DOPA | Donat Susu & Red Velvet

Tuesday, 3 February 2026

Sejak merasa DOPA buat pertama kali dekat Festival Buku di SACC Mall tu, semakin banyak episod DOPA yang muncul depan mata. Nampak Jason buat review dan bagi rating 7 lebih untuk DOPA. Kalau 7 memang sedap lah tu. 

Rezeki betul bila Teha belanja donat gula dan donat susu DOPA. Kebetulan Teha pergi Pejabat Tanah Shah Alam lepastu beratur untuk beli DOPA. Tak lama pun beraturnya sebab tengah tak ramai orang. 

Dapat lah merasa donat susu dia tapi makan sikit je sebab tak boleh sangat bau susu tepung ni. Dari kecik tak mampu nak adapt dengan bau susu tepung. Colleagues I kata tak muak tapi diorang lagi prefer Donat Caah. I tak pernah try Caah lagi tapi kalau ada peluang untuk try pun I tolak tepi dulu sebab tak gemar dengan susu. 

Lepas dah try DOPA dekat office dapat pula whatsapp dari adik bagitahu ada DOPA dekat pasar malam Subest. Ada husband and wife jual DOPA setiap Khamis. Lepas ni kalau teringin boleh je lah beli dekat pasar malam. Yeay!!

Sebab dah biasa makan yang original, nak juga try yang Red Velvet pula kan. Tapi bila dah try I rasa better I stay je lah dengan perisa original sebab donat perisa Red Velvet ni pahit. Cantik di mata je lah tapi bab rasa memang out. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.