SYOK menang Radioinfo Asia Podcast Awards 2023

Saturday 2 September 2023

‘Life Confession’ dan ‘Sembang Atas Dulang’, dua podcast tempatan yang dihasilkan oleh SYOK telah memenangi ‘Podcast of the Year: Major Winners’ untuk kategori ‘Best Health and Wellness Podcast’ dan ‘Best Society and Wellness’, secara berasingan daripada Radioinfo Asia Podcast Awards.

'Life Confession', dihoskan oleh Dr Reza Abraham, perunding kepimpinan dan pengarang buku pemenang anugerah, memperoleh tempat teratas dalam kategori ‘Best Health and Wellness Podcast’. Podcast ini membawa kisah benar dan inspirasi, memperincikan perkongsian liku-liku dan suka duka daripada pemimpin terkemuka di Malaysia dan pelopor industri termasuk Marina Mahathir, aktivis; Vivy Yusof, penulis blog bertukar usahawan fesyen yang telah dilantik dalam ‘The Business of Fashion 500’; Yuna, penyanyi berbakat dan penulis lagu; Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio; Douglas Lim, pelawak dan ramai lagi.

Sementara itu, ‘Sembang Atas Dulang’, dikendalikan oleh Ceddy Ang, personaliti blog yang gemarkan makanan, telah memenangi kategori ‘Best Society and Wellness Podcast’. Podcast ini memaparkan perbincangan mendalam tentang muzik, filem, trend media sosial, gaya hidup dan kecergasan, dengan perkongsian santai sambil menikmati hidangan Malaysia yang lazat, daripada selebriti tempatan serta personaliti media sosial termasuk Angel dan Sabronzo (Dolla), Meernash, Elyshla Abegail , Amir Ahnaf, Fazziq Muqris dan ramai lagi.

Sebagai tambahan, semua rakyat Malaysia boleh terus mengundi ‘Life Confession’ dan ‘Sembang Atas Dulang’, dua podcast pemenang anugerah yang dicalonkan dalam kategori ‘People’s Choice Podcast of the Year’, hingga 1 September 2023 melalui laman web Radioinfo Asia. Pemenang untuk kategori ini akan diumumkan secara langsung, pada 6 September, di majlis anugerah Radiodays Asia 2023.

Radioinfo Asia Podcast Awards mengiktiraf individu, pasukan dan organisasi paling cemerlang di dalam bidang podcast dari seluruh media di Asia dan pemasaran. Terdapat 21 kategori yang akan dinilai oleh pemimpin dan bintang yang sedang meningkat naik dalam dunia podcast, bersama panel editor kanan antarabangsa daripada Radioinfo.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.