Movie Review | Confidential Assignment (2017)

Sunday, 4 January 2026


Pengarah: Kim Sung-hoon
Penulis Skrip: Yoon Hyun-ho  
Pelakon: Hyun Bin, Yoo Hae-jin, Kim Joo-hyuk, Jang Young-nam, Im Yoon-ah, Jeon Kuk-hwan, Park Min-ha, Lee Yi-kyung
Syarikat Produksi: JK Film   
Pengedar: CJ Entertainment
Genre: Aksi / Komedi 
Durasi Tayangan: 125 minit
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2017  
Trailer:


Im Cheol-ryung (Hyun Bin), seorang tentera khas sedang merisik kegiatan gudang yang menghasilkan duit haram menggunakan master plates. Usahanya dikhianati oleh pegawai senior, Cha Ki-seong (Kim Joo-hyuk) yang mencuri kesemua plat tersebut dan bunuh semua pegawai khas termasuklah isteri Cheol-ryung iaitu Hwa-ryung (Shin Hyun-bin). Cheol-ryung pula cedera parah dalam misi tersebut. 

Dia kemudiannya ditugaskan ke Korea Selatan untuk bawa pulang kesemua plat duit kerana Cha Ki-seong akan menjual dengan harga yang tinggi di sana. Pegawai atasan minta Cheol-ryung selesaikan misi dengan cepat supaya Korea Selatan tidak tahu tentang penggubahan wang haram. Dia diberi masa hanya 3 hari untuk menjejaki Cha Ki-seong dan pulang semula ke Korea Utara bersama plat tersebut.


Pegawai National Intelligence Service (NIS) (Park Hyung-soo) mendapat intel tentang Chang Ki-seong melarikan diri setelah memberontak dan arahkan Detektif Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin) untuk menjaga Cheol-ryung sepanjang di Seoul kerana tidak mahu mencetuskan sebarang konflik di antara Korea Selatan dan juga Korea Utara. 

Detektif Kang tidak mengesyaki apa-apa ketika mendapat tugasan tersebut walaupun dia dipilih selepas digantung kerja. Kerana upah yang lumayan dia bersetuju untuk menjaga Cheol-ryung selama 3 hari tersebut namun satu persatu rahsia tentang misi tersebut mula terbongkar dan membahayakan keselamatan diri dia dan keluarga. 


Naskhah aksi komedi Confidential Assignment arahan Kim sung-hoon menggunakan konflik dua negara sebagai idea utama di mana Cheol-ryung sebagai pegawai khas dari Korea Utara yang kacak, sasa dan pandai bertarung walaupun cuma menggunakan tisu tandas sementara Detektif Kang Jin-tae dari Korea Selatan lebih selesa dengan pendekatan diplomatik. 

Walaupun Cheol-ryung menekan, dia tetap kekal tenang dan sentiasa berjenaka, sesuai lah dengan karakter dia yang berusia dan menjaga tiga orang perempuan di rumah. Makin menghiburkan bila Cheol-ryung pulang ke rumah Jin-tae dan bertemu dengan Park Min-young (Im Yoon-ah), adik ipar Jin-tae yang masih lagi belajar di universiti tapi tinggal bersama mereka. 


Bila tengok lakonan Yoona dalam Confidential Assignment, nampak dia selesa dan bersahaja dalam watak yang kelakar. I tengok filem Exit (2019) dulu baru filem Confidential Assignment padahal ada gap 2 tahun antara dua filem ni dan Exit adalah filem komedi kedua Yoona. Rupanya dalam filem ni dia dah improve banyak dah. 


Menjadi betul watak dia sebagai adik Park So-yeon (Jang Young-nam) yang garang. Faham lah kenapa kakak dia stress setiap hari melayan perangai dia. Cuma kenapa watak Park Min-young boleh hilang dekat babak klimaks? At least buat lah phone call dari dia bagitahu ada exam ke apa daripada hilang terus dari radar. 


Gandingan Yoo Hae-jin dan Hyun-bin tersangatlah kontra baik pada fizikal ataupun perwatakan kedua-dua watak. Pada pada permulaan cerita, watak Detektif Jin-tae kendengaran bingit tapi lama-kelamaan dia dah mula ngam dengan Cheol-ryung dan bekerja bersama walaupun kedua-duanya berpura-pura percaya. Mungkin Yoo Hae-jin in charge untuk elemen komedi tapi Hyun-Bin pun wujudkan elemen komedi dengan reaksi muka dia. Subtle yet impactful. Berdekah masa Jin-tae gebang pasal tag kena pakai dekat kaki. 


Lee Yi-kyung ada screentime yang terhad sebagai pembantu Detektif Kang Jin-tae tapi watak dia tak membantu sangat pun pada penceritaan. Mungkin sebab watak utama kurang berada di balai sebaliknya di luar untuk menjejak penjenayah yang terlibat. 

Penceritaan Confidential Assignment yang diterbitkan oleh JK Films berentak laju dan mudah difahami walaupun melibatkan banyak pihak. Sinematografi dari Lee Sung-jae membantu visual untuk babak-babak aksi yang kemas tanpa gegaran dan jelas. Dalam Confidential Assignments, watak Cheol-ryung perlu bertarung tanpa senjata api jadi banyak lah hand combat dan one-to-one dengan phak lawan.


Filem Confidential Assignment adalah filem Korea yang kedua tertinggi kutipan di panggung pada separa awal tahun 2017 kemudiannya ditenggelamkan oleh filem A Taxi Driver (2017) yang juga dibintangi oleh Yoo Hae-jin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.