Keretapi Sarong 2023 Meriah!

Sunday 24 September 2023

Ikutkan tak nak join pun Keretapi Sarong tahun ni sebab penat dengan kerja so weekend nak rest lah memandangkan Hari Malaysia tahun ni jatuh hari Sabtu. Tak ada cuti lebih macam tahun sebelumnya. Esoknya pula ada Family Day RRM jadi banyak lah energy nak pakai. 

Tapi adik beria nak pergi so I pun okay je lah sebab event pagi je, petang tu boleh rest lah. Tahun lepas pun tak lah lama sangat kitorang lepak dekat Keretapi Sarong. Kitorang keluar lambat tahun ni sebab bangun lambat, penat punya pasal. Patutnya kena ada dekat MRT Bandar Utama sebelum jam 8.30 pagi tapi sampai lambat, terpaksa lah melepak dekat tangga je sebab ramai sangat yang join tahun ni.


MRT Bandar Utama

Bila terkejut dengar yang menjerit nama Nadhir, baru tahu Nadhir lepak MRT Bandar Utama jugak sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Sebelum bergerak ke destinasi utama, sama macam tahun sebelumnya, ada persembahan etnik. Tahun ni tak sempat lah nak tengok sebab datang lambat but thanks to social media, I boleh tengok lah persembahan Dikir Barat, Tarian Nyonya dengan sesi berbalas pantun. 

Boleh kata nyanyi dalam tren tak meriah lah tahun ni sebab terlampau crowded sampai tak dengar apa yang organizer instruct. Memandangkan ada 6 stesen jadi kitorang sempat nyanyi lagu Standing in the Eyes - ELLA, Rasa Sayang, Jalur Gemilang, Chan Mali Chan dan lagu Gemuruh - Faizal Tahir. Masa nak turun stesen mana tu ramai yang terpinga-pinga nak turun stesen Pasar Seni ke stesen Merdeka. Nasib baik lah tren laluan Kwasa Damansara tiba pada waktu yang sama, jadi semua orang tahu kena turun dekat stesen Pasar Seni. Sepatutnya organizer buat hebahan dekat Twitter atau Instagram flow perjalanan setiap stesen macam mana supaya tak ada kekeliruan. Mungkin ada tapi I yang tak aware kot. 

Disebabkan semua turun dekat stesen Pasar Seni pada satu masa yang sama, lama juga lah tersangkut dekat situ. Untuk elakkan bosan atau marah sebab kena sidai lama, organizer ajak nyanyi lagu Jalur Gemilang dengan lagu lain dekat stesen tu. I sempat nyanyi Jalur Gemilang je lah lepastu terus bergerak melintas ke seberang jalan. 

Dah sampai ke seberang nampak this guy dalam persalinan baju etnik Sarawak tengah mencari assistant untuk pegang panji. Panji tu berat jadi kena ada yang betul-betul kuat lah sebab nak pegang lama, dari Pasar Seni sampai ke Merdeka. Itupun kalau yang depan berjalan laju. Baru separuh jalan dah mula rasa penat sebab hari semakin panas. Nak berjalan laju pun tak boleh sebab crowd mula slowing down. 

Entah macam mana kitorang ada belakang panji, lepastu boleh bergerak laju sebab semua bagi laluan dekat panji. Bila panji berlari, kitorang pun berlari sekali sebab dah ada laluan kan, buat apa nak join crowd lain. Dari yang kat belakang tiba-tiba kitorang yang terpaling depan sebab ikut panji. Tiba-tiba crowd dekat belakang menjerit, bila pusing kepala nampak ada Nadhir Nasar dengan Erysha Emyra dalam persalinan pengantin siap ada bunga manggar. 

Event Keretapi Sarong 2023 ditaja oleh Bulan Bintang jadi sebagai duta jenama pakaian tu, Nadhir Nasar dengan Erysha Emyra datang memeriahkan majlis. Sempat lah ambil gambar dengan video lepastu cepat-cepat lari dari crowd sebab taknak sangkut lama dekat situ. Kita dah biasa jumpa Nadhir so tak perlu kot nak teruja sekali. 

Dari tempat tu terus menuju ke Dataran Merdeka tapi macam huru-hara lah sebab semua tak tahu arah tuju ke mana. Menghalang laluan satu hal juga sampai tak bergerak trafik. Kesian jugak lah yang stuck tanpa sengaja dekat laluan tu. 

Bila sampai dekat Dataran Merdeka rasa terkejut sebab ramai sangat yang join Keretapi Sarong tahun ni. Dekat dataran pun ada ongoing events juga macam climbing wall Wonda Coffee di sebelah kanan dataran, ada trak Milo dan permainan tradisional di kawasan tengah Dataran Merdeka. Tak sempat nak explore semua benda sebab semua macam blur nak pergi mana so all of us ended up stuck di laluan utama di bahagian hadapan Dataran Merdeka tu. 

Sakit kaki berdiri lama dekat spot yang sama, sesak nafas pun ye jugak lepastu panas terik lagi. Nasib baik lah ada laluan untuk ke sebelah kiri. Tak sanggup dah nak proceed ke bahagian tengah, untuk tengok persembahan dekat stage. Ambil gambar kejap dekat tepi stage lepastu blah sebab duta Bulan Bintang dah sampai ke backstage jadi crowd dah mula ramai sebab nak bergambar dengan Nadhir. 

Sebelum balik kitorang stop kejap dekat bahagian tepi yang tersorok juga lah dari crowd, dah penat join haruslah ambil gambar ootd join event Keretapi Sarong 2023. Tengah bergambar tu terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki bertempik "Mana pengapit aku?!" lepastu ada lagi soalan yang dia tanya tapi tak dengar dengan jelas sebab masa toleh belakang tu dah berlanggar dengan crew yang lain. Terkejut dengar lelaki bertempik tu tak hilang lagi, tiba-tiba terkejut ada crowd berasak ke arah I. 

Rasa marah sangat masa tu sebab boleh je kan datang elok-elok minta kitorang excuse dari situ sebab duta Bulan Bintang nak shoot video berlatarkan Bangunan Sultan Abdul Samad. Apa perlunya nak bertempik lepastu kacau orang lain nak bergambar? None of them said sorry for their behaviour. Sudahnya kitorang blah je sebab mood pun dah lari. Lagi baik blah dan cari makanan sedap sebab kita pergi Keretapi Sarong bukannya berbayar macam artis jemputan pun jadi tak payah lah buang masa hadap benda tah pape macam ni. For sure lah tahun depan dah tak nak join event ni. 

2 comments

  1. wah bestnya..meriah sgt this year rasa nya.dgr pun almost 10 k yg join kan? wow!!! kalau dekat teringin nak join gak tu

    ReplyDelete
  2. Aduh!! Kenapa selfish sangat.. Patutnya cakaplah elok-elok dengan crowd yang memang dah ada kat situ.. Ish.. Sha yang baca pun panas hati..
    Okay je event macam ini.. Patutnya dah boleh expect crowd akan ramai.. Kenalah ada backup plan.. Mujurlah tak ada apa-apa kemalangan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.