Astro Bawakan ‘Inspirasi SeeNI Award’ Sebagai Platform Pengiktirafan Buat Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana

Wednesday, 11 February 2026

Selangor, 11 Februari 2026 – Astro, selaku peneraju bagi industri hiburan di Malaysia sekali lagi terus memperkukuh peranannya sebagai platform bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia menerusi kandungan khas Borak SeeNI. Selaras dengan komitmen tersebut, RichWorks Consulting Group telah menyantuni Astro dalam satu kerjasama khas penganjuran Inspirasi SeeNi Award.

Kewujudan rancangan Inspirasi SeeNI menjadi platform penting yang menyuntik inspirasi, memberikan pandangan baharu dan menawarkan perspektif berbeza kepada setiap usahawan baharu dan juga mereka yang sedang berkembang. Daripada rancangan inilah tercetusnya penganjuran anugerah Inspirasi SeeNI Award yang mengangkat semua jenama tempatan. Oleh itu anugerah khas ini membawa jenama Astro dalam menaikkan taraf dan kredibiliti pengiktirafan bertaraf nasional, selari dengan kedudukan Astro sebagai jenama media arus perdana yang dipercayai dan berpengaruh di Malaysia. Kerjasama ini juga adalah salah satu gandingan strategik dalam memperjuangkan kebangkitan usahawan-usahawan tempatan terutama PMKS di Malaysia.  

Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan SME, Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, “Ini adalah satu penghargaan buat kami apabila dapat memainkan peranan strategik dalam mengangkat naratif kejayaan usahawan tempatan, khususnya dalam menyokong agenda pemerkasaan PMKS dan pembangunan ekonomi negara. Kolaborasi ini diyakini mampu memperluaskan jangkauan inspirasi kepada orang ramai menerusi setiap penceritaan pengalaman dan kisah kejayaan perniagaan daripada setiap usahawan yang terlibat.”

Tambahnya lagi, kerjasama ini dilihat berpotensi besar dalam menonjolkan Astro sebagai peneraju usaha bagi memartabatkan serta meningkatkan keupayaan PMKS di Malaysia. Sebagai jenama media arus perdana yang berpengaruh, penglibatan Astro turut memperkukuh naratif kebangkitan dan kejayaan usahawan tempatan di peringkat antarabangsa.

Program Titan’s ‘Inner Circle Meeting (ICM)’ adalah program anjuran RichWorks Consulting Group Sdn. Bhd., merupakan platform kepimpinan eksklusif yang dianjurkan sebanyak tiga (3) kali setahun, menghimpunkan usahawan berprestasi tinggi di bawah ekosistem Titan dan Titan Circle Plus++ (TCP++). 

Senarai Anugerah Kategori Anugerah:
  • Gladiator Award: Dianugerahkan kepada ahli Titan dengan jualan tahunan RM10 juta – RM25 juta bagi tahun kewangan 2025.
  • Gladiator Rising Star Award: Untuk ahli Titan dengan jualan RM10 juta – RM25 juta, pertumbuhan minimum 3%, dan tempoh penyertaan 3 bulan hingga 1 tahun.
  • Gladiator Growth Award: Mengiktiraf ahli Titan dengan jualan RM10 juta – RM25 juta, pertumbuhan 3% ke atas, serta penyertaan program sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Gladiator Prime Growth Award: Dianugerahkan kepada ahli Titan dengan jualan RM50 juta – RM100 juta, pertumbuhan 3% ke atas, serta penyertaan bimbingan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Stalion Award: Mengiktiraf ahli Titan dengan jualan RM100 juta – RM1 bilion, mewakili perniagaan berskala besar dengan impak ekonomi yang signifikan.
Astro Inspirasi SeeNI Award: Anugerah untuk usahawan yang menggunakan ekosistem penyiaran Astro bagi pengiktirafan kejayaan dan penjenamaan.

Cynthia Seow bersama penerima anugerah daripada jenama Ella Furniture.

Cynthia Seow bersama penerima anugerah daripada jenama Noir.

Cynthia Seow bersama penerima anugerah daripada jenama Faiza Marketing. 

Bagi edisi tahun 2026, majlis ini melibatkan 161 buah perniagaan dengan 198 penerima anugerah, merangkumi pelbagai kategori pencapaian perniagaan di peringkat nasional berdasarkan prestasi kewangan tahun 2025.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.