Movie Review | Waktu Maghrib (2023)

Thursday 28 September 2023


Pengarah: Sidharta Tata
Penulis Skrip: Agasyah Karim, Khalid Kashogi, Bayu Kurnia, Sidharta Tata
Pelakon:  
Syarikat Produksi: Rapi Films, Sky Media
Pengedar: Amazon Prime Video, GSC Movies (Malaysia)
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023 (Indonesia), 2 Mac 2023 (Malaysia, Singapura), 13 Julai 2023 (Prime Video)
Trailer:


Kisah bermula dengan watak 3 orang kanak-kanak yang bermain di hutan ketika senja kemudian diganggu oleh Jin Ummu (Heru Prasetyo). 30 tahun kemudian, sejak insiden tersebut, penduduk kampung Jatijajar yang terletak di kawasan terpencil Jawa Tengah mula berjaga-jaga setiap kali tiba waktu Maghrib. Anak-anak tak dibenarkan keluar dari rumah dan pesanan tersebut disebut berulang kali oleh ibu bapa, guru mahupun imam (Bambang Paningron Astiaji) di surau. 

Namun Saman (Bima Sena) dan Adi (Ali Fikry) sering mengendahkan pesanan tersebut kerana ianya sudah lama berlalu walaupun Karta (Andri Mashadi), mangsa hidup terganggu dengan peristiwa itu. Setiap hari mereka berdua menggunakan laluan hutan yang menjadi sarang Jin Ummu supaya tidak terlambat ke sekolah. 

Kerana selalu dimarahi oleh Bu Woro (Aulia Sarah), Saman berharap agar cikgunya meninggal supaya digantikan saja dengan guru Baharu. Saman dah penat terpaksa berkejar setiap hari menghantar madu ke kedai Marto (Nasarius) supaya tak dipukul oleh abangnya, Samiun (Kevin Abani). Hajatnya menjadi kenyataan apabila mayat Bu Woro dijumpai di laman hadapan rumahnya dalam keadaan yang mengerikan. Saman merasa bersalah semenjak kematian Bu Woro sehingga mentalnya terganggu kemudian dirasuk dan melakukan perkara-perkara aneh. 

Sebaik saja muncul guru baru di kampung tersebut, Bu Ningsih (Taskya Namya) cuba memujuk Saman namun sebaliknya yang berlaku. Ayu (Nafiza Fatia Rani) cuba membantu Saman dan Adi namun Jin Ummu bukan tandingannya. 

Naskhah seram arahan Sidharta Tata menggunakan zon masa, waktu Maghrib yang selalu menjadi waktu yang digemari oleh makhluk halus. Bukan sesuatu yang baru lah kalau diganggu pada waktu Maghrib malah ada pengalaman sendiri diganggu masa waktu Maghrib. Jadi senang sangat nak rasa seram dengan gangguan yang dipaparkan dalam Waktu Maghrib.

Walaupun filem Waktu Maghrib menggunakan kanak-kanak sebagai watak utama tapi lakonan barisan pelakon utama cemerlang baik menerusi body gesture mahupun riak wajah takut. Meremang bila tengok Saman atau Adi bila dirasuk especially scene Adi kejar Ayu guna sabit.  

Sinematografi Waktu Maghrib oleh Ujel Bausad berjaya menghidupkan suasana seram dan atmosfera menggerunkan setiap kali waktu maghrib muncul didukung dengan BGM oleh Fajar Ahadi. Cukup dengan pintu rumah terbuka perlahan dah boleh buat kita berjaga-jaga sebab Jin Ummu akan munculkan diri. Banyak kali juga menjerit sebab babak jump scare yang dimasukkan oleh pengarah. 

Sebagai naskhah seram, Waktu Maghrib ada banyak elemen yang menghiburkan tapi kelompongan pada jalan cerita tak dapat dielakkan. Kalau di awal cerita, orang dewasa berpesan supaya elakkan bermain di luar ketika waktu maghrib tapi kenapa Bu Woro dengan Saman diganggu di dalam rumah? Boleh faham lah kenapa banyak negara banned filem Waktu Maghrib sebab azan Maghrib bukannya membantu malah menghalalkan lagi beberapa insiden misteri dan seram terjadi. 

Watak orang dewasa di Kampung Jatijajar juga tak mampu membantu setiap kali watak utama ketakutan terutamanya ustaz. Sudahnya watak utama juga kena selamatkan diri sendiri walhal nak lawan jin bukan benda senang. Kenapa Jin Ummu datang balik selepas 30 tahun ke kampung tu pun tak diceritakan juga. Tak ada sebarang insiden yang trigger Jin Ummu untuk balik pun. 

Namun semua tu tak mengganggu fokus pada plot utama naskhah Waktu Maghrib dan filem ni cemerlang seimbangkan rasa takut yang berdekad lamanya dan kesihatan mental. Manusia akan mudah dirasuk bila jiwa dia lemah, sepertimana yang dipaparkan menerusi watak Bu Woro, Saman atau Adi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.3/10

3 comments

  1. Baca review je lah nampaknya.. Ada yang tak tidur malam kalau tengok juga.. kikiki

    ReplyDelete
  2. Dah tengok! Dasyat part mereka kena rasuk :3

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.