Satu klip tular daripada Doa Yang Terlindung nyata mencuri perhatian ramai apabila merekodkan lebih sejuta tontonan di media sosial. Babak tersebut memaparkan watak Anisah lakonan Sharifah Rose ditepuk dari belakang sebelum diselubungi asap putih, menyebabkan dirinya hilang kawalan dan pening. Detik ini bukan sekadar mengejutkan, malah memberi bayangan jelas bahawa Anisah sedang berada dalam bahaya yang membawa kepada tragedi lebih gelap.
Perkara yang benar-benar membuatkan penonton tersentak adalah betapa dekatnya adegan ini dengan realiti kehidupan sebenar. Tanpa dialog berlebihan atau visual dramatik melampau, babak tersebut sudah cukup mencetuskan rasa cemas, menggambarkan bagaimana seseorang boleh terperangkap dalam situasi berbahaya hanya dalam beberapa saat, tanpa sempat menyedarinya.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen mula berkongsi pengalaman peribadi dan kisah ahli keluarga yang pernah hampir menjadi mangsa. Antaranya,
“Ye… bagus juga TV3 buat drama ada scene pukau-pukau macam ni. Adik lelaki saya dulu masa belajar di KL, sorang-sorang di stesen bas, kena pukau macam ni.”
“2014, hampir kena. Lelaki tu ajak borak-borak, tapi saya tak pandang muka dan tak layan. Terus dicop sombong dan berlalu pergi. Memang kita ni tak mudah nak borak lebih-lebih dengan orang tak dikenali.”
Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengingatkan soal keselamatan diri, khususnya buat wanita, agar sentiasa berwaspada kerana ancaman boleh datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka; kadang-kadang hanya melalui satu sentuhan atau sapaan ringkas.
Lebih daripada sekadar tontonan, drama ini tampil sebagai peringatan halus tentang pentingnya menjaga keselamatan diri. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Doa Yang Terlindung setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.