Blog Performance January 2026

Sunday, 1 February 2026


First report card for 2026! 

Haritu tengok horoskop Cina, tahun kambing akan goated untuk tahun 2026 selepas tahun kuda tapi bulan Januari pun dah banyak benda jadi. Not soa goat for me lah sebab minggu pertama dah tersadai atas katil gara-gara gastrik lepas tu bersambung sakit gigi pulak. Habis beratus beli ubat dekat klinik T.T

1. PV


Bila banyak kali sakit, banyak juga event tak dapat attend. Blog pun update mana mampu je so bila tengok pageviews Januari memang tak berharap sangat. Dah elok tahun lepas maintain ratus ribu tapi permulaan tahun 2026, jatuh ke puluh ribu je. 

Bulan Februari banyak cuti lepastu Ramadhan pula, makin tak berupdate lah jawabnya nanti. 

2. Posts


Dalam Blog Performance December 2025, I predict Movie Review Malam Terlarang akan bertahan sampai Januari tapi tak sangka pulak jatuh merudum macam tu. Tapi kira okay lah kot sebab semua yang masuk dalam Popular Post sama rata je views dia. 

Ada dua entry senarai filem Bollywood yang masuk dalam Popular Post so I guess bulan ni boleh update pula Best Movies 2025 sebab award seasons dah bermula dekat Bollywood sana. 

3. Keywords


Sekarang tengah melonjak naik drama Bisik Asmara dekat TV3 and press release dari TV3 team membantu sangat views. I belum start layan lagi sebab tengah habiskan drama yang tengok sekerat-sekerat. Movie pun banyak lagi tak update review. I target bulan ni nak pulun update sebab dah sihat sikit tapi itu lah, I mampu merancang je. 

4. Bilangan Entri

Untuk permulaan tahun 2026 ni I cuba untuk cukupkan entri sebanyak 60 entri sebulan sebab dah janji nak hit target kan. Hopefully Februari ni pun berjaya cecah 60 entri jugak lah walaupun bilangan hari ada 28 hari je bulan ni. 

Terima kasih semua yang datang berkunjung ke sini, terima kasih juga yang komen dekat entri. Take care everyone sebab cuaca dah mula panas dan virus outbreak semakin banyak - Nipah dan TB. May God protect us all :)

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.