Movie Review | Vikram Vedha (2022)

Friday 29 September 2023


Director: Pushkar–Gayathri
Writers: Pushkar–Gayathri, B.A. Fida, Manoj Muntashir
Cast: Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Radhika Apte, Rohit Saraf, Yogita Bihani
Production Companies: Jio Studios, Friday Filmworks, Reliance Entertainment, T-Series Films, YNOT Studios
Distributors: PVR Pictures, Pen Marudhar, Home Screen Entertainment
Genre: Neo-noir / Action / Thriller
Running Time: 160 minutes
Release Date: 
Trailer :


Lepas 20 tahun, Hrithik Roshan dan Saif Ali Khan bekerja dalam satu filem aksi selepas filem genre romantik, Na Tum Jaano Na Hum (2002). SSP Vikram (Saif Ali Khan) merupakan seorang pegawai polis yang cekap dalam menjalankan tugasnya. Operasi demi operasi dijalankan untuk menangkap gangster yang digeruni bernama Vedha Betal (Hrithik Roshan). 

Tapi belum sempat SSP Vikram dan rakan baiknya, SSP Abbas buat serbuan, Vedha terlebih dahulu datang menyerah diri di balai polis. Semua pertanyaan oleh pegawai polis yang menyiasat dibiarkan tidak terjawab sehingga lah tiba giliran Vikram masuk ke bilik siasatan. 


Vedha ceritakan tentang adik dia, Shatak yang bijak dalam subjek Matematik. Semua penat dan sakit yang Vedha kerjakan adalah untuk tampung keperluan mereka dua-beradik. Walaupun Vedha terlibat dengan dunia gangster, sekali pun dia tak pernah ajar Shatak perkara buruk. Tapi kalau membesar di kawasan yang tinggi kes jenayah, tak mustahil Shatak akan terjebak. Nak pula bila Babloo (Sharib Hashmi) suka menggunakan kanak-kanak untuk mengedar dadah dan Shatak tak terkecuali. 

Belum habis Vikram faham apa yang diceritakan oleh Vedha, isterinya, Pria (Radhika Apte) datang sebagai peguambela kepada Vedha. Bagi Priya, selagi Vedha tak didakwa bersalah oleh Mahkamah, Vedha berhak dapat pembelaan sebagai manusia. Sejak dari pertemuan pertama Vikram dan Vedha, satu demi satu misteri dan kebenaran mula terbongkar. 


Filem Vikram Vedha adalah remake kepada filem Tamil, Vikram Vedha (2017) arahan pengarah duo, Pushkar–Gayathri, pengarah yang sama kepada naskhah Hindi. Kedua-dua filem mengambil idea dari kisah hikayat India berjudul Betaal Pachhisi di mana seorang raja pergi mengembara untuk bertemu dengan makhluk bernama Vedha yang licik dan berbahaya. Sami dah berpesan sebelum raja berangkat ke sana supaya jangan percaya dengan cerita Vedha. 

Sama juga dengan filem Vikram Vedha di mana SSP Vikram adalah pegawai inspektor yang tegas dan bagus dalam bidangnya. Terpaksa bertemu dengan Vedha untuk selesaikan kes jenayah di kawasan tersebut. Sepanjang pertemuan mereka berdua, Vedha akan ceritakan kisah hidup dia yang bersangkut-paut dengan kehidupan Vikram. Terpulang pada Vikram sama ada nak gunakan cerita tersebut sebagai klu kepada persoalan atau abaikan saja. 


Jarang lah nak jumpa filem aksi thriller yang ada plot yang bagus dan buatkan kita invested untuk dengar cerita si penjenayah. Bukan saja cerita Vedha buka mata Vikram tentang hitam putih kehidupan malah buka mata penonton juga walaupun template ni dah banyak digunakan dalam filem aksi yang lain. 20 minit yang pertama agak perlahan tapi sebaik saja Vedha muncul, pace filem terus berubah momentum dengan beberapa perkara mengejutkan.

Memandangkan filem Vikram Vedha dilakonkan oleh dua bintang yang berbakat jadi tak ada masalah langsung bila screenplay memerlukan dinamik yang kuat antara dua watak utama. Of course, we will root for Vikram from the very start tapi bila semakin ke penghujung mula berpihak kepada Vedha. Boleh kata Hrithik hidup dalam dunia Vedha jadi tak hairan lah kalau dia boleh tercalon dalam anugerah kategori Pelakon Terbaik tahun lepas. Koreografi untuk babak aksi dipersembahkan dengan cemerlang. 


Kalau tanya, I akan tonton original Vikram Vedha ataupun tidak, for sure lah tak sebab screenplay Bollywood lebih bagus dari segi visual yang berlatarkan suasana masyarakat yang lebih relaks dan hangat. Berbeza dengan Tamil yang lebih gelap dan tegang. Garis yang memisahkan antara baik dan jahat terlihat kabur dalam beberapa babak yang berlatarkan Lucknow dan Kanpur melalui lensa P. S. Vinod.

Kehadiran Radhika Apte sebagai isteri Vikram dan peguam Vedha mungkin tak banyak ruang tapi Radhika tetap menyerlah dalam kedua-dua peranannya. Her eyes speak volume and I loved that about Priya. Music album Vikram Vedha hasil gubahan Vishal–Shekhar bertindak sebagai penyeri and my fav is Oo Saahiba and Yaara. 



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.