Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 – Filem Papa Zola The Movie terus membuktikan kehebatan karya tempatan apabila berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM59.8 untuk kutipan di Malaysia sahaja, dan kutipan keseluruhan sebanyak RM60 juta untuk di Malaysia dan Brunei.
Untuk tahun lalu, dua filem animasi telah ditayangkan dan menyaksikan total kutipan untuk sebanyak RM118.2 juta - Papa Zola The Movie raih kutipan RM59.8 juta dan Ejen Ali The Movie 2, RM 58.5 juta. Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja mencerminkan sokongan padu penonton tempatan, malah menjadi simbol kebangkitan animasi Malaysia sebagai penggerak penting dalam industri filem tempatan.
Dari tayangan hari pertama, Papa Zola The Movie konsisten menarik penonton pelbagai lapisan usia dengan penceritaan yang dekat di hati, elemen kekeluargaan yang kuat serta humor yang menghiburkan.
Lebih membanggakan, Papa Zola The Movie bukan sekadar sebuah hiburan, tetapi turut membawa nilai murni, mesej kekeluargaan dan identiti tempatan yang relevan dengan masyarakat Malaysia. Gabungan penceritaan yang tulus dan produksi berkualiti tinggi menjadi faktor utama kejayaan filem ini di pawagam.
Pencapaian RM60 juta ini dilihat sebagai pemangkin inspirasi kepada penggiat kreatif untuk terus menghasilkan karya berani, segar dan berdaya saing di peringkat lebih luas.
Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency). Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung Indonesia bermula 23 Januari 2026. Filem ini juga akan muncul di layar perak di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.
.png)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.