya dan ketenangan tradisi di Terengganu. Setiap elemen filem ini dihasilkan sepenuhnya oleh tangan manusia—daripada gubahan muzik sehingga baitbait puisi—sebagai simbol penghargaan terhadap keaslian di dunia digital yang serba pantas.
 

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata: "Pada Hari Raya ini, 
melalui kolaborasi signifikan bersama Sofia Iman dan naratif 'Penjaga Warisan', kami bukan sekadar mempamerkan warisan—malah kami sedang memeliharanya. Sempena sambutan Visit Malaysia 2026, kami bangga memainkan peranan dalam mempamerkan jiwa budaya Malaysia kepada dunia, memposisikan Presint KLCC sebagai titik sentuh utama bagi pelancong antarabangsa merasai keaslian warisan kami”.


Puan Faralina Binti Abdul Wahab, Pengasas Sofia Iman, berkongsi: "Apa yang kami pamerkan hari ini adalah kemuncak dedikasi selama bertahun-tahun dalam mengekalkan akar budaya. Kehadiran Sofia Iman di Suria KLCC membuktikan bahawa pelanggan menginginkan interpretasi moden songket dan batik yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian. Ini adalah peluang untuk mempersembahkan kisah kami dan menghargai artisan tempatan".

Ganjaran Perayaan:

• Pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan satu set sampul Raya eksklusif.

• Pengunjung yang membeli E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima E-Voucher tambahan bernilai RM100.

PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA: BOULEVARD PERAYAAN TRADISI DAN SEMANGAT 
KOMUNITI (27 Februari 2026 hingga 5 April 2026)


Alamanda membawakan semangat Hari Raya melalui Taman Bougainvillea yang mempesonakan, berpusatkan sebuah wakaf Melayu tradisional. Wakaf ini menampilkan seni bina warisan dengan gerbang kayu klasik dan bumbung berlapis yang diinspirasikan oleh reka bentuk Melayu, membawa pengunjung kembali ke suasana kampung yang nostalgia.


Suasana santuari flora ini dapat dirasai di seluruh Centre Court, di mana pengunjung boleh bersiar-siar melalui terowong bunga bougainvillea yang mekar. Menjelang malam, taman ini disinari cahaya keemasan daripada pelita tradisional dan lampu hiasan yang membangkitkan kehangatan suasana pulang ke desa.


• Persembahan & Aktiviti: Pada hujung minggu, pusat beli-belah ini akan dimeriahkan dengan tarian tradisional Melayu, Angklung, dan Kuda Kepang.

• VIKids Club: Ahli kelab boleh menyertai bengkel kraf tangan seperti pembuatan Wau Bulan mini.
 
• Tanggungjawab Sosial: Alamanda akan meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah melalui sesi membeli-belah 'Baju Raya', penyampaian 'Duit Raya', dan majlis berbuka puasa yang bermakna.


Ganjaran Perayaan:

• Perbelanjaan RM700 dalam dua resit akan menerima kelalang (flask) bunga eksklusif dan satu set sampul Raya.


• Perbelanjaan RM1,500 ke atas akan menerima E-Voucher Membeli-belah Alamanda bernilai RM50 tambahan kepada kelalang bunga dan sampul Raya.

MESRA MALL: MERAIKAN WARISAN DAN KEBERSAMAAN DI PANTAI TIMUR (25 Februari hingga 31 Mac 2026)

Terletak di tengah-tengah Terengganu, Mesra Mall meraikan musim ini dengan mengangkat seni kraf Pantai Timur. Melalui kolaborasi bersama jenama warisan tempatan, dekorasi utama mall ini menampilkan struktur tradisional Melayu yang dihiasi dengan batik lukis tangan oleh Noor Arfa serta songket eksklusif daripada Kompleks Songket Penjara Marang.

Pengunjung juga boleh merasai sendiri "jiwa kraf" ini melalui bengkel Mencanting Batik dan Tenunan Songket secara langsung, memberikan peluang kepada pembeli untuk mengenali teknik rumit yang membentuk identiti budaya Terengganu.

Ganjaran Perayaan:

• Pengunjung yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit akan menerima Voucher Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30 dan satu set sampul Raya eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall