TV3 RR2026: JWANJIH “KENYANG!” | Barisan Selebriti Tersohor Warnai Ramadan & Raya 2026 bersama TV3
Kuala Lumpur, 13 Februari 2026 - Ramadan dan Syawal 2026 bakal lebih meriah dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air yang menghiasi kandungan khas TV3. Daripada program masakan dan gaya hidup hingga ke bual bicara, keagamaan serta hiburan, setiap pengisian dirangka bagi mengiringi rutin harian penonton sepanjang musim penuh keberkatan ini.
Kesemua program ini diperkenalkan menerusi acara khas RR2026: Jwanjih “Kenyang!”, sebuah platform pratinjau yang menghimpunkan penawaran Ramadan dan Raya TV3 tahun ini. Susunannya bukan sahaja memenuhi waktu berbuka dan sahur, malah berkembang merentas televisyen serta platform digital selari dengan evolusi tabiat tontonan masa kini.
Ramadan Lebih Dekat, Lebih Peribadi
Sepanjang Ramadan, TV3 menampilkan barisan selebriti terkenal menerusi rangkaian program yang meraikan kebersamaan dan kehangatan keluarga di layar kaca. Antara nama yang terlibat termasuk Elfira Loy bersama keluarga dalam Oh Mummy!, serta Rozita Che Wan dan Aaisyah dalam Anak Mama Masak Apa Tu?.
Suasana berbuka pula dimeriahkan menerusi Jom Berbuka yang membawakan Angah & Isteri, Dato’ Fazley & Anak, Nabila Huda & Anak, Cat Farish & Isteri serta Fiza Frizzy & Suami dalam momen santai dan autentik sepanjang bulan istimewa ini.
Dalam Resipi Serasi, gandingan Ain Edruce dan Amirul Hafiz pula memaparkan dinamik hubungan yang dekat dengan realiti penonton.
Penawaran digital turut diperkukuh menerusi drama mikro Mr. Perfect Ramadan lakonan Muaz Zabir dan Ariana Yusof, serta Bisik Asmara Kita yang dibintangi Zul Ariffin dan Sophia Albarakbah. Disajikan dalam format ringkas, kedua-duanya sesuai untuk tontonan di sela kesibukan harian.
Menjelang sahur, suasana menjadi lebih reflektif menerusi Sembang Sahur 2026 dengan gandingan hos popular Elly Mazlein, Dayah Bakar, Muaz Mohamed dan Fadzly Fuad, mengupas topik kerohanian serta isu semasa dalam nada santai namun berinformasi.
Syawal Dirai, Hiburan Diperkasa
Apabila Syawal menghampiri, kemeriahan diteruskan dengan susunan program khas yang menonjolkan selebriti tempatan dalam pelbagai naskhah yang cukup menarik.
Slot telemovie Aidilfitri membawakan komedi Kampong Gatal (KGG) yang menemukan Riena Diana, Syarul Ezani, Nabila Razali, Nik Rifaei’ dan Amirullah Azmi dalam kisah yang berlatarbelakangkan humor komuniti dan kemesraan suasana kampung.
Persiapan Raya pula dihidupkan menerusi Raya Macam Influencer bersama Arena Wan dan Athalia, memaparkan perspektif generasi masa kini dalam menyambut Aidilfitri dengan sentuhan gaya tersendiri.
Dua program istimewa iaitu Melodi Glam Raya Runway dan Melodi Raya 2026 yang dikemudi oleh Fikry Ibrahim dan Ain Edruce pula menyatukan elemen fesyen, hiburan serta momen eksklusif dalam satu pengalaman tontonan yang meraikan semangat Syawal dengan penuh gaya.
Secara keseluruhan, rangkaian kandungan ini mencerminkan komitmen TV3 dalam menyajikan pengalaman Ramadan dan Syawal yang meluas, menggabungkan kekuatan siaran televisyen dan platform digital sebagai pilihan utama penonton.
Berikut merupakan perincian penuh program istimewa Ramadan dan Raya 2026 yang dinyatakan di atas:
1. Oh Mummy!
- (Tajaan: Darlie & Ayam Brand)
- Bersiaran mulai 14 Februari – 14 Mac 2026 Sabtu, 7.00 malam di TV3
- Selebriti: Elfira Loy & Keluarga
- Bilangan Episod: 5
Kisah seharian seorang ibu selebriti mengimbangi keluarga, kasih sayang dan cabaran keibubapaan.
2. Anak Mama Masak Apa Tu?
- (Tajaan: Baba’s)
- Bersiaran mulai 15 Februari – 15 Mac 2026, Ahad, 7.00 malam di TV3
- Selebriti: Che Ta & Aaishah
- Bilangan Episod: 5
Program masakan selebriti ibu dan anak yang menyatukan kreativiti kanak-kanak dan kepakaran ibu, diserikan telatah spontan serta momen kebersamaan di dapur keluarga.
3. Jom Berbuka
- (Tajaan: Mi Sedaap)
- Bersiaran mulai 14 Februari – 14 Mac 2026, Sabtu, 7.30 malam di TV3
- Selebriti: Angah & Isteri, Dato’ Fazley & Anak, Nabila Huda & Anak, Cat Farish & Isteri, Fiza Frizzy & Suami
- Bilangan Episod: 5
Program yang menampilkan pasangan dan keluarga selebriti berkongsi tradisi berbuka puasa, resipi keluarga serta kisah Ramadan dalam suasana penuh kehangatan.
4. Resipi Serasi
- (Tajaan: MAGGI)
- Bersiaran mulai 22 Februari – 22 Mac 2026, Ahad, 3.00 petang di TV3
- Selebriti: Ain Edruce & Amirul Hafiz
- Bilangan Episod: 5
Penceritaan santai pasangan yang mengeratkan hubungan melalui masakan dan rutin Ramadan.
5. Mr. Perfect Ramadan
- (Tajaan: Men’s Biore)
- Mulai 19 Februari – 4 April 2026, Setiap Hari, 12.00 tengah hari di TikTok Drama Sangat & Tonton
- Pelakon: Muaz Zabir, Ariana Yusof
- Bilangan Episod: 45
Drama mikro tentang perjalanan seorang anak kota mengenali nilai hidup dan makna Ramadan.
6. Bisik Asmara Kita
- Mulai 21 Mac – 19 April 2026, Setiap Hari, 8.00 malam di TikTok Drama Sangat & Tonton
- Pelakon: Zul Ariffin, Sophia Al Barakbah
- Bilangan Episod: 45
Kisah pasangan suami isteri yang belajar membina semula cinta dengan kejujuran dan kesederhanaan.
7. Sembang Sahur 2026 (Tajaan: Musolla Ar-Raudhah)
- Bersiaran mulai 19 Februari – 19 Mac 2026, Setiap Rabu & Khamis, 11.00 malam di TV3
- Hos: Elly Mazlein, Dayah Bakar, Muaz Mohamed, Fadzly Fuad
- Bilangan Episod: 9
Program bual bicara langsung dengan topik kehidupan, kerohanian dan isu semasa.
8. Kampong Gatal (KGG)
- Bersiaran pada 25 Mac 2026, Rabu, 9.00 malam di TV3
- Pelakon: Riena Diana, Syarul Ezani, Nabila Razali, Nik Rifaei’, Amirullah Azmi.
Komedi ringan berlatarbelakangkan kampung yang tercetus daripada kejadian luar jangka.
9. Raya Macam Influencer
- (Tajaan: IN2IT)
- Bersiaran mulai 25 Februari 2026, 6.00 petang di TikTok & Instagram TV3
- Bersiaran pada 21 Mac 2026, Sabtu, 11.00 pagi di TV3
- Selebriti: Arena Wan & Athalia
- Bilangan Episod: 8
Perspektif pempengaruh meraikan Ramadan dan Syawal melalui gaya hidup moden dan autentik.
10. Melodi Glam Raya Runway
- (Tajaan: Watsons & TikTok Shop)
- Bersiaran pada 12 Mac 2026, Khamis, 3.00 petang di TikTok MBuzz Terhangat
- Hos: Fikri Ibrahim & Ain Edruce
Program fesyen khas Aidilfitri yang menampilkan koleksi Raya terkini bersama pereka fesyen dan selebriti tempatan menerusi pertunjukan secara langsung serta pengisian istimewa untuk tontonan penonton digital.
11. Melodi Raya 2026
- (Tajaan: Unifi Mobile)
- Bersiaran pada 26 Mac & 2 April 2026, Khamis, 9.00 malam di TV3
- Hos: Fikri Ibrahim & Ain Edruce
- Bilangan Episod: 2
Program hiburan Aidilfitri yang menampilkan barisan selebriti tempatan serta segmen istimewa untuk tontonan perayaan seisi keluarga.
Teruskan tradisi kebersamaan anda bersama TV3 sepanjang Ramadan dan Raya 2026 ini! Saksikan pelbagai program istimewa di TV3 atau strim bila-bila masa melalui platform digital TV3 kerana setiap detik bermakna wajar diraikan bersama!
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.







.png)


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.